Pages

Wednesday, August 19, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11 PP - Beranikah dia...

Salam Sejahtera...

Seorang Menteri yang sebelum ini menteri jaga hal ehwal agama Islam JPM, tetapi dah naik taraf kepada menteri Pertahanan merangkap Pengerusi UMNO Pulau Pinang telah mempersoalkan pimpinan PAS terutama kepada YB Dato Mahfuz kerana mengesyorkan Calon BN Mat Pekung tarik diri dari calon. Kemudian tak puas hati lagi ia mngajak Mahfuz bertemu dalam gelanggang... Baca DI SINI.. Ooii berani Menteri Pertahanan baru ni semenjak balik dari Asia Barat selepas bertemu dengan rakan sejawat dari Israel Ehud Barak... apakah ini salah satu ilmu yang di ambil dari Ehud Barak.

Memanglah tidak sepatutnya peribadi calon dipertikaikan,, tetapi bab amanah bagi aku tak boleh di permainkan, bagaimana dia nak memikul tanggungjawab yang lebih besar kalau kes yang tak sampai separuh dari 1/4 juta pun dah kelabu mata....... Memanglah... bab duit ringgit, persen, mark-up, kowtim dah jadi budaya dalam UMNO, bab tu halal syeikh... jangan risau, dapat komsyisen pi umrah, bertaubat depat Kaabah, kalau mati nanti sure masuk syurga... dont worry, syurga tu bukan Nik Aziz punya....he he....

Malam tadi pun aku tengok, menteri pertahanan semangat bercakap bab syurga juga, huh hebat syeikh, banyak ilmu agama yang ada pada menteri pertahanan, hebat syeikh, sama hebat dengan mufti aku Tan Sri Dato Seri Dr ................. Sama sebiji...cuma aku nak tanya.. beranikah Menteri Pertahanan nak terima cabaran dari Naib Presiden PAS yang baru... DI SINI.
Kalau berani baguih lah... jangan berani bercakap depan kamera apabila wartawan tanya aja... hak tu standard budak tadika Kemas pun boleh........


2 comments:

  1. Salam ManjungMari,
    Selamat menyambut Ramadhan Karim.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam..

    Terima kasih.. Sama-sama kita menyambut Ramadhan.. tapi ana tak mampu lagi nak buat macam Dr buat.. yang pertama ana tak berilmu.. tak beranilah ana berijtihad macam Dr.. sepatutnya pimpinan kita kena sepakat buat macam Dr buat.. bagi fatwa yang sebenar mengenai puasa... jangan main ikut kehendak telunjuk raja, bial nak puasa, bila nak raya, yang tanggung beban rakyat...

    ReplyDelete