Pages

Friday, September 4, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Kapal Selam -- Lubuk Emas Baru Buat UMNO....

Semalam 030909 Negara Malaysia menempah sejarah dalam sistem pertahanan negara dengan kembalinya Kapal Selam pertama ke tanah air... Mungkin sorang sahabat Pak Oncu orang yang paling gembira dengan kepulangan kapal tersebut..

Kalau hangpa tanya aku pentingka semua tu! Tentulah penting.. demi kedaulatan negara...dan memang kalau dalam agama Islampun kita digalakkan menunjukkan kehebatan ketenteraan kita kepada musuh.

Tetapi dalam kontek negara Malaysia hari ini hebat sangatkah kita ni.., kalau Orang No1 Negara dituduh terlibat dalam kes pembelian kapal selam yang mengakibatkan kematian seorang model monggolia, malah lebih hebat lagi kematian tersebut digunakan bahan letupan C4.. Yang hairan bin ajaib Orang no1 itu diam membisu tanpa mempertahankan dirinya dimahkamah, malah saksi-saksi penting dalam kejadian tersebut hilang sampai sekarang.... Hebatkah kita ini... Banggakah Kita...

Kalau kapal-kapal perang TLDM Sykt yang monopoli hampir keseluruhan alat-alat induk/ganti kapal-kapal tersebut ialah Syarikat MTU, di Malaysia, Sole Agentnya di Manjung, belakang rumah aku sahaja... siapa peneraju utama Syarikat MTU di Malaysia?.. SMAS... Syarikat Mahmood Ambak @ Son... Iaitu Bapa kepada Allahyarhamah Hendon bini Pak Lah... Sekarang MTU dikuasai oleh Haji Fadhil iaitu bekas biras Pak Lah.

Tak payahlah aku nak cerita betapa banyak kerajaan menghabiskan duit rakyat untuk membeli peralatan alatganti kapal melalui perjanjian dengan MTU ini.... apa pun hasil dari laba tersebut yang dapatnya adalah pemimpin UMNO.

Bila kaum kerabat Pak Lah dah dapat habuan yang sampai 7 keturunan pun tak habis makan, apa hal pulak dengan orang no 1 sekarang ini... Kalau Pak Lah dah dapat untuk bekalan lepas bersara, Orang No 1 sekarang ni pun akan bersara juga jadi bekalan harus dicari sekarang, dan apa yang aku dengar Syarikat yang dapat menguasai untuk membekal peralatan sistem alatganti kapal selam adalah sykt yang orang kepentingannya ialah Razak Baginda....

Apa yang aku dapat tahu,.semua alat ganti kapal selam ini walaupun sebiji screw&nut mesti digunakan dari pihak pengeluar kapal selam tersebut... walaupun benda tersebut menyamai dan boleh dibeli ke kedai hardware tempatan.. Sebabnya kapal ini melibatkan nyawa anggotanya...

Kalau alatganti kapal perang yang dibekalkan oleh MTU tu pun dah berlipat kali ganda harganya dari pasaran tempatan, inikan pula harga alatganti untuk kapal selam yang kita banggakan itu...tunggu ajalah... kalau hangpa nak terbongkarnya segala kemungkaran yang berlaku sekarang ini, sama-samalah kita bekerja untuk jatuhkan UMNO & BN pada PRU13 yang datang... Mampos UMNO....

1 comment:

  1. woiiiiiiiiiiiii aku tak gumbira lahhhhhhh tapi aku sodih, siapa lah yg nak buek selengara kapal KD TAR tu nanti,,,,,,, TLDN nak tembak EXOCET pun masih guna kepakaran Luar,, hahahahahhahahahahah.... MALANG SUNGGUH TLDM,,, pulak tu PTL anak menantu ARUAH TUN GHAFAR BABA....

    ReplyDelete