Pages

Friday, September 11, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Dua Pilot TUDM Maut!!

ALOR SETAR: Dua juruterbang maut apabila sebuah pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas ketika cuba mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putera, Langkawi Yaakob Hassan, berkata pesawat ringan itu dipercayai jenis Pilatus PC-7 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang dinaiki dua juruterbang pelatih.

"Maklumat tidak rasmi yang saya tahu, pesawat itu dipercayai dari Alor Setar dan terhempas kira-kira 90 meter dari landasan sebelum terbakar.
"Bomba menerima panggilan jam 12.32 tengah hari dan sebanyak 18 anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Yaakob berkata sebaik tiba di lokasi kejadian api telah padam dan mayat kedua-dua mangsa dikeluarkan daripada kawalan lapangan terbang jam 1.20 petang.

Katanya mayat mangsa dihantar ke rumah mayat Hospital Langkawi. - Bernama

Komen: Sekarang siapa yang bersalah dalam hal ini, Juruterbang atau pesawat!! Nanti akan adalah badan siasatan yang akhirnya jawapan tak ada siapa tau pun... main senyap gitu aja...Nyawa rakyat selama ini dah beratus habis dengan kes selsema babi, manakala nyawa anggota TUDM kebanyakannya semuanya mati disebabkan kecelakaan pesawat..... Tak mustahil Kapal Selam Pertama Malaysia pun boleh jadi kapal selam Russia Kursk.... Sayang... Anak bangsa Malaysia yang terlatih nyawa mereka melayang bukan di Medan Perang,,, tetapi disebabkan pimpinan UMNO yang KORUP.....

2 comments:

  1. Rugi betul la kau tak mampos masa dalam navy dulu....

    ReplyDelete
  2. (Tak mustahil Kapal Selam Pertama Malaysia pun boleh jadi kapal selam Russia Kursk.... ) Sey setujuuuuu 110%..... itu yg pernah terfikir dalam benak sey masa dulu lagi!!!!

    ReplyDelete