Pages

Saturday, August 29, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO..Aktiviti DS IR Nizar di Seri Manjung..

Salam sejahtera...

Pada petang Khamis, aku dapat SMS dari blogger Otai-Manjung, minta aku pergi tolong cover aktiviti DS IR Nizar.., kemudian petang semalam si Azam pulak pun call juga, minta datang jam 5.30 ptg, aikk macam mana.. aku balik kerja jam 5.00ptg.. sempat ka... apa pun pukul 5 ptg aku balik kerja sempat sekejap singgah Pasar Malam Padang Tembak, beli ikan, kemudian balik rumah, motor aku tak ada anak aku pakai pi kedai.. tak lama pula hujan pulak turun.. aiih pakai tak pergi dah.. sebab Anaz (blogger Dugong Darat dengan Sha) team Perakexpress akan ikut kemana DS IR Nizar pergi pun ada juga... Tak lama lepas tu anak aku pun balik dari kedai, hujan pun dah seriyat... call Azam kat mana... mereka dah ada kat Tapak Pasar Ramadhan...

Inilah salah satu Pasar Ramadhan di Seri manjung,,, Oiii pasai apa lengang .... gambar ni aku ambik 4 hari sebelum masuk bulan Ramadhan.. sebab aku tengok cantik khemahnya... kemutih buat aku teringat serupa lebih kurang khemah waktu aku kat Muaasem Mina di Mekah.... Memang cantik... pandai Majlis Perbandaran Manjung organize khemah standard macam ni, tokeh khemah pun masuk duit juga, kalau tidak pakai terperuk ajalah khemah tu, sama nak sewa waktu bulan posa ni, mana ada orang nak buat kerja nikah kawin.....manakala staff MPM yang tukang kira pun silap-silap ada persen juga tu.... bab sewa tapak meniaga aku tak tau berapa duit... dan petang semalam lah baru aku memijak kaki mari ke pasar ramadhan, banyak ruang sewa kosong, mungkin mahal... kat sini kuih 3 biji RM1.00, manakala aku dok pi beli kat Kpg DSK sebiji kueh baru tiga kupang, oiii 3 biji seringgit dengan tiga kupang sebiji lebih kurang la.... kepala hotak hangpa... kalau beli seringgit mungkin tak apa.. tak rasa apa.. macam aku beli paling kurang 3-4 ringgit...baik aku tala ke Kpg DSK....

Sampai saja aku kat Tapak Pasar Ramadan DS Nizar dah tengah dok round dah, ni waktu dia sampai kat gerai ayam percik kut, kalau tak silap aku...dapat bau ajalah Dato seri...

Biasalah kalau dah masuk tempat macam ni terpaksalah menempuhi berbagai ragam manusia...

Tak apa yang DS tanya aku tak dengar, aku harap hangpa tengok gambar saja la.. aku tak tau nak cerita bab ni...

Hak ni pun sama, apa yang yang Pak Syeikh ni cerita pun aku tak tau, kalau hangpa nak tau, tuuu hangpa tanya kat Mat Azam belakang DS tu, yang baju putih tu.....

Sahabat yang uniform biru ni aku kenai... aku nak bagi tau sesiapa yang masaalah dengan komputer rosak, hangpa boleh call dia.. tak ada masaalah punya, ia boleh mai servis kat rumah... nama dia Wan Nasir... hp 0124691325... call dia, selalunya ptg lepas kerja baru dia boleh mai.. part time service...

Waktu ni kat warung roti bom,, oii syok oo roti ni, tapi tahun ni aku tak mai beli lagi pun....


Ni satu tabiat DS... ia cukup phobia bila bertemu kanak-kanak... walaupun ia lantang berceramah, kita sendiri tengok dalam sidang dewan pun ia lantang, tapi bila bertemu dengan kanak-kanak... hilang itu semua...itulah yang beliau ada berjiwa penyayang.....


Nilah sebabnya aku jadi malas nak mai pasar ramdhan... aku tak tau anak sapa ni... aduhai... kurang pahala posa hari ini....c


Hangpa tengok kan aku dah kata tadi... ia tak boleh jumpa kanak-kanak.... tu pasai anak dia pun ada yang tadika lagi..... hebat Yob... Tengok... ia tak boleh jumpa.... memang berjiwa penyayang.....

Abang ini tuan empunya Sekolah Agama Rakyat Abassiah, waktu PRU10 tahun 99 dulu, rumah kedainya SAR sekarang ini diberi kepada PAS Kawasan Lumut untuk dijadikan Bilik gerakan Pilihan Raya.....

Entah apa yang pelik, aku pun tak tau, sampai garu kepala nampaknya.....

Tengok... dia tak boleh jumpa... hak ini aku dengar.. dia dok tanya bebudak tu pos aka tidak... bo layan la budak tu pi tanya macam tu... sure depa tak posa punya....

Sempat juga mendengar masaalah rakyat setempat...... jadilah... kurang-kurang pu lega hati pengundi....Petai pun ada Yob juak kat Pasar Ramdhan, penyedap mulut... tapi lepas tu kalau nak pi sembahyang terawh tu, gosoklah gigi tu... kang kesian makmum sebelah....


Benda ni pun ada jual... aku tak faham.. bagaimana petugas MPM boleh lepaskan,,, dan aku dengar budak penjual tu bersuara.. lantaklah kalau orang nak ambik gambar... lu samseng ya... kalau ya pun nak bisnes, bisne cara lainlah.. nasib baik bulan posa... kalau tidak.. kang....kang.. ish-isk...

Ini episode kedua pulak... Majlis berbuka puasa di Surau Al Ikhsan Taman Samudera, ikut program 6.40, aku pun balik kelam kelibut, mandi lebih kurang aja, orang kata bagi hilang bau peluh.... terus mencanak start motor pi, sesampai saja sana.. surau tu kosong lagi, aikk silap baca ka aku... tanya seorang sahabat, ia kata 6.45 Ok la... tunggu-tunggu punya tunggu pukul 7.05 ptg baru sampai.... Oii nasib baik aku bukan wartawan...kalau tidak ....

Lepas kena tunggu turn juga... mana boleh mai nak terus ceramah... kena tunggu pengerusi Surau berucap dulu...

Haa.. peluang dah dapat, microphone dah ada kat tangan, apa lagi... Ucapan DS yang sempat aku ingat, ia bertanya ptg semalam pukul berapa berbuka, itulah dah mai lambat gaduhlah... rupanya telahan aku silap, rupanya point jam 7.28 waktu berbuka tu katanya sunat kalau kita ikut, maka bila tepat 7.28 maka pakat melantaklah kita semua, tanpa berlengah lagi..... baguihlah sunat.. itu makanan jasmani kita....
Bagaimana pulak makanan rohani, sembahyang, adakah tepat mengikut masa bila masuk waktu sembahyang...
itu hanpa sendii fikir lahhh..
Tujuan Ramadhan adalah untuk kita serius mengerjakan semua amal ibadat dengan Allah.
Kemudian beliau mengulang balik mengenai malam lailatul qadar, yang datang pada bulan Ramadhan, peluang untuk umat Nabi Muhammad, kerana satu malam tersebut menyamai 1000 malam, cuma perkataan arab Lail itu subjektive sedikit, tak semestinya malam, bagaimana waktu di Malaysia dengan di mekah, di New zealand, di Jepun, kemudian beliau bertanya kepada askar laut (Navy) sewaktu di lautan, adakah waktu malam itu di seluruh dunia malam.... sudah tentu tidak... jadi yang terbaiknya buat sesiapa yang mahu lailatulqadar itu ambillah pada setiap saat dan detik dalam bulan ramadhan itu sebagai lailatulqadar....

Betul dan bertepatanlah apa yang DS katakan, masuk waktu aja.. hangpa tengok yang sebelah dia tu... terus aja ngap ke mulut, tetapi DS masih lagi entak apa yang dibualkannya...
Aku pulak... malang buat aku malam tadi, asyik dok nak ambik gambar... orang semua makan, tempat dah penuh, rezeki aku semalam hanyalah sebiji khurma sahaja.. inilah nasib blogger.. sapa yang nak ambik peduli kat kita, gatai lagi nak jadi blogger.. padan muka..... aku tak kiashlah.. rezeki aku malam tadi bukan di sini, nasib baik hujan dah berenti, aku start motor chow lari pi ke surau port aku di Madah... sampai depa dah sembahyang magrib, sempat aku jemaah sekali... lepas jemaah Magrib baru makan... perghhh.. sedulang 4 orang... memang aku kat situ setiap waktu berbuka puasa... pun...

Episode Ketiga...

DS ke Masjid Kpg DSK, (Dato Seri Kamarudin) pulak, jadi aku balik rumah, makan kat surau pun tak berapa kenyang, bini aku semalam goreng mee mamak, kena lagi... memang melantak... lepas tu aku dan 3 orang anak aku pun ke Masjid DSK, sampai saja bilal dan azan Isyak, sorrylahy aku dah tak mau ambik gambar lagi... aku nak rilek.. lagi pun entah tak sedap kalau dalam masjid pun nak sibuk macam tu.... kalau hangpa nak tengok gambar suasana dalam masjid hangpa buka blog hablunminnannas sebab blogger Haji Fawi aku tengok sibuk dok ambik gambar, blognya http://hjfawi.blogspot.com/ . Oii dalam blognya pun dah update dari blog aku.. depa orang muda lainlah.. tak macam aku ni dah tinggal gear dua aja lagi.... Bab ceramah Nizar di masjid DSK tu adalah dimaklumkan dalam bolg Hj Fawi.. tak payahlah nak tulis lagi...cuma bila dah habis ceramah, sampai bab sembahyang terawih DS IR Nizar sendiri yang mengimamkan sembahyang terawih sebanyak 8 rakaat, hangpa tengok... dah bagi ceramah.. kemudian jadi imam lagi... Mb-Mb UMNO ada macam tu... sorrylaaa....

Aku cuma nak sebut sikit mengenai Pengerusi Masjid Kpg DSK, Tuan Haji Musa, aku salute kat beliau, sewaktu beliau berucap.. selalunya kalau untuk Ustaz-ustaz memberi tazkirah sebelum tarawih beliau memperuntukkan masa hanya 15-20 minit, tetapi malam tadi disebabkan yang datang tu DS jadi beliau tidak memperuntukkan waktu, terpulanglah, ini kerana DS adalah seorang wakil atau ketua penduduk di sini yang dipilih oleh penduduk sendiri, jadi memang hak DS sebagai wakil rakyat setempat untu berucap untuk menerangkan apa saja kepada penduduk. Bagi beliau sebagai pengerusi masjid yang benar itu tetap benar dan kalau yang salah itu tetap salah, dan beliau tak kisah kerana menurutnya selepas ini masjid DSK akan diambil alih orang lain, kalau nak diambil alih pun beliau tak kisah.....

Bagi aku memanglah,, sekarang UMNO dah berkuasa kembali, mana boleh tengok masjid orang mai ramai.. mulalah panas juboq depa... kalau masjid Setiawan depa dan kuasai semula, masjid lain tunggulah, ketua kampong pun depa dah lantik lain, walau pun ketua kampong sebelum ini masih lagi sah sehingga 2010...
Jadi teringat balik aku apa kata Ust Ramli Wahab dari Gopeng dua malam sudah, MB Perak yang baru ini beliau sifatkan MB luar tabiee... memang betul dan bertepatan sekali...


No comments:

Post a Comment