Pages

Sunday, August 9, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. H1N1-Anak Aku dan di suruh balik..

Salam Sejahtera...

Malam tadi sebelum aku pi sembahyang isya, aku tanya kat bini aku, nak pi tengok tak anak aku kat Kampong Gajah, walaupun minggu dia ada balik kerumah weekend. Bukan apa sebab tinggal beberapa bulan saja lagi, SPM nak tiba.. jadi kalau boleh tiap-tiap minggu kalau boleh aku kena pi...
'
Bila pagi tadi aku pun pi pasar tani, cari apa yang patut, bini nak masak, tak ada yang puas hati aku, balik pi pasar Manjung, pun tak ada banyak ikan yang di jual, nak tak nak langgak pi market Stiawan, kat situ banyak pilihan ikan, siap beli ikan, sayur dan bahan lain, aku balik rumah...

Pukuol 11 pagi lebih aku keluar pi Econsave Stiawan pula, beli barang yang anak aku nak minggu lepas, tak sempat masuk Econsave bini aku call, memaklumkan anak aku aku call suruh beli Panadol Antifast, aiik suspen dan terkejut sekejap aku...siap beli barang aku balik...

Pukul 1 lebih siap bini aku masak, dia ajak pergi, aku cadang sembahyang zohor dulu baru pegi, lepas zohor aku pun pergi, sampai sekolah anak aku dah tunggu, tak sempat nak pi ke tempat makluman pelajar... mukanya dah sembab semacam, taik mata pun ada.. aku rasa badannya, woiii panass....terus pi kantin sekolah, bila nak makan tgh anak aku kata ia tak lalu makan, aku suruh minum yogurt perasa buahan marigold, aku paksa makan sikit, sempat makan dua suap, ia tak boleh pi lagi.. tak boleh nak makan..dia bagi tau cikgu/warden bertugas dah nak bawa dia ke kelinik, tetapi disebabkan aku sampai dia tak pergi.. kekawannya yang pergi..

Aku tak boleh makan dengan sempurna, perut pun jadi tak kenyang, siap makan.. aku ajak anak ku pi kelinik, walaupun anak aku tak mau pi, ia harap dengan ubat yang aku bawa.. tapi aku rasa dah lain macam....nak tak nak ia ikut pi dengan aku.. sampai kat polikelinik komuniti Kampong Gajah, kekawan sekolahnya tengah dok menghadapi pemeriksaan dengan jururawat di luar pintu masuk klinik, kesian kat kedua jururawat tu, hari minggu pun terpaksa bertugas....giliran anak aku yang akhir sekali untuk pemeriksaan kesihatan, setelah disoal jawab ada demam, batuk, kahak dan bermacam soalan, anak aku disuruh masuk jangkasuhu ke dalam mulut, kesian aku tengok kat klinik kerajaan, masih lagi ketinggalan dgn kecangihan alata kesihatan.. kalau klinik swasta tak main dah jangkasuhu macam tu, ia pakai alat letak kat dahi aja,, dah tau suhu badan...

Bila jururawat tu cabut aja jangkasuhu tu, terkejut dia tengok keputusannya, 39.5 celsius, katanya terus serta merta ia ambik ubat kat simpanan atas meja, tuang air kat cawan suruh anak aku telan, kemudian lepas tu ia buat keluar topeng tutp mulut suruh anak aku pakai, sedangkan kekawannya sebelum ini tak pulak kena... aduh suspen juga dah aku... selepas tu baru disuruh anak aku masuk kedalam klinik, disana ada sorang HA yang dok tukang check pelajar kekawan anak-anak aku...HA ni pun kena pakai penutup mulut, siap pakai spec hitam, tu dia, punya nak jaga kesihatan.... rupanya ia sakit mata, itu pun aku dapat tau bila cikgu yang bawa pelajar tu bagi tau... HA tu tanya kat aku.. dok di mana,, aku bagi tau manjung.. dia kata anak aku kena bawa balik... selepas dia buat pemeriksaan, darah pun kena ambil, buat pemeriksaan darah, aku malas nak ambik tau apa keputusan dari dari darah tersebut.. setelah sijil cuti diberi selama dua hari mulai Isnin dan Selasa, kalau tak lega, hari Rabu ia suruh pi Hospital Manjung ambik darah lagi...

Aku kagum dengan sikap jururawat dan HA bertugas di Poliklinik Komuniti Kampong Gajah.. Tahniah di atas tugas anda semua..walaupun hari ini hari cuti anda sanggup bertugas, kerana aku lihat jadual kelinik kesihatan kampong macam ni, hari cuti ia tutup.. tetapi disebabkan wabak yang diuji oleh Allah S.W.T kepada umatnya, anda semua semua telah menjalankan tugas yang diamanahkan...sewaktu pemeriksaan dilakukan jururawat-jururawat tak jemu-jemu menasihati pelajar-pelajar menjada kesihatan, suruh munim air kosong dengan banyak, mandi selalu, macam menasihati anak mereka sendiri... terima kasih puan...Aku dengar cerita dari anak aku, malam tadi pun team dari klinik komuniti sanggup datang ke sekolah anak aku untuk membuat pemeriksaan kepada pelajar yang ramai mengalami demam...moga-moga Allah S.W.T memberkati tugas kalian.

Aku lebih suka membawa anak aku balik kerumah, sekurang-kurangnya pelajar lain tak berjangkit dengan apa yang anak aku kena.... alhamdulillah.. nampaknya dah kurang sikit.. sekejap tadi makan malam pun dah lalu sikit... ubat pun aku suruh makan...harapan aku hari selasa ni, aku kena hantar ia balik..SPMnya dah hampir....

Sekejap tadi berita melaporkan hari ini 9 org lagi terkorban, semalam 3, hari ini 9... ini bererti 3 kali ganda... apa cerita.. Najib berkata ini serius.baru nak berbincang dengan menteri kesihatan. Jamil Khair baru nak sibuk suruh semua umat Islam sembahyang hajat... dah berpuluh rakyat mati bari ingat kat Allah, baru nak ada baca Yasin... mampoih UMNO....

5 comments:

  1. kenapa setiap tajuk letak pergi jahanamlah UMNO?

    Kalau UMNO buat UMNO baru tak suka ke? :-)







    Suara Generasi Baru 1 Malaysia
    >>Blog 1 Malaysia

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat, kepada saudara Faizal kena faham blog ni adalah penyokong PR, apa tajuk dia nak letak dia punya suka, kalau saya pun, saya akan taruk tajuk yg serupa dgn saudara MM. Kalau tak, tok sah jd penyokong PR.

    ReplyDelete
  3. Salam Saudara Faizal...

    Bila aku letak Jahanam UMNO, semua pembaca akan membacanya PERGI JAHANAM UMNO.. insyaallah moga-moga usaha aku untuk menjahanamkan UMNO dari muka bumi Malaysia akan dimakbulkan Allah S.W.T.

    ReplyDelete
  4. hidup umno... mampos hamPAS tu,,, hidup umno... pergi jahanam lah hamPAS....

    ReplyDelete
  5. lain kali jangan dok mengata sangat pada pemerintah,,, ha sekarang tak pasaipasai Allah tengah dok menguji MM ,, ni kifarah bapak kena pada anak.

    naruto;;

    ReplyDelete