Pages

Tuesday, July 7, 2009

Proses Liberalisasi Akan Membantutkan Perkembangan Bumiputera

Dr Mahathir tidak gembira dengan dasar liberasasi

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau tidak begitu gembira dengan dasar liberalisasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan ia menghakis kepentingan bumiputera negara ini.

Mantan perdana menteri itu berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sedia diamalkan sama sekali tidak menghalang Malaysia dari terus maju berbanding negara membangun lain tetapi proses liberalisasi akan membantutkan perkembangan bumiputera.

"Faktanya ialah ketika kuota bumiputera masih belum dipenuhi, kuota bukan bumiputera pula semakin meningkat dan bertambah, dan polisi baru yang diperkenalkan ini hanya akan memburukkan keadaan," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai pentadbiran Najib yang bakal mencapai 100 hari Sabtu ini.

Dr Mahathir bagaimanapun mengakui bahawa pentadbiran Najib turut didasari oleh beberapa perkara yang diakui bagus, khususnya berhubung Indeks Prestasi Utama (KPI) yang bertujuan meningkatkan tahap perkhidmatan anggota-anggota kerajaan.

"Ia lebih baik berbanding pemerintahan sebelumnya," katanya.

Dr Mahahthir sebelum itu menerima kunjungan Malaysia and Singapore Vintage Car Register (MSVCR) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam.

MSCVR ditubuhkan pada 1955 oleh sekumpulan peminat kereta antik di Melaka dan masih bergiat aktif di setiap pelusuk negara. BERNAMA.

Komen: Kalau dah tak gumbira, keluarlah lagi sekali dari UMNO.. macam itu hari... ramai yang gumbira...

No comments:

Post a Comment