Pages

Sunday, November 29, 2009

Grand Design Menjatuhkan TGNA.

Artikel ini aku cilok dari Blog Saynotomunafiqen.
BERSETUJU ATAU TIDAK BERSETUJU, SEMUA KITA TAHU KEWUJUDAN KONSPIRASI TERSEBUT.

ADA ORANG KATA KONSPIRASI ITU BERTUJUAN UNTUK MENJATUHKAN TGNA SELAKU MB KELANTAN. AKU KURANG BERSETUJU DENGAN STATEMENT INI.


PADA AKU, KONSPIRASI INI HANYA BERTUJUAN UNTUK MEMALUKAN TGNA DAN MEMBERIKAN TEKANA KEPADA TGNA UNTUK BERUNDUR DENGAN SENDIRI.


MATLAMAT KELOMPOK SERIGALA LAPAR INI TELAH HAMPIR TERCAPAI APABILA TGNA DIBERITAKAN TIDAK AKAN BERTANDING LAGI DALAM PRU KE 13 NANTI.


PADA PERINGKAT PERTAMA, KELOMPOK INI TELAH MEMBEDIL PMBK SECARA BERTALU TALU BAGI MENCABUT CEO PMBK.


PELURU PELURU SEPERTI TGNA MENGAMALKAN KRONISME, TGNA MENGUTAMAKAN MENANTU, TGNA SALAH PILIH, TGNA MEMPERLEKEHKAN KEMAMPUAN DAN KELAYAKAN ANAK KELANTAN YANG LAIN, TGNA SUDAH NYANYUK, TGNA SUDAH TUA, TGNA SUDAH KRONIK, TGNA SUDAH NAK MATI DAN MACAM MACAM LAGI DIBEDIL KE ARAH PMBK.

PERSOALAN YANG TIMBUL ADALAH KENAPA YANG DIBEDIL ITU ORANG LAIN TETAPI YANG TERCEDERA ITU ADALAH ORANG LAIN? YANG DIBEDIL ITU ADALAH MENANTU TGNA TETAPI YANG MENJADI SASARAN ADALAH TGNA.


DI MANAKAH LOGIKNYA JIKA BUKAN BERTUJUAN UNTUK MENCALARKAN MARUAH TGNA DAN MEMALUKAN BELIAU.


SETELAH TERCABUTNYA CEO PMBK, MUNCUNG MERIAM ITU DIHALAKAN PULA KE ARAH UST NIK AMMAR SEHINGGAKAN UST NIK AMMAR TERMAKAN UMPAN YANG DISAJIKAN.


KERJA KERJA KELOMPOK SERIGALA INI MENJADI MUDAH APABILA APABILA UST NIK AMMAR SECARA TERBUKA MEMINTA TGNA MENAMAKAN BAKAL PENGGANTI BELIAU SELEPAS BELIAU BERUNDUR.


DALAM MASA YANG SAMA, HUSAM MUSA PULA MENEGASKAN BELIAU AKAN MENOLAK SEBARANG CADANGAN YANG MAHU MENCALONKAN BELIAU SEBAGAI BAKAL MB KELANTAN.


OPS !! KENAPA BELUM APA APA LAGI HUSAM MUSA SUDAH BUKA MULUT DAN KELIHATAN SEPERTI MAHU BERLEPAS DIRI DARIPADA KACAU BILAU INI?


SEKARANG, SUDAH ADA BLOGGER YANG MENCADANGKAN PAS PUSAT MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS UST NIK AMMAR KERANA MEMBERIKAN TEKANAN KEPADA TGNA.


PERSOALANNYA, KENAPA PAS PUSAT DAN KENAPA TIDAK PAS KELANTAN? INI MENGUNDANG KEMUSYKILAN.


SETELAH BERJAYA MENGGONCANG PMBK SEHINGGA CEONYA TERCAMPAK KELUAR, SETELAH BERJAYA MENGUMPAN UST NIK AMMAR, MAKA MUNCUNG MERIAM MILIK KELOMPOK INI DIHALAKAN PULA KE ARAH MPKB-BRI.


MANA DIBEDILLAH PELURU PELURU ITU KE ARAH PENTADBIRAN MPKB-BRI. KENAPA BEGITU? KERANA SASARAN SETERUSNYA ADALAH HJ TAQIYYUDDIN HASSAN.


MAKA, TERSIARLAH ARTIKEL ARTIKEL DI INTERNET YANG "MENDEDAHKAN" KEPINCANGAN DALAM MPKB-BRI. KONONNYA BERSUMBER "KULI KULI MPKB-BRI". DISIARKAN JUGA KONONNYA MPKB-BRI GAGAL BERFUNGSI DENGAN BERKESAN. DISIARKAN GAMBAR GAMBAR JALAN JALAN SELENGGARAAN MPKB-BRI YANG BERLUBANG, LAMPU JALAN YANG TIDAK MENYALA, SEMAK YANG TIDAK DITEBAS, SAMPAH YANG TIDAK DIPUNGUT DAN SEBAGAINYA.
SEMUA INI BERTUJUAN UNTUK MEMBURUKKAN KREDIBILITI HJ TAQIYYUDDIN HASSAN SELAKU EXCO YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS MPKB-BRI.

KITA AMAT YAKIN SELEPAS HJ TAQIYYUDDIN HASSAN CEDERA PARAH SEPERTI MANA CEDERA PARAHNYA UST NIK AMMAR, MAKA MUNCUNG MERIAM ITU AKAN DIHALAKAN PULA KEPADA UST AHMAD YAAKOB YANG TELAH DIWARWARKAN AKAN MENGGANTIKAN TGNA JIKA TGNA BERUNDUR.


KITA TAHU BAHAWA PIMPINAN PAS KELANTAN YANG BERPOTENSI UNTUK MENGGANTIKAN TGNA AKAN DICEDERAPARAHKAN ATAUPUN AKAN DIMATIKAN TERUS OLEH MUNCUNG MUNCUNG MERIAM YANG DIBAWA KHAS KE KELANTAN OLEH INDIVIDU TERTENTU UNTUK MENJULANG TOKOH TERTENTU DAN MEMBUNUH TOKOH TERTENTU.

AKHIRNYA NANTI, YANG AKAN DILIHAT BERSIH DAN PERLU DIBERIKAN PELUANG UNTUK MENJADI MENTERI BESAR KELANTAN ADALAH HUSAM MUSA DAN HUSAM MUSA PULA AKAN MENERIMA CADANGAN TERSEBUT ATAS DUA ALASAN.

PERTAMA, DEMI KEPENTINGAN JEMAAH (SEPERTI MANA YANG BELIAU SELALU SEBUT).

KEDUA, AMANAH DARIPADA ALLAH SWT DAN AMANAH ITU WAJIB DIPIKUL KERANA "KITA" ADALAH AHLI GERAKAN ISLAM.


DIBERITAKAN JUGA BAHAWA RAMAI BLOGGERS TELAH BERKAMPUNG DI KELANTAN BAGI MENJAYAKAN AGENDA JAHAT INI. BEBERAPA BLOGGERS TELAH DILAPORKAN BERTEMU DENGAN AGENT YANG ADA DAN BERSEDIA UNTUK DIPERKUDAKAN.


LEBIH MENYEDIHKAN ADALAH AGENT AGENT ITU ADALAH ORANG ORANG YANG MENGAKU RAPAT DENGAN TGNA DAN ANAK BERANAKNYA SEDANGKAN TGNA TAK KENAL PUN MAKHLUK TERSEBUT.
BELIAU MENJUAL DAN MENJAJA NAMA TOK GURU DI MANA MANA.

ADA BLOGGER KATA HUSAM MUSA TERSALAH PANDANG KICKDEFELLA - BIAWAK KICKDEFELLA DISANGKA RUSA.


BLOG INI MEMILIH UNTUK BERKATA - KU SANGKA BIAWAK RUPANYA NAGA.

JUMPA DI MAHSYAR.



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


SINOPSIS ARTIKEL DI ATAS :
-

PERTAMA

MEMBURUKKAN MENANTU TGNA

KEDUA
MEMBERIKAN TEKANAN FASA PERTAMA KEPADA TGNA


KETIGA
MENYINGKIRKAN MENANTU TGNA DARIPADA PMBK SEBAGAI HINT KEPADA TGNA PERLU MENGOSONGKAN KOTA DARUL NAIM


KEEMPAT

KUMPUL BLOGGERS DI KELANTAN


KELIMA

HUSAM MUSA BERLEPAS DIRI


KEENAM

KUNCI MULUT UST NIK AMMAR


KETUJUH

KUNCI MULUT HJ TAQIYYUDDIN HASSAN


KELAPAN

BUKA MULUT PIMPINAN PAS PUSAT


KESEMBILAN

CEDERAPARAHKAN IMEJ UST AHMAD YAAKOB


KESEPULUH

CALON AKHIR YANG MASIH BELUM CEDERA HANYALAH HUSAM MUSA


KESEBELAS

PRU KE 13 BERI TEKANAN KEPADA TGNA SUPAYA TIDAK BERTANDING


KEEMPATBELAS

SERIGALA MENANG


SUMBER : www.kebenaranpahitbaginafsu.blogspot.com

14 comments:

  1. udah-udahlah tu menyebarkan fitnah....

    ReplyDelete
  2. Kesetiaan ‘dari dunia sampai akhirat’ tidak akan tergugat — Husam Musa

    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/44921-kesetiaan-dari-dunia-sampai-akhirat-tidak-akan-tergugat--husam-musa

    NOV 29 — Tajuk muka depan sebuah akhbar mingguan “Husam Letak Jawatan?” Ahad lalu bagai panahan kilat dan halilintar. Lazimnya kilat dan guruh tidak muncul pada musim tengkujuh seperti ini kecuali kilat buatan dengan motif tertentu. Ia datang salah musim dan gelora Laut Cina Selatan sudah cukup besar untuk menenggelamkan ombak buatan.

    Keseronokan bekerja meningkat sejak kebelakangan ini dengan isu tuntutan royalti. Saya diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri. Fokus saya ialah bagaimana “mendekati” Kerajaan Pusat supaya membuka pintu minda dan bersifat saksama? dan itu sangat baik untuk keluhuran kehidupan berpersekutuan di negara kita.

    Saya yakin di sana ada peluang. Perdana Menteri kini mendukung konsep 1 Malaysia. Sekurang-kurang itu slogan yang dikumandangkan. Tidak mungkin slogan ini akan dibiarkan lemas dengan keputusan yang tidak selari ketika ia masih di alam rahim.

    Hujah yang baik, saya yakin akan meyakinkan Perdana Menteri. Bahkan, langkah beliau mengumumkan di Parlimen dalam tempoh yang relatif singkat adanya pengeluaran petroleum dalam perairan Kelantan, sudah sangat bermakna. Surat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat atau Tok Guru pada Perdana Menteri dihantar Ogos lalu, bersama-sama "Memorandum of Claim" yang dirangka beberapa peguam yang menggariskan sudut undang-undang tuntutan ini. Pada 4 November, hanya dalam tempoh tiga bulan, Perdana Menteri memberi respon rasmi di Dewan Rakyat, pada saya satu permulaan sangat positif.

    Bukankah pemimpin lain sebelum itu berkeras menafikan dua perkara iaitu layaknya Kelantan dengan royalti dan keduanya, adanya pengeluaran minyak atau gas di perairan Kelantan walaupun setitik.

    Perdana Menteri saja bersikap berbeza. Beliau diam ketika orang lain menafikan dan akhirnya membuka mulut dengan pengumuman itu, Kelantan ada gas dan minyak.

    Kalau dulu, seharian hari saya sibuk mengutip laporan, data dan pandangan pakar, termasuk perundangan, untuk membina asas tuntutan royalti ini, bukankah kini hati saya sangat terhibur apabila pengiktirafan pertama datang dalam bentuk bayaran ihsan bagi medan Bumi Selatan?

    Pada waktu saya sedang “berseronok” dengan misi ini, saya didakwa memberi ugutan kepada Tok Guru untuk berhenti? Untuk memecat orang itu dan ini seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris sehari selepas laporan muka depan sebuah akhbar mingguan, dengan tajuk “Husam: They go or I'll quit”. Saya akan jelaskan.

    Kita selesaikan dulu perbincangan mengenai minyak. Pengeluaran dalam jarak tiga batu nautika saja layak menerima royalti. Ini hujah Kerajaan Pusat. Bagaimana mahu mematahkan hujah ini? Itu yang saya fikirkan. Satu caranya ialah meneliti semula dokumen lama untuk memahami semangat kata kunci “onshore” dan “offshore” yang ada dalam perjanjian dan suratcara penyerahan hak (vesting deed) yang menjadi asas terserahnya hak petroleum dari negeri kepada Petronas pada 34 tahun lalu.

    Kini semua hansard Dewan Rakyat dan Dewan Negara boleh dilayari secara online. Adakalanya saya tidur lewat malam meneliti catatan berharga ini. Beberapa isu kontemporari Negeri Kelantan yang dibisingkan sekarang, pada saya ibarat awan mendung yang akan berlalu. Kebijaksanaan Tok Guru mencukupi untuk menangani isu ini.

    Walau apa juga yang akan berlaku, insya-Allah saya akan terus setia dengan Tok Guru. Persetiaan kami dalam gerakan Islam adalah persetiaan dunia sampai akhirat. Keselamatan di padang Mahsyar nanti adalah hitungannya. Oleh kerana itu, nasihat yang benar adalah ramuan hubungan kami. Dengan nasihat menasihati, bantu membantu, percaya mempercayai yang belum pernah luntur, saya yakin Tok Guru dan saya tiada masalah untuk saya mengambil langkah memberikan kata dua seperti didakwa. Lagi pun, elokkah insan seusia saya memberikan kata dua kepada pemimpin seusia Tok Guru?

    ReplyDelete
  3. ==cont==

    Tok Guru, pada saya, tidak akan mengorbankan rekod pencapaiannya yang sudah memuncak. Apa lagi untuk mencemarkan reputasi tingginya sebagai orang yang tegas dan berprinsip. Islam sentiasa di atas dalam minda dan pertimbangannya. Hilang gelap timbul terang, apabila air sudah tenang, kejernihan menggantikan yang keruh.

    Mengapa perlu saya beralih agenda? Sekalipun ada juga usaha untuk mengaitkan saya dengan itu dan ini, tetapi ia menjadi lumrah dalam hidup saya sejak minggu pertama bergelar Exco. Bekalan saya ialah kebenaran dan kejujuran. Kalau tumbang atas kebenaran, saya bahagia. Kalau berjaya tetapi kebenaran dan kejujurannya hilang, mana bahagianya?

    Seorang pengusaha balak melaungkan kata: "Baru seminggu, Husam dah nak tunjuk kuasa!" di kantin Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kerana sedikit pandangan saya mengenai satu dua perkara pada minggu pertama saya menjadi Exco. Sejak itu, tidak sedikit tekanan dan penderitaan yang cuba ditimpakan dalam pelbagai cara.

    Namun, pada hari pertama saya dilantik setiausaha akhbar Tok Guru 19 tahun lalu, saya bisikkan ke jiwa saya firman Alah dalam surah Ar Rahman yang bermaksud: "Semua ini sangat sementara. Wajah Tuhanmu saja yang kekal abadi." Ia bagai penawar mujarab yang merawat penderitaan hati setiap kali fitnah seperti itu dihadapkan.

    Sekalipun tuduhan dan kerenah yang berat saban waktu melingkari saya, ia tidak menghilangkan fokus saya. Saya tahu semua yang dituduh itu tidak berlaku. Hati kecil kita tahu siapa kita, sudah cukup untuk kita menentukan kita bersalah atau tidak. Jika kita memang tidak bersalah dan hanya menjadi mangsa politik “character assassination” dan berita yang ditokok tambah sesuka hati, mengapa perlu kita terpesong daripada tumpuan kita? Kalau ada pihak ingin memalitkan saya bersama, itu urusan mereka.

    Isu di depan kita bukan semata-mata royalti. Bukan sekadar masalah Kelantan perlukan wang itu untuk diurus sendiri atau ia hanya isu khusus untuk rakyat Kelantan. Semakin saya mendalami isu ini, semakin sedar ia adalah isu yang lebih luas. Keluhuran perjanjian. Ketulusan pemimpin terdahulu. Ketelusan. Pengurusan khazanah yang lebih optimum. Kesaksamaan. Amalan federalisme. Penempatan industri petroleum dan isu lain juga.

    Umpamanya, jika dikatakan medan Ular, Gajah dan Bergading yang menjadi empat berkembar dengan Bumi Selatan yang semuanya berada dalam blok PM 301 mempunyai rizab yang sangat besar, bukankah munasabah aktiviti berkaitan petroleum termasuk support base, diizinkan berlaku di bumi Kelantan?

    ReplyDelete
  4. ==cont==

    Jika kerajaan Thailand mengiktiraf wilayah Songkhla layak menerima bahagian daripada royalti yang diterima Thailand daripada kawasan JDA (Kawasan Pembangunan Bersama), mengapa Kelantan tidak mendapat bahagian yang sama dari Malaysia? Pada tahun depan saja, perolehan dari kawasan JDA untuk Malaysia berjumlah RM800 juta dan Kelantan berhak separuh daripadanya iaitu RM400 juta.

    Inilah yang saya fikirkan hampir saban hari. Bolehkah misi ini saya jayakan dengan meletak jawatan? Apa sebab saya nak letak? Kalau orang mereka cerita dan ia cuba dihumbankan pada saya, adakah saya perlu hilang fokus kalau memang saya tak terbabit? Saya dikatakan menemui Tok Guru pada Selasa, sedangkan hari itu saya berada di Parlimen mengikuti perbahasan mengenai royalti oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

    Petang Rabu, saya menemani Tok Guru menyambut Nazri yang melakukan lawatan banjir ke Kota Bharu. Paginya ada mesyuarat Exco dan selepas mesyuarat Exco, saya dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob serta Datuk Takiyuddin Hassan bersama Tok Guru dalam sidang akhbar mengenai 'natural justice' yang Tok Guru utarakan berkaitan royalti.

    Tengah hari Khamis, saya ke Hospital Pakar Perdana untuk pemeriksaan. Doktor menasihatkan saya berehat dan bercadang berbuat demikian bermula Isnin berikutnya. Sebelum Zuhur hari itu saya maklumkan kepada Tok Guru cadangan mendapatkan rawatan itu. Entah bagaimana, ia sudah ditukar sebagai usaha saya mengugut Tok Guru dan sakit saya itu hanya satu sandiwara semata-mata. Yang lain pula membuat cerita cuti sakit itu adalah permulaan saya akan hilang jawatan.

    Kalau boleh, Allah angkat saja kesakitan kita pada orang itu. Kalau sandiwara, masakan saya menghantar surat tuntutan saman kepada sebuah akhbar hanya berselang dua hari, terhadap sebuah akhbar mingguan, masih dalam proses. Ringkasnya, tidak wujud sama sekali saya mengugut untuk meletak jawatan atau Tok Guru memecat orang itu dan ini. Tunggulah perbicaraan kes ini nanti kalau masih ada yang ragu-ragu.

    ReplyDelete
  5. Gaya spinning cerita ni macam si MSO karat tu saja.

    Aku tak faham lah kenapa puak-puak PAS karat pun boleh percaya gaya tulisan sebegini tapi mati hidup balik pun mengaku tak percaya tulisan MSO.

    Memang bodoh. Percaya pun ikut hati tak mengikut fakta.

    Bila BPR siasat puak UMNO lepas tu tak bersalah, puak PAS karat ni kata siasatan pincang sebab tu depa lepas. Bila BPR siasat Husam pun jugak lepas, depa nak kata apa pulak? Senang pi siasat sendiri la.

    Diri sendiri kalau BPR datang siasat pun tak tentu lepas. Ada hati nak buat tuduhan tanpa asas kat orang lain. Tuduhan pakai andaian saja, senang la nak buat.

    Yang orang lain pulak tu, kalau sebelum ni bukan main cakap pasal fitnah berdosa la apa la, sekarang pun turut sama buat fitnah berangkai-rangkai. Memang tak takut dosa betul.

    Buang saja lah kopiah hang tu MM. Pakai songkok tinggi pulak. Aku rasa lagi baik untuk hang.

    - kuntau

    ReplyDelete
  6. memang sah tuan MM pun salah seorang talibarut UMNGOK yang ingin melihat keruntuhan Jemaah Islam di malaysia ni..Jenis bangsa tak dengar kata.Cukuplah menyebar fitnah..Aku pun heran kenapa tuan benci sangat dengan YB Husam..Kalau pun tuan kata tuan dapat maklumat dari informer tuan yang diyakini...kita takut ada dalang yang cuba menabur racun..ambik link pun dari SAYTOMUNAFIQUN...tapi perangai macam munafik...sekali aku kata..buanglah kopiah tu...pakai songkok tinggi..masuk UMNGOK lagi bagus

    ReplyDelete
  7. Udah le tu Manjung Mari..Jangan syok sendiri dengan hits blog hang. Hits blog hang tinggi sebab UMNO sekarang ni dah buat satu team untuk masuk blog² mcm hang, yang berpotensi nak menjahanamkan PR. Kebanyakannya budak Universiti (IPTA) supaya hang SYOK SENDIRI. Sampai lupa diri menghentam orang lain berdasarkan bace blog orang tu orang ini...asyik asyik "cube baca DISINI..dan DISINI..." Jadi la blogger yang BERAMANAH. Hang akan disoal apa yang hang tulis nanti..INSAFLAH.

    ReplyDelete
  8. Aku doakan semoga Husam dan orang yang ikhlas terus komited memperjuangkan hak rakyat Kelantan walaupun difitnah depan dan belakang kiri dan kanan.
    Hanya Allah jua yang dapat membalas jasamu kepada rakyat ini.
    Aku doakan semoga Allah menurunkan peringatan kepada mereka yang menggunakan Islam and parti untuk merompak hak negeri dan rakyat Kelantan.
    -kami yang hanya mampu berdoa-

    ReplyDelete
  9. Satu lagi.
    Aku harap ManjungMari melepaskan diri dari fitnah yang melanda ini. Aku doakan Ya Allah, sekiranya ManjongMari ikhlas membantu agamaMu, bukakan hatinya supaya tidak menjadi lidah syaitan dengan forward perkara-perkara yang dia tak tahu hujung pangkalnya. Semoga Allah melepaskan ManjongMari dari fitnah ini.
    -Rakyat Kelantan yang hanya mampu berdoa-

    ReplyDelete
  10. Masalah menantu TG dah aku beritahu. Masalah utamanya adalah 'agah'. Bukannya Syeikh, bukannya Husam. Bukannya TGNA. Sampai sekarang dia masih tak mahu mengaku.
    Bodoh sangat TGHH dan Haron Din datang dari KL menasihat TGNA supaya menantunya turun dari PMBK kerana dipengaruhi Syeikh.
    Bila hang datang Kelantan tu, aku nasihat Hang buat 3000 borang survey. Hang distribute kat orang kelantan. Kalau hang dapat lebih 100 orang yang sokong menantu TGNA, hang sangat bertuah. Hang boleh pilih samada nak cari akar umbi Pas, atau orang awam secara rawak.

    ReplyDelete
  11. Salam Manjungmari,

    Menang nampak secara surface yang Tok guru tercedera. Itu memang tidak boleh elak kerana Ariffahmi adalah menantunya, Nik Amalina adalah puterinya.

    Kalau diteliti secara kronologi siri pelantikan Ariffahmi daripada COO ke CEO PBMK. Memang kehendak Tok Guru. Tok Guru ikhlas dalam hal ini. Namun dapatkah kita jangka ke mana arah PBMK akan dibawa dan benarkah PBMK di bawah Ariffahmi akan menjulang Kelantan? Kita tidak dapat tentukan.

    Namun, pelantikan itu penuh kontraversi - mengapa? Pada saya, Ariffahmi sekali-kali tidak boleh dilantik kerana hubungan rapat dengan Menteri Besar yang sekali gus Pengerusi PBMK.

    Tengoklah isu ini - Tk Guru pada saya telah terperangkap dengan emosi kekeluargaan tanpa melihat lebih objektif terhadap dakwaan dan tuduhan. Sepatutnya, Tok Guru perlu melakukan siasatan dalaman.

    Menurut Nik Amalina, isterinya, Ariffahmi seorang yang bervisi, bersemangat tinggi - maknanya cita-citanya tinggi. Apa maknyanya ini? PBMK adalah punca! Apa definisi kuasa? Tepuklah dada ...Tidak mungkinkah berlaku manipulasi kepercayaan dan keamanahan?

    Saya bukan menuduh tetapi itu kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku - inilah salah satu pandangan tentang isu strategik.

    Baik Nik Abduh dan isterinya faham bahawa kita bukan berada pada zaman Khulafak-jawatan itu mudah menimbulkan prejudis dan tindakan yang betul ialah menghalang ayahanda mereka daripada melantik Ariffahmi.

    Isunya bukan lagi soal kejujuran tetapi prejudis, fitnah ddan reputasi Tok Guru, Pas Kelantan dan Pas secara keseluruhannya.

    Secara prinsipnya -- dengan adanya isu ini maruah Tok Guru sebenarnya menjulang kembali.

    Wassalam.

    Hafiz

    ReplyDelete
  12. niat yang baik tetapi menggunakan cara yang tidak baik, tidak akan mendatangkan keberkatan malah akan membawa mudarat.

    jangan kerana fitnah/sesuatu yg tidah sah, MM bertindak untuk memburukkan & menjatuhkan orang. Adakah tuan MM telah berbincang sendiri denagn Nik Aziz & Husam untuk mendapatkan cerita mereka? Jika belum, itu bermaksud MM hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak/pihak ketiga tetapi pihak yg tertuduh tidak dapat membela diri.

    Jadi ADILKAH begitu? ISLAMIC kah begitu?

    saya harap tuan fikir betul-betul dahulu sebelum membuat sesuatu yang akan membawa kemudaratan & penyesalan dikemudian hari.

    ps - menganinyaya seseorang juga BUKAN ISLAMIC

    ReplyDelete
  13. Tapi kalau betul fitnah, kenapa tok Guru ikut dan pecat Arifahmi?

    Bukan Kickdefella sanggup jumpa mahkamah ke?

    Kau pun dha kena beli jugak ke?

    ReplyDelete
  14. Tulang Besi..

    Kau dah buat 2 tuduhan terhadap aku.. aku malas nak cakap banyak.. jangan hanya pandai nasihat orang, lihat diri sendir sama..

    ReplyDelete