Pages

Sunday, November 22, 2009

Celcom Broadband, Kenduri Kahwin Punya Cerita..

Salam sejahtera..

Pertama sekali hari ini aku minta maaf kepada pengunjung blog MM, tak sempat nak update, kerana siang tadi walau pun hari ini cuti minggu, tapi aku sibuk sikit, dalam seminggu dua ni, memang sibuk, rumah tengah renovate, kena dok perati mat-mat Indon dok buat kerja...

Kemudian, sempena permulaan cuti sekolah akhir tahun, kenduri kahwin dah bermula, sejak dari semalam lagi, semalam sabtu nu... kat Seberang Perak, hari ini pulak, kat rumah kawan sesama service dulu, dua orang sekali anak dia sekali jalan, yang syoknya tengah aku dok menyuap nasi, tup-tup dengar suara DJ Wan yang dijemput ke rumah kenduri sebut nama call sign aku, MM.. terkejut aku, nasib tak tersedak.., rupanya dia kat belakang aku..., anak lelaki aku tu senyum sumbing aja bila ayahnya jadi sebutan kat rumah kenduri, nasib baik jemputan yang ada tak ambik kisah apa yang DJ dok merapu tu....

Cuma aku nak cerita mengenai semalam, dari petang semalam Celcom tak berfungsi langsung, aku tak perasaan, on broadband tak boleh, bila anak aku tengok hpnya Celcom kong, langsung tak ada line...sampai ke malam celcom tak boleh pakai, oleh kerana gatai tangan, nak masuk juga internet, aku cuba guna simcard prepaid 012 aku, oii boleh rupanya, dapat laju Ok juga...tapi itu lah, sebelum tu aku check balance ada RM86.53 lebih kurang, aku pakai tak sampai 20 minit rasanya, bila berenti stop, dah baca cerita-cerita semua, tutup, check balance balik, berapa tinggal, RM 1.23, dalam masa 20 minit RM85.oo duit aku dalam prepaid terbang.. padan muka..., nampaknya nak panggil kekawan sehari dua pakai tak boleh laa, SMS free banyak lagi baki, ada 200 lebih, tapi itu pun untuk sesama hotlink aja....


2 comments:

  1. Kifarah hasil kutukan puak BN la tu.

    ReplyDelete
  2. salam bang MM, hehehe.. lama tk bersua.. sy pun jarang post dh.. bz ngan tugasan.. internet pun jarang dpt.. line kt sini lg hampeh.. toksah kata broadband.. streamyx pun sama.. huhuh.. tp esk sy balik Manjung sat sampai khamis.. ada keje sket kt sana.. leh la pekena teh. celcom smlm mmg prob sket dr sabtu lg.. nk tanya DJ Wan tue abg wan yg berumur sket tue ka.. yg pakai spek tue? Heheh.. dia mmg lawak la.. kalau dia la.. lama tk jumpa dia..

    ReplyDelete