Pages

Saturday, August 22, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11 PP - Email KPP Ust Nasruddin.

Salam...

Aku terbaca emain ini dlm blog MSO.. Memang ramai yang hentam KPP bila ia buka kes tambahan calon UMNO Mat Pekung di Permatang Pasir... Terutama sekali DI SINI. Tak dapat aku nak tolong backup KPP ni, sebab hujah Aduka Teruna tu pun ada betulnya... tu baguihnya kita berblog, banyak buah fikiran yang kita dapat dari kekawan ...

Cuma di sini aku cuma boleh tolong siarkan sama email KPP Ust Nasarudin... moga-moga penyokong PR faham akan niat dan maksudnya....

Assalamualaikum... Teruk juga Abg Sayuthi belasah saya . Tidak mengapalah, tapi haraplah kiranya Abg Sayuthi dapat siarkan artikel saya berkait isu ini dari blog saya untuk tatapan umum. Saya dedah yang kasar kasar sahaja. Tidak tergamak nak dedah semua kalau keadaan tidak memaksa. Saya hanya dedah setakat yang diizinkan oleh isterinya.

Tujuan saya supaya Rohaizat kembali kepada isterinya dan berlaku adil. Kalau dia tidak boleh berlaku adil hanya kepada 2 org isteri, persoalannya bagaimana dia nak berlaku adil terhadap lebih 20 ribu pengundi di Permatang Pasir kelak. Ini bukan soal peribadi. Kalau dia hanya nama Rohaizat semata - mata. Tetapi kini ia Rohaizat yang menawar diri nak jadi pemimpin.

Peribadi pemimpin mesti baik , bertanggungjawab dan berlaku adil..Dia nak kahwin 2 atau 3 bukan persoalan saya, tetapi jgn zalimi isteri. Bagi saya , zalim pada seorang isteri oleh sang suami samalah dosanya zalim kerajaan pada seorang tahanan bawah ISA yang ditahan tanpa bicara, yang kita bantah ramai - ramai hari tu.

Saya bukan nak berhujjah dengan Abg Sayuthi ni tetapi sekadar nak maklumkan maksud saya . Pun begitu, benarlah saya masih muda dalam politik dan saya perlu tunjuk ajar.Tapi dalam mengenal kezaliman untuk di tentang, rasanya saya sudah cukup ajar Insyallah.Selamat berpuasa bang ! tolong siar deh artikel ambo tuh.

Komen: Ustaz... Teguran dari kami blogger-blogger cikai ni ialah untuk menambak baik pimpinan yang ada.. cuma gaya penyampaian masing-masing tu kekadang tu ada yang terlebih sedikit.. nak buat macam mana... marah kat UMNO tu dah unlimited...

No comments:

Post a Comment