Pages

Friday, August 7, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Ala-ala Latok! ala-ala latok!..KENA Saman..

Salam Sejahtera...

Kesian mereka... mereka hanya menjalankan tugas, mengikut arahan dari incharge, incharge pula mengikut arahan dari boss, boss pula ikut arahan dari sapa lagi.... tapi itulah, kalau ya pun berpada-padalah... banyak kes yang dilakukan oleh mereka yang memang nyata dari kacamata orang biasa macam kita, tetapi di pendam senyap begitu saja.....

Ambik contoh kes tragedi Memali di Baling Kedah, pada tahun 1985... sampai sekarang walaupun kes tersebut di bawa ke mahkamah, tetapi sampai sekarang diam... Kes tembakan peluru hidup pada orang awam di Batu Buruk terengganu dua tahun lepas, senyap...dan banyak lagi...apa pun tak apalah.. di dunia ini hangpa ada kuasa, hakim semua bawa tangan hangpa.. lakukankan... nanti masing-masing kita akan mati.. sama-sama jawablah.. peguam negara dah tak ada lagi... tak ada sapa nak tolong defend...

Walau apa pun dalam tempoh yang terbaharu belum lagi sebulan mereka di saman oleh Sykt Canvas Malaysia sebanyak RM 1.5 juta.. Baca DI SINI.. Kemudian sehari dua ini kena lagi saman dari mangsa kelongsong peluru asap sewaktu perlawanan bola sepak di Stadium Kota Baharu kelantan.. lagi power Yob.. RM10 juta... Baca DISINI..

Sehari dua ni selepas demontrasi anti ISA, PRO ISA dan NGO-NGO UMNO dok kutip senarai gantirugi dari semua warga kota dari peniaga kecil, peniaga besar, drebar teksi dan macam-macam lagi, silap-silap orang minta sedekah pun tuntut ganti rugi termasuk juga dengan pelacur-pelacur yang bersepah kat kawasan berdekatan Pejabat PAS pun tuntut juga ganti rugi tak boleh bisnes...

Apa pun kumpullah banyak-banyak... aku harap jika kes tersebut dibawa ke mahkamah, Insyaallah moga-moga dengan kebijaksanaan peguam-peguam yang mewakili GMI akan berjaya mematahkan tuduhan tersebut dan paling cantik saman-saman tuntutan ganti rugi itu biarlah mahkamah putuskan kumpulan topi merah yang menggunakan water cannon tu yang bayar... baru ada akaiiii.

No comments:

Post a Comment