Pages

Wednesday, October 14, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PAS Perlu Buat Perubahan..

Salam Sejahtera...

Selepas saja keputusan PRK Bagan Pinang pada 11 Okt lepas, aku diam sekejap,, terkedu... selepas biula aku telefon Cenangau minta pengesahan mengenai laporan keputusan PRK tidak rasmi yang dipublish dalam blog ciberboron... Selepas itu langsung aku tak sentuh langsung tentang PAS di PRK Bagan Pinang, sebabnya pertama sekali aku tak pergi pun, jadi tak perlulah nak menyibuk lebih sudu dari kuah.

Apa yang boleh aku lakukan hanyalah boleh membaca dari blog kekawan yang sama fikrah dan juga blog lawan belah sana...., Kemudian banyak cerita dari rungutan-rungutan blogger mengenai pimpinan PAS sekarang..., dan ada juga kekawan marah pada blog-blog pro PAS yang menghentam pimpinan dan sebagainya,,, ialah.. sebelum ini 7 PRK semuanya menang, bila kalah sekali ia jadi semacam kejutan.... Apa pun para blogger ni, mereka membuat teguran, mungkin cara penyampaiannya itu ada yang mempunyai persepsi berlainan apabila kita membacanya...

Cuma dari segi pembacaan aku itu, aku cuma nak sentuh satu saja, kerana sebelum ini aku dah pun buat dua posting Di SINI dan SINI. Cuma aku cukup terasa sebab apa yang aku tulis tu ... tak taulah susah aku nak sebutkan... tambahan pula bila aku membaca dari analisa Aduka Teruna Di SINI. Walau apa pun dan memang ada persamaan dari apa yang aku tulis sebelum ini, tetapi aku berdiam lagi... bukan apa-apa,,, ialah aku sedar aku ni blogger cikai, baru mula nak belajar menulis dalam blog pun... tak sepatutnya begitu, tetapi bila YB Dr Zulkifli Ahmad selaku Pengarah Operasi PRK Bagan Pinang sendiri pun mengaku mengapa pengundi Cina tidak mengundi PAS adalah disebabkan faktor seperti yang aku tulis sebelum ini, DI SINI, maka aku rasakan pendapat aku itu adalah sedikit sebanyak menepati sasaran...

Cuma aku harap.... selepas ini tak payahlah pimpinan nak menuding jari menyalahkan kepada UMNO mengatakan yang UMNO itu menyalahgunakan kuasa dan sebagainya... tak payah... ahli dan penyokong PR semua dah tahu segala gerakkerja dan tipudaya UMNO, tak payahlah nak ulang cerita itu semua, adalah lebih baik buat pengakuan yang PAS akan membuat penambahbaikan dalam Parti, dan kejadian seumpama di Selangor sebelum ini tak sepatutnya ditangani sedemikian rupa... sayang sekali.. disebabkan salah satu sebab tersebut PAS mengalami kekalahan yang cukup memalukan, seolah-olah berada diambang tahun 80han dahulu rasanya...kerana kalau nak dibandingkan dengan PRU11 tahun 2004 yang lalu pun majoriti yang BN dapat hanyalah 4411 sahaja, tetapi PRK kali ini menjangkau 5435 .....

Apakah PRK yang akan datang pada bila-bila masa yang kita tidak pasti ...mahu berulang lagi sedemikian... terpulanglah.. kami ahli bawahan hanyalah dapat memberi sekadar pendapat yang tidak pun dibaca oleh pimpinan.. Cuma sebagai tanda sayangnya kepada Parti inilah sahaja salah satu yang dapat disampaikan....

Mamposs UMNO...... Ameen.

No comments:

Post a Comment