Pages

Monday, August 10, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Sedutan Kisah Perjumpaan Blogger Lumut...

Salam Sejahtera...

Malam tadi walau pun kepenatan kerana di siang sepetang aku kehulu hilir nak selesai anak aku yang kena demam, kena pulak waktu suasana macam ni, sapa tak kelam kabut, apa pun aku ucapkan terima kasih kepada seorang sahabat "Pemburu Syahid" yang call tanya mengenai masaalah anak aku.. alhamdulillah sebelum subuh, aku bangun pi check balik, rasa badannya masih lagi panas, setelah dikejutkan suruh mandi, nampak ada kesegaran sikit, paksa breakfast walaupun tak lalu nak makan, lepas tu telan ubat paracetamol.. itu yang aku boleh ikhtiarkan .. yang nak menyembuhnya Allah..

sambung balik kisah malam tadi... lepas isyak, selepas habis bercerita dengan sahabat, aku pun pi ke restoren Hasnah Tomyam, rupanya penganjur yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan bersama dengan YDP dah ada, Otai Manjung & geng, Ustaz Zaem DPPKL pun dah ada, aku yang lewat, phurhh.. MM malam tadi jadi para jemputan, jadi boleh mai lewat sikit... depa cakap banyak sahih aku balik rumah tidok malam tadi... tapi dak.. depa sambut aku baguih punya....

Rupanya banyak lagi yang lewat, blogger Manir Madah, Bloger Pusat Khidmat, Pejuang Muda, dan ramai lagi yang aku tak ingat nak sebut disini... dalam pada tu seorang lagi blogger ARO Network hanya dapat SMS kirim salam, tak dapat nak hadir, nak kena balik ke Butterworth, kerja di sana...

Pengerusi pun tak tunggu lama, terus nak berucap, ia kira nak hala kat suruh mewakili blogger untuk berucap, tapi jawapan dah sedia ada untuk nak tai chi...sebab Blog DPPKL lebih senior lagi.. kira dia blog pertama di kawasan Lumut, jadi aku harap dia diberi penghormatan untuk berucap mewakli blogger....

Habis dia berucap, memperkenalkan kami semua, tiba giliran YDP pula yang berucap... aku dok fikir apa orang tua ni nak bedai... rupanya tidak, ia meminta kami semua blogger yang hadir sama-sama berkerja membantu PAS Kawasan Lumut, inilah adalah kerana blog salah satu sumber yang PAS ada untuk mengganti sumber media, kerana sekarang ceramah-ceramah pun orang dah mula kurang, sebab masing-masing rumah kebanyakan ada komputer dan internet, jadi blog dah menggantikan media walaupun masih lagi baru....

YDP memberi kebebasan kepada semua blogger untuk apa yang nak ditulis, tiada kongkongan, cuma blog DPPKL dan Pusat Khidmat DUN terpaksa berhati-hati bila menulis sesuatu, ini kerana mewakili suara parti, tapi harus dingat, setiap apa yang ditulis blogger mesti bertanggungjawab..

Habis YDP berucap, pengerusi pun tak tunggu lama, kerana lauk atas meja dah dok koi sejuk... ais untuk sirap pun dah koi cair.. Pengerusi minta Ustaz Mohamad Che Ghani membaca doa, habis doa masing-masing yang ada mengadap makan dulu sambil dialog... sayang malam tadi aku tak bawa camera, tak sangka nak grand sampai macam tu... tapi tak apa, hangpa tunggu saja OtaiManjung, Manjung Corner dan 2 3 blog lagi akan siar lah tu gambar-gambar mengenai malam tadi...

Dalam acara dialog, Otai Manjung mahukan acara-acara PAS Kawasan Lumut dimaklumkan kepada kami, supaya mudah untuk di war-warkan, Pengerusi pula mencadangkan Blogger Lumut dibuat persatuan, memudahkan lepas itu boleh diadakan pertemuan dengan blogger bukan melayu di Kawasan Lumut, satu idea yang baik.... Dalam pada itu YDP memaklumkan perjumpaan seperti ini akan diteruskan lagi, dan bercadang nak jemput MSK memberi sedikit garis panduan dan tunjuk ajar kepada blogger-blogger muda yang berkemampuan, salah sorangnya Otai Manjung, idea dan blognya cukup kreatif, tenaga macam beliau sangat-sangat diperlukan.

Pagi tadi sempat aku call MSK, tetapi sayang kat kawasan rumahnya hujan lebat, nak sembang lama tak boleh, selalu dok putus aja.. dan kami bercadang adalah lebih elok kalau boleh diadakan perjumpaan buat satu Perak, lagi cantik.. tengoklah kalau YDP setuju, dapat adakan tempat yang sesuai, nanti aku akan bincang balik dengan Ketua Penerangan...

Kemudian.. dalam dialog-dialog akhir YDP sempat menyentuh sedikit masalah DUN Pangkor kepada bloger dari Pangkor, iaitu gerak kerja di sana, langsung tak ada.. ini masaalah rakan PAS iaitu PKR, bila dipanggil mesyuarat PR yang datangnya Ustaz Suwardi dengan seorang lagi yang tak ingat aku namanya... bab ini aku pun tak mau komen banyak, tetapi kita kena ingat, kalau kena gaya, kena carannya silap haribulan Zambri boleh tumbang di DUN Pangkor, Undi tentera walaupun undi POS, Zambri dapat majoriti 5758, kita tak tahu suasana yang akan datang, anggota TLDM sekarang pun dah faham akan situasi politik negara, mereka golongan umur 40 kebawah, kalau kena pada calon yang betul layak, tak mustahil Zambri akan kecundang, oii hangpa tak teringin ka tengok Zambri kalah pada PRU13 nanti, kalau calon MIC DUN Pasir Panjang kaum India boleh berubah hati pada PAS, tak mustahil anggota TLDM pun boleh berubah, yang pentingnya kita kena usaha..

Sekejap tadi MSK ada SMS kat aku... aku salin balik...Ada banyak yang tak kena dalam PR. Dua hari aku pergi seminar PKR semua dok kutuk PAS, Bila PAS berkumpul dok kutuk PKR, problemnya tak ada komunikasi kedua parti, aku seronok kalau dapat hadir dalam program PAS, Sapa nak kutuk aku pun kutuk la..kalau Manjung buat program dialog aku sanggup duduk atas pentas, orang nak hentam aku hentam la, Semalam aku atas pentas, pemimpin PKR kutuk aku, tapi orang bawah sokong aku.

Kesimpulannya, buat pimpinan PR tak kira PAS ka PKR ka.. kalau rasa nak menang pada PRU13 nanti, pandang dan dengarlah sama teguran-teguran dari kami orang bawahan, daripada bloger cikai, kami bukannya nak balak, bukan nak permit, bukan nak kelas F, kami hanya nak kan keadilan untuk semua rakyat. Kami dah tak mau pada UMNO.

3 comments:

  1. kalau di offer permit tak nak ke?

    ReplyDelete
  2. Tobat Aku Benci UMNOAugust 10, 2009 at 11:13 PM

    Hantam jangan sebarang hantam sebaliknya tegur dengan cara baik lah... Tegur untuk kebaikan...

    Jangan buat macam huzaifah yang menghentam Dr Hassan Ali di Perak Express... itu sudah kira Kurang Hajar tahap GABAN!!!

    Tolong nasihatkan si Huzaifah tu kalau MM kenai secara peribadi kalau tak tolong nasihatkan melalui towkeynya, MSK...

    ReplyDelete
  3. Salam Tobat Aku Benci UMNO..

    Itu adalah hak penulis tu, ia bertanggungjawab atas aapa yang ia tulis, mungkin dia mengetahui perkara yang sebenar... lagi pun aku memang tak kenal dia..

    ReplyDelete