Pages

Monday, September 7, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. 14 Pegawai Polis Ditahan...

Satu berita yang boleh menjatuhkan imej PDRM Malaysia di negara jiran, Berita ini keluar di BHarian Spore..

14 PEGAWAI POLIS DITAHAN DALAM SERBUAN DI KELAB KARAOKE

KUALA LUMPUR: Empat belas pegawai polis termasuk antara 118 orang yang ditahan polis apabila serbuan dilakukan ke atas sebuah kelab karaoke di Taman Maluri di sini Sabtu lalu.

Sebahagian besar daripada pengunjung kelab karaoke itu, yang dikenali sebagai Laiketong, terdiri daripada orang Islam.

Mereka bukan sahaja tidak berpuasa, malah mencemar kesucian bulan Ramadan apabila didapati minum arak dan menghisap dadah.

Menurut sumber polis, serbuan itu dilakukan hasil maklumat orang ramai bahawa kelab itu sering beroperasi melebihi waktu yang dibenarkan.

Serbuan ke atas kelab karaoke Laiketong sekitar 7.30 pagi itu dilakukan Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

'Ketika serbuan dilakukan, ramai pengunjung beragama Islam ditahan. Mereka dipercayai menggunakan premis hiburan itu sebagai lokasi ponteng puasa dan minum minuman keras, serta menghisap dadah,' kata sumber berkenaan seperti ditukil akhbar Metro Ahad.

Ujian air kencing mendapati 21 wanita dan 16 lelaki positif mengambil ketamin, Eramin 5 dan syabu.

Wanita yang ditahan termasuk tiga warga Indonesia dan satu warga Laos.

ACP Mahani Mohamed, yang mengetuai serbuan, berkata kelab tersebut beroperasi hingga tengah hari padahal ia mempunyai lesen operasi hanya setakat 2 pagi.

Jurucakap polis berkata ketika serbuan dilakukan, kesemua pengunjung yang terlibat, berusia antara 20 dengan 40 tahun, berada di tingkat dua premis tersebut.

'Ada yang cuba melarikan diri melalui bumbung dan mengunci diri dalam premis bersebelahan tetapi gagal kerana berjaya dikesan polis.

'Siasatan awal mendapati, pengunjung pusat karaoke itu mengambil dadah jenis ketamin, syabu dan Eramin 5,' katanya seperti ditukil akhbar Mingguan Malaysia semalam.

Menurut jurucakap polis itu, kesemua mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -- Sunday Star, Metro Ahad, Mingguan Malaysia.

Link : cyberita.

Komen: Kalau IGP sendiri pun ramai yang komplen akan kribelitinya, maka tak hairanlah kalau pegawai-pegawai bahawannya begitu rupa... lain-lain pangkat SM ke konstable tak payah cerita la.. apa nak buat.. polis negara aku juga... terima ajalah...

1 comment: