Pages

Tuesday, August 4, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Inilah Rupa ADUN Yang Di Tahan SPRM

Salam Sejahtera....

Sebelum ini aku dok tertanya juga siapakan yang empunya gerangan diri yang di tahan oleh SPRM di Terengganu, memang aku dah terfikir ini mesti kerja beruk-beruk UMNO, sebab Terengganu UMNO yang memerintah, tetapi tak tau sapa dia...

Kemudian tengahari tadi baru aku masuk ke blog Pemuda Besut, oooo baru tau, inilah rupa orangnya... Rosli Othman ADUN Kemasik N29, menang pada PRU12 yang lalu dengan Undi 7475, majoriti 2118 dengan mengalahkan calon PAS Mohd Mahadi Nawi.
Ikut pada cerita ini betul punya kut.. tak macam kes kat negeri aku dulu, 2 EXCO terlibat dengan rasuah sex wanita China yang mana menyebabkan Perak dapat dirompak oleh UMNO....

Kenapa ya.. senyap aja pemimpin UMNO semua dengan tangkapan ini.. tiada apa-apa berita, komen tidak, apa pun, kalau kes Jamal dan Kept (B) Osman Jailu dulu riuh puak UMNO suruh kedua-dua orang ini dipecat.... Sayang sekali Kerajaan PR tak terfikir nak ikut saranan suara UMNO itu, kalaulah dipecat kedua-dua ekor EXCO tu, dan diadakan semula PRK aku fikir dan tentu Negeri Perak masih dalam PR.. tetapi dah berlalu.. apa lagi yang nak dibuat, yang boleh hanyalah dok suruh bubar DUN Perak...

Apakah kita boleh menang kembali dalam PRK kalau DUN Perak di Bubarkan... sama-samalah kita fikir, jangan dok asyik bubar DUN, nanti PRK yang menang UMNO lagi,,, malu beb,, UMNO boleh buat talian hayat dengan kejayaan mereka itu...

Kita kena ingat jikalau PRK DUN Perak di adakan UMNO mesti buat persedian yang betul-betul dengan bermati-matian agar dapat memberi kemenangan kepada mereka, mereka yang mengaturkan game ini, apa macam pun mereka mesti nak menang, mereka tak kira undang-undang lagi dah... yang penting kemenangan buat mereka.... Jadi bagi aku adalah lebih baik kita bersabar dan tunggu sahaja PRU13 nanti, dah tak lama lagi dah, paling lama 2 tahun saja lagi... itu jam semua satu Malaysia nak PRU, jadi masing-masing ada tugas di tempat masing=masing, maka Perak tak jadi tumpuan lagi....lagi sedap, yang penting isu rampasan kuasa negeri Perak perlu diingatkan kepada semua rakyat.....


Source: pemudabesut.

No comments:

Post a Comment