Pages

Sunday, September 6, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Sidang DUN Perak 2 Sep 09.. SAH..Tapi tak Laku !!!

Salam Sejahtera..

Daripada petang semalam aku dok perati sepintas lalu pada tajuk menegnai Sidang DUN Perak 02 Sep 09 SAH... Itu daripada pandangang Pakar Undang-undang Perlembagaan Dr Aziz Bari UIA.. Sayang pandangan dari seorang pakar undang-undang tidak diambil kisah oleh pihak berwajib.. terutama orang yang mengaku berada diatas politik itu sendiri walaupun bekas pengamal undang-undang... Itu satu hal...

Dan yang paling ketara sekali dah masuk 2 tahun PR memerintah negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan... tetapi tidak ada satu negeri pun aku tengok nak bagi anugerah pingat pada Dr Aziz Bari... Kenapa boleh jadi begitu.. Sepatutnya beliau dah lama diberikan pingat.. bukan apa ,, aku perhatikan ada pensyarah yang junior-junior darinya pun dah dapat pangkat Datuk.. sebabnya membodek UMNO... Tetapi tahniah aku ucapkan kepada Dr Aziz Bari kerana apa yang aku kenali beliau tetap berpegang dengan prinsip undang-undang yang beliau sendiri pengamalnya.. Tahniah Dr.. moga-moga Allah sahaja yang memberkatinya...

Apakah ahli politik sahaja yang nak pangkat Datuk.. dalam hal ini aku respek pada KM Pulau Pinang YB Lim Guan Eng.. beliau sendiri pun tak kebuloq dengan pangkat dan pingat.. mungkin beliau lebih suka rakyat Pulau Pinang yang memberi pingat dan kepercayaan kepadanya..

Berbalik kembali pada SAH sidang DUN Perak.. terlalu banyak aku melalut...Sidang DUN 030309 yang bawah pokok dulu SAH, malah kalau atas pokok pun tetap SAH, itu kata Prof Dr Agus Yusuf sendiri, termasuk juga Dr Aziz Bari... tetapi apa kesudahannya !!!! Tak ada apa-apa kesudahan.. begitu juga dengan hukuman dari PAC Perak, apakah tindakan selanjutnya.. tak ada.. sehinggalah ketetapan Sidang Dun 02 Sep lepas, iaitu tindakan memenjara dan denda terhadap Adun Jelapan Jee dan Speaker Haram Ganeson..., SAH kata pakar undang-undang.. tetapi siapa ambik peduli... malah ADUN PR Perak dikatakan cuba mengelirukan rakyat Perak.. itu kata MB Luar Tabiee...

Malah hari ini punya berita seorang mangkok hayun punya ADUN UMNO telah mendesak supaya Speaker haram Ganeson mengambil tindakan terhadap ADUN-ADUN PR yang mengadakan Sidang DUN pada 02 Sep 09.. Mangkok hayun sorang ni memang standard bangang pun.. aku tak tau dia ni dulu sekolah sampai darjah berapa... Pegang PAFA dulu pun asyik nak lepas jawatan saja bila team Perak kalah... Duduk kat Parlimen dapat gelaran sama dengan Mamak Pasembor.. itu kata arwah Presiden PAS Datuk Fadhil Noor..

Cuma aku nak tanya kepada pembaca yang faham undang-undang tubuh Perak.. apakah lantikan Speaker haram Ganeson ini dah diperkenan oleh Sultan, selepas sibarua MIC itu dilantik.. SAH kan Speaker haram itu... Tetapi UMNO tidak suka pada yang SAH.. itulah dari segi hakikatnya.. baik dari segi apa pun.. mereka lebih suka pada yang haram.. nak buat macam mana...

Aku tak dapat bayangkan jika desakan simangkok hayun tu, kalau betul diambil tindakan oleh Ganeson dengan mengeluarkan perintah kesemua ADUN PR seramai 28 Orang itu digantung dari tugas ADUN dan segala elaun diberhentikan dan ini dilaksanakan oleh SUK dengan kuncu-kuncunya, maka selepas ini senanglah mereka nak bersidang DUN tanpa gangguan dan bangkangan dari ADUN PR... senanglah mereka nak merancang nak merompak harta rakya sebelum habis penggal untuk PRU13, nampak UMNO lagi bijak memasang perangkap terhadap PR...

Apakah yang boleh nak dilakukan lagi oleh ADUN PR.. nak masuk SUK untuk sidang DUN dan tentu akan dihalang oleh Polis yang setia dengan UMNO umpama anjing yang setia menjaga sahabat-sahabat yang bersembunyi di gua seperti dalam kisah Surah Al-Kahfi.. Kalau dulu Speaker YB Siva mengantung Zambri selama 18 bulan dan 4 exco selama setahun walaupun SAH tetapi UMNO tak peduli, malah mahkamah persekutuan cepat mengeluarkan perintah batal arahan tersebut.

Bayangkan kalau 27 ADUN PR pulak yang kena gantung, yang tinggal YB Idham Lim sorang saja, sebab apa yang diketahui beliau ada kat Mekah... apa akan jadi pada politik Perak...harap-harap tak akan berlaku sebegitu...

2 comments:

  1. dia orang masih memerintah..
    sah ke tak sah dia yang tentukan..

    apa2hal bukti kasi simpan,besok pr memerintah kita bukak balik kisah ni..

    ReplyDelete
  2. pas tak pergi jahanam tapi penyokong lah yang pergii jahanam. Sudah-sudahlah tu. Sampaio bila jahanam nak meroyan

    ReplyDelete