Pages

Friday, July 10, 2009

PRK DUN Manik Urai N41 - UNDILAH ABE UJI

Salam Sejahtera...

Bertuah sungguh orang Manek Urai. Bermacam-macam projek telah umumkan oleh Barisan Nasional. Malah BN sudah pun mengisytiharkan kawasan itu sebagai anak angkat BN. Begitulah kisah politik di negara kita. Janji demi janji dibuat kepada rakyat dalam masa kempen tetapi tidak pula janji itu dilaksanakan bila mereka tewas nanti.

Suatu masa dulu BN dalam tahun 1980-an telah berjanji bahawa Kelantan akan dijadikan syurga dunia. Masa itu BN memerintah Kelantan selama 12 tahun. Apa dah terjadi dengan janji itu? Kelantan terus kekal seperti dahulu. Pendapatannya terhad kerana hasil negeri terhad. Belanjawan tahunannya sekarang berkisar lebih kurang RM400 juta tetapi sebahagian besar wang itu perlukan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan. Tidaklah banyak yang lebih untuk digunakan bagi pembangunan negeri.

Bila BN kalah kepada PAS sejak 1990, setiap kali pilihanraya umum BN berjanji nak buat macam-macam kebaikan untuk rakyat di Kelantan. Tapi setiap kali BN kalah, orang Kelantan terus menjadi mangsa diskriminasi pembangunan BN. Tak hairanlah mengapa pengundi-pengundi Kelantan sudah masak dengan janji-janji BN.

Malah apa pembangunan dan kejayaan yang ada sekarang di Kelantan bergantung besar kepada keupayaan Tok Guru Nik Aziz mentadbir dengan cermat. Beliau tidak membazir atau pun melaksanakan projek besar di luar kemampuan kewangan negeri. Memang Kelantan memerlukan sumber kewangan baru untuk menambah keupayaannya untuk membangunkan negeri dan memakmurkan rakyat.

Alangkan mudah untuk menolong Kelantan dan orang di Manek Urai. Kerajaan Pusat dan BN hanya perlu pulangkan sahaja wang royalti minyak kepada negeri Kelantan yang tidak pernah dibayar satu sen pun. Bukan sahaja tidak dibayar tetapi juga tidak pernah diberitahu kepada rakyat Kelantan selama ini. Tabiat tidak jujur dan tidak berterus-terang inilah yang menyebabkan BN semakin tidak mendapat kepercayaan rakyat, bukan sahaja di Kelantan malah di seluruh Malaysia.

Apa salahnya memberitahu rakyat keadaan sebenar. Kalau perkara itu rumit, seperti kata Mukhriz Mahathir, kita nak tahu apa punca kerumitan itu. Janganlah gunakan Mukhriz untuk menjawab perkara yang rumit. Perdana Menteri sendirilah yang mesti membuat kenyataan kepada rakyat Kelantan tentang hak orang Kelantan kepada hasil minyak. Kita nak tahu, kalau orang Kelantan tidak berhak berkongsi hasil minyak, apa sebabnya? Inilah cara kita mencari undi dan meraih kepercayaan rakyat, iaitu dengan cara berterus-terang dengan mereka.

Tapi begitulah cara UMNO. Mereka tidak tahu untuk berterus terang dengan rakyat. Mereka takut pada bayang-bayang kerana mereka bimbang rakyat akan mengetahui keadaan yang sebenar dalam banyak hal. Tetapi UMNO tidak pula malu untuk merayu undi dan meminta pertolongan rakyat semasa pilihanraya. UMNO hanya “mahu” setiap masa tapi tak tahu menjaga kebajikan rakyat.

Kepada pengundi Manek Urai di mana sahaja anda berada, pulanglah ke Manek Urai untuk mengundi pada 14 Julai ini dan pastikan anda mengundi Abe Uji. Walaupun orang UMNO kata dia tak sekolah tinggi, itu tak apa. Apa guna sekolah tinggi-tinggi tapi hanya tahu main rasuah. Abe Uji orangnya baik dan pemurah. Dia mencari rezeki secara halal. Dia boleh menjadi wakil rakyat yang bertanggungjawab. Abe Uji juga berasal dari kampung yang sama dengan saya, iaitu kampong Banggul Pauh sebelum dia berpindah ke Kuala Krai semasa umunya 5 tahun. Dia dari keluarga miskin tetapi dengan titik peluh dan usaha gigihnya sendiri, hari ini dia agak berjaya dalam perniagaannya.

Undilah Abe Uji, pangkahlah PAS.

Sumber : zaidibrahim.

No comments:

Post a Comment