Pages

Sunday, August 2, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO... Gambar Sekitar Majlis Makan Malam SRI AT Taalim..

Salam Sejahtera...
Buat pembaca yang belum mengenali SRI At-Taalim ini, bangunan Sekolah ini terletak di No 90, Fasa 1C4, Seri Manjong, lebih mudah deretan kedua bangunan Rumah Kedai Dua di Belakang Station Bas Seri Manjong.

Sebanyak 11 unit rumah kedai ini lah yang dijadikan SRi At Taalim... nak tau kisahnya lebih lanjut pembaca semua boleh masuk ke blog srar-taklim. Bagaimana sejarah kisah penubuhannya.

Di sinilah Pejabat Pentadbiran SRI At Taalim..

Seperti yang di warwarkan sebelum ini, maka pada malam tadi terlaksana sudah Majlis Makan Malam sempena 10 Tahun SRI Taalim. Aku sampai saja majlis dah pun nak bermula .. Untuk mengambil keberkatan Majlis dimulai oleh dengan membaca doa oleh AF Ust Fadhil Nor...

Kemudian di turuti ucapan ringkas oleh Tuan Haji Rosli selaku Pengarah Program Majlis makan Malam sempena 10 tahun SRI At-Taalim.

Ucapan lagi.... Kali ini oleh Pengerusi SRI AT Taalim pula, yang aku sempat dengar ucapan beliau ialah SRI At Taalim adalah satu-satunya Sekolah Agama Rakyat yang mendapat kepercayaan Bank Muaamalat untuk memberi pinjaman bangunan Sekolah yang bernilai RM 3 juta, standard Pelajarnya yang berdasarkan peperiksaan UPSR berada dalam top 5 di daerah Manjung dan top 20 didalam negeri Perak. Satu pencapaian yang cukup baik buat Sekolah Agama Rakyat kerana dapat bersaingan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan yang mendapat bantuan penuh kerajaan, manakala pelajar SRi AT Taalim sekarang 700 lebih, Sekolah Menengah Islam (SEMI) At At taalim pula ahh tak ingat dah .. mana nak ingat.. mata dok terpaku kat laut atas meja.....

Inilah perasminya malam tadi, Dato Ust Abu Bakar Chik, selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, beliau adalah tokoh lama juga, kali pertama aku dengar ceramah beliau selepas beliau bebas dari tahanan ISA pada tahun 1985, di bangunan dewan Sikh kat Taiping, beliau juga ada sekolah sendiri, kalau tak silap aku Insistituit Berakan.
Dalam ceramahnya semalam, dari pengalamannya, kalau setakat duit yuran pelajar sahaja, masalah kewangan memang tak cukup untuk mentadbirkan sekolah, jadi program majlis makan malam sebegini perlu dilakukan untuk mencari dana sekolah, setahun 2-3 kali pun tak apa.... Lagi satu Dato Abu Bakar menerangkan derma untuk Sekolah-sekolah yang berteraskan agama adalah sama dengan kita derma kat masjid.
Dalam ceramah penutup sempat beliau menceritakan kisah perhimpunan 100 ribu anti ISA di Kuala Lumpur pada petangnya, kerana beliau ada di sana.. katanya berbanding dengan perhimpunan BERSIH dan PPSMI nampaknyaperhimpuan semalam adalah cukup teruk sekali, inilah era Najib yang menjadi PM 1Malaysia, polis bertindak umpama anjing gila mengejar manusia...sehinggakan Pejabat PAS di Jalan raja Laut pun di simbahnya air dengan water cannon.
Persembahan awal dari Pelajar-pelajar dari SRI At-Taalim.

Juara Akedemik Nasyid TV9, Sdr Azhan.. dalam dok menyanyi lagu-lagu yang berunsurkan nasihat, sempat juga beliau pun memberi ceramah pendek suasana politik Malaysia...

Inilah Insan yangbermurah hati mewakafkan tanahnya seluas 3 ekar untuk didirikan bangunan Sekolah, malangnya akibat kerenah birokrasi zaman pemerentahan Tajol Rusli dahulu, pembinaan terpaksa ditangguhkan, maka dibelilah 11 unit rumah kedai untuk dijadikan Sekolah. Beliau adalah Dr Zakaria, aku pernah dua tiga mendapat rawatan darinya, cukup teliti pemeriksaan perubatan daripada beliau, kalau sesiapa yang nak pi slow talk minta MC sorry.. memang kena basuhlah..... sekarang beliau membuka kliniknya di Bandar Seri Iskandar....

Ini pulak Sifu aku... beliau menggunakan segala pengalamannya untuk pentadbiran perjalanan sekolah sehingga mendapat kejayaan dan menjadi buah mulut penduduk sekitar...

Dan ini seorang lagi, selaku Mudir Sekolah Menengah Islam (SEMI) Taalim, Ustaz Bad.. beliau telah berkhidmat dengan sekolah siang malam, duduk pun kat Sekolah, walaupun rumahnya di belakang rumah aku sahaja, masih solo lagi.....sanggup meninggal tawaran jawatan dengan Kerajaan kerana nak berbakti kepada sekolah At Taalim.....




Yang ini salah seorang Pelajar Sri Taalim, anak bongsu kepada Sifu aku....



















Hak ini anak bongsu aku pulak... tahun ni akan menghadapi SPM.... balik cuti hujung minggu, kenalah bawa sekali, nasib baik ada lagi kupon lebih......

Sambutan hebat dari ibu bapa pelajar dan penduduk sekitar


Yang ini pula adalah ahli-ahli lembaga pengarah sekolah SRi Taalim..

Geng jemputan VVIP,

Wakil dari penduduk dari Taman Melati... Pak Long, Bilal Masjid Lumut baju petak putih biru..

Bersongkok, spec mata.. dulu ketua cawangan taman tempat aku merangkap Naqib.. ...

Geng jemaah Surau Madah.. surat tempat port aku...

Dah kenyang agaknya.. berehat kat luar.. nak balik program tak habis lagi....

Mungkin ini lagu terakhir Sdr Azhan, sebab lepas tu aku pun balik.........

OK lah, hangpa dah tengok semua, maka dengan ini aku dengan rendah hati memohon kepada sesiapa yang mempunyai kelebihan rezeki atau wang ringgit, yang ingin menderma, mewakaf atau berzakat maka bolehlah membuat sumbangan kepada akaun Bank Islam, Tabung Pembangunan Sri Taklim No 08059010002862. Moga-moga dengan adanya sumbangan dari pembaca dapat meringankan beban perbelanjaan pihak pentadbiran sekolah. Untuk keterangan lanjut mengenai sekolah silalah masuk ke blog http://srar-taklim.blogspot.com/.

No comments:

Post a Comment