Pages

Friday, October 2, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Ada Persamaan Dengan UMNO...

Salam Sejahtera....

Oleh kerana hari ini hari Jumaat, aku cuba membawa satu posting yang aku dapat dari Cyberita Singapura, sesuai untuk bahan bacaan kita....aku paste kat bawah....


SYAITAN MUSUH NYATA BAGI UMAT MANUSIA

Oleh
Mohd Yusof Hassim

SEJAK Nabi Adam as dijadikan, Iblis (syaitan) telah menjadi musuhnya yang nyata yang sentiasa berusaha melahirkan syak dalam hati manusia terutama di kalangan orang beriman.

Bagi yang tidak beriman, ia akan berusaha mengekalkan orang itu dalam keadaan tidak beriman.

Syaitan akan terus melahirkan keraguan mengenai wujudnya Allah. Ibnu Abbas pernah meriwayatkan, katanya: 'Saya rasa ada sesuatu dalam diri'. Lantas baginda menjawab: 'Itu semua suatu cubaan untuk melahirkan syak wasangka'.

Perasaan syak tersebut memang banyak berlaku kepada manusia. Antaranya tatkala berwuduk, solat dan soal kehidupan yang lain.

Syaitan turut melahirkan keraguan dalam perkara akidah dan keimanan. Di samping itu ia turut membuat manusia berasa ragu dalam urusan kehidupan.

Ia juga menggunakan kaedah tazyin (memperelokkan). Dalam apa juga urusan yang dilakukan manusia, syaitan akan campur tangan, menampakkan bahawa perbuatan kita itu baik sedangkan hakikatnya ia tidak elok. Ini akan menyebabkan kita rasa bongkak.

Allah berfirman yang bermaksud: 'Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak berpikul-pikul, daripada emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang ternak serta kebun. Semuanya adalah kesenangan hidup di dunia.' (Surah Aali Imran: 14)

Untuk mengelak daripada gangguan syaitan, kita diperintah beristi'azah seperti yang dijelaskan dalam ayat berikut yang maksudnya:

'Dan jika engkau dihasut syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah (dengan membaca A'uzu billahi minasy syaitanir rajim).' (Surah Al-A'raf: 200)

Begitu juga dalam ayat seterusnya bermaksud: 'Dan katakanlah, wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu daripada hasutan syaitan dan aku berlindung kepada-Mu wahai Tuhan, supaya syaitan itu tidak menghampiriku.' (Surah Al-Mukminun: 97-98)

Syaitan memasuki hati manusia dari 10 pintu:

  • Tamak dan buruk sangka: Hadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

  • Cintakan hidup dan panjang angan-angan: Hadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan cara spontan.

  • Cintakan nikmat: Hadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

  • Kagum dengan diri sendiri: Hadapinya dengan mensyukuri nikmat-nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksa.

  • Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka: Hadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

  • Hasad: Hadapinya dengan sifat qana'ah (puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan reda terhadap pemberian Allah kepada makhluk-Nya.

  • Riak dan sukakan pujian manusia: Hadapinya dengan sifat ikhlas.

  • Bakhil: Hadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa, sedangkan apa yang ada di sisi Allah itu akan kekal.

  • Takbur: Hadapinya dengan memupuk sifat tawaduk.

  • Tamak: Hadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

    Abu Hurairah ra telah meriwayatkan peristiwa syaitan penggoda orang Mukmin bertemu dengan syaitan penggoda orang kafir.

    Syaitan orang kafir itu berada dalam keadaan gemuk, sedangkan syaitan orang Mukmin kurus kering dan dalam keadaan dukacita.

    Apabila ditanya oleh syaitan orang kafir kepada syaitan orang Mukmin: 'Kenapa kamu kurus kering dan dukacita?'

    Syaitan orang Mukmin menjawab: 'Aku mendampingi seorang lelaki untuk menggodanya. Apabila lelaki itu hendak makan, dia menyebut nama Allah, jadi aku terus lapar. Apabila minum, dia menyebut nama Allah, jadi aku terus kehausan. Apabila memakai pakaian, dia menyebut nama Allah, dengan itu aku terus bertelanjang. Apabila memakai minyak rambut, dia menyebut nama Allah, dengan itu rambutku terus kering dan kusut.'

    Syaitan orang kafir pula berkata: 'Aku mendampingi seorang yang tidak melakukan sedikit pun daripada apa yang engkau sebutkan itu. Justeru aku berkongsi makanannya, minuman dan pakaiannya.'

    Jauhkan diri daripada makan terlalu banyak, bermewah-mewahan sekalipun halal dan bersih. Allah berfirman yang bermaksud:

    'Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada setiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.' (Surah Al-A'raf: 31)

    Rasulullah saw berpesan bahawa sesungguhnya syaitan itu berlari dalam diri anak Adam seperti mengalirnya darah. Justeru sempitkanlah laluan syaitan dengan berlapar.

    Perbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan beristighfar sebagaimana disabdakan baginda bahawa syaitan itu meletakkan belalainya di atas hati anak Adam. Apabila dia (anak Adam) berzikir, syaitan itu akan berundur dan apabila dia lupa kepada Allah, syaitan itu akan mengunyah hatinya.

    Begitu juga dengan sifat tergesa-gesa. Sifat ini mesti dijauhi dan sebaliknya sentiasa berwaspada dalam semua perkara seperti yang dinasihatkan oleh Nabi saw bahawa terburu-buru itu daripada syaitan dan berhati-hati itu daripada Allah.

    Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata 'anak syaitan, perangai macam syaitan' kepada anak-anak. Walaupun anak kecil kelihatan tidak mengerti, sebenarnya dia mendengar.

    Kata-kata sedemikian boleh mempengaruhi tingkah laku atau sifat anak tersebut. Dia akan memberontak dan apabila mempunyai anak sendiri, kemungkinan dia akan berbuat begitu juga terhadap anaknya.

    Apabila kekata ini sering keluar daripada mulut ibu atau bapa, kemungkinan besar perangai anak akan menjadi seperti syaitan.

    Manusia yang berperangai seperti syaitan sebenarnya adalah syaitan di kalangan manusia.

    Sumber: cyberita.

    Komen: Mengikut pada penulis rencana ni, pada kolum akhir sekali "Manusia yang berperangai seperti syaitan sebenarnya adalah syaitan dikalangan manusia"..... adakah manusia seperti itu, kalau fikiran aku memang ada, jelas ada...diantara 10 pintu tu (yang font merah tu) kalau kita lihat pada situasi semasa memang jelas ada pada pemimpin UMNO, Ikhlas dari hati aku.. bukan aku nak buat fitnah... cuba hangpa fikirkan.. betui atau tidak... memang ada pada ucapan-ucapan pemimpin UMNO... Jadi jelaslah UMNo itu Syaitan di kalangan Manusia... jadi jangalah kita berbaik dengan UMNO.... Mampos UMNO... Ameeen.

  • 5 comments:

    1. aku sokong......
      syaitan=UMNO or UMNO=dajjal

      ReplyDelete
    2. haluuuuuuuu.....


      UMNOngok bukan setakat syaitan tapi dajjal, iblis, hantu, mambang segala mambang, jin, toyol, pelesit dan babi. Busuknyer UMNOngok ni lebih busuk daripada tahik babi. KHAK TUIH....

      ReplyDelete
    3. Syaitan besar sekali ialah nik aziz la ngok. itu la bapak segala setan,,, bak kata p ramlee hei setannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

      konform mampos manjung mari.. mamposssssssssssssssssssssss mm

      ReplyDelete
    4. MM= Memang menatey.
      MM=Mampos MM.
      MM=meliwat Merogol
      MM=Memang Mampos.
      MM=Mencarut Mengauta.

      MM =mampos manjung mari ,,ameen.. mamposssssssssssssssss

      ReplyDelete
    5. ade je ameno ada le syayatin..
      ade setan ada le pencacai ameno!!!

      ReplyDelete