Pages

Tuesday, September 8, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Tiada Harapan lagi Untuk Bubar DUN Perak.

Salam Sejahtera...

Suasana politik di Malaysia semakin hari nampaknya semakin bertambah gampang jadinya, apa yang jelas kelihatan UMNO cuba nak mempermain-mainkan PR... terutama sekali di negeri Perak ini...

Sebelum ini aku ada menulis postin DI SINI, dan nampaknya apa yang aku dok bayang semakin hampir akan berlaku, apa yang akan berlaku aku tak tau, tetapi akan berlaku, kalau kita tengok di akhbar-akhbar hari Zambri MB Luar Tabiee sudah mengatakan yang speaker haramnya Ganeson akan meneliti apakah tindakan yang bakal di ambil kepada ADUN PR mengikut saluran undang-undang didalam sidang DUN di hotel pada 02 Sep lepas.

ADUN PR aku rasa dah terperangkap dengan jerat atau strategi yang sendiri dipasang, katakan 27 orang ADUN yang terlibat semuanya digantung dari menghadiri Sidang DUN, apakah tindak balas ADUN PR, nak bawa ke mana, ke mahkamah, memang boleh bawa, ding-dong kena tunggu dulu, sedangkan saman Sivakumar terhadap Ganeson pun masih belum disebut, dan di sini aku tak nampak keadilan dari mahkamah akan berpihak kepada PR.

Katakan pada bulan Nov nanti UMNO akan menjalankan sidang DUN untuk Budget Negeri Perak, mereka boleh bersidang tanpa gangguan lagi, yang perlu mereka lakukan ialah letak saja polis di pintu masuk SUK, semua ADUN PR tak dibenarkan masuk untuk bersidang sebab kena gantung, apa yang boleh PR lakukan....sedangkan mereka dari UMNO ketawa memerhati melihat keadaan gelagat ADUN PR dari dalam.

Kalau dulu dunia akan memerhati kerajaan junta tentera Myanmar yang dok menekan Aung San Suu Kyi, tetapi kini mereka beralih arah ke Perak pula apabila kerajaan Kudeta UMNO menekan PR.

Apakah rancangan strategi PR selanjutnya, dulu aku ada cadangkan agar dalam tempoh tiga bulan seorang dari calon PR letak jawatan ADUN atas alasan sesuatu sebab, tetapi ramai yang komen mengatakan strategi itu bahaya, kerana jika ADUN tersebut dah letak jawatan, maka 5 tahun tak boleh bertanding, itu pasal aku kata dalam politik ni kena banyak berkorban, kalau diambil dari segi itu maka terpaksalah tunggu sampai PRU13...kenalah bersabar buat sementara waktu, tetapi sekarang ini kalau hukuman dah dikeluarkan oleh Speaker haram Ganeson, tak berguna lagi dah, silap-silap elaun bulanan ADUN pun digantung sekali, seperti mana yang berlaku kepada Gobind Singh AP Puchong yang sekarang ni tengah dibicara di mahkamah.

Sekarang aku nampak Zambri MB luar Tabiee dah lapang dan senang hati, semalam saja 2-3 programnya sempena Nuzul Quran bersama penduduk di Lekir dan siap bagi tazkirah di Majid Teluk Murok, aku tak pasti dapat sambutan ke tidak, tetapi penduduk orang Melayu, biasalah.. bila MB dah datang bawa rezeku dalam bulan puasa ni, sapa yang nak tolak, sure ramai punya.....

Harapan aku hanya satu saja lagi, iaitu rayuan Nizar di mahkamah Persekutuan setelah mahkamah rayuan menolak kesnya, tetapi kes itu pun entahlah, mahkamah diMalaysia dah tak ada nilai lagi, seperti kata MSK Mahkamah Malaysia lebih rendah dari market babi.

5 comments:

  1. SABARRRRRRRRRRRRR lahh woiiii,,, tunggu lah PRU13,,,,,, yg kalut sangat tu apa sal,,,, kalau buek perangai macam paria, akhir nya org PERAK meluat dgn PR,,, sorry MM terkasar lahh pulak,,,,,

    ReplyDelete
  2. Salam Manjungmari,

    Sebuah tulisan yang berani dan berterus terang. Semoga dapat jadi bahan berfikir bagi orang yang mahu berfikir.

    Allahuahkbar!!!

    ReplyDelete
  3. Pak Oncu...

    Aku sabar,,, tapi nak buek apo dah... dah terlewat dah... tunggu jalah apa kesudahannya..

    Pak Sheikh,

    Salam Kembali...Tulisan kita ini pun bukan mereka nak baca, cuma kita hanya dapat luahkan apa yang terbuku dihati...

    AbgBro...

    Aku tak betui ka....

    ReplyDelete