Pages

Friday, November 13, 2009

Ceramah Magrib Oleh DS IR Nizar..

Salam Sejahtera..

Seperti biasa, disebabkan magrib dan waktu isya' sekarang ni awal, magrib aku selalunya kat rumah, tambahan pulak sekarang ni ada isu-isu panas, aku terpaksa tunggu kat TV, walaupun TV tu pembohong beritanya, tapi bagi aku kena tengok juga, Allah bagi kita akai, guna fikirkanlah, kalau kita boikot, bodoh lah kita.. apa yang UMNO dok maki hamun, umpat kat PAS ada sapa yang tau....

Bila masuk waktu Isya, baru kelam kelibut nak pegi surau tempat pot biasa, sampai saja dengar suara lantang dari speaker suara, aiik, macam biasa dengar.. tapi tak berapa ingat, inilah bila umur makin tua, ingatan koi kurang.., masuk dalam surau rupanya IR Nizar tengah dok bagi ceramah...

Biasalah isi ceramahnya, isu sidang DUN yang lepas, yang sempat aku dengar mereka dihalang nak masuk ke dewan, dan halangan polis dan macam-macam lagi, mengikut surat panggilan mesyuarat, jadual mesyuarat DUN selama tiga hari, iaitu 28, 29 dan 30 Okt, tetapi hanya 28 sahaja, itu pun hanay 2 jam sahaja lebih kurang,

Tujuan mesyuarat hanyalah nak mengesahkan (endorse) Zambri sebagai MB, Ganesan sebagai Seaker, bab-bab lain semua main lulus tanpa bahas...yang paling aku terkejut ialah bajet kali ini Zambri memberikan peruntukkan untuk 9 buah sekolah Cina persendirian ialah RM 400 ribu setiap sebuah sekolah, yang mana jumlahnya menjadi RM 3.6 juta semuanya.. sedangkan Sekolah Agama Rakyat yang masih ada 26 buah di Negeri Perak sekupang pun tak ada peruntukkan.

Kenapa jadi begini, sebabnya nak jaga hati kaum Cina yang semakin susut...Kita masih ingat bagaimana sewaktu PRK Parlimen Bukit Gantang, Muhyiden telah menyerahkan RM 1juta kepada Sekolah Cina Sim Mim di Simpang Taiping, sedangkan sekolah itu sekolah kaya, Duit PIBGnya berlambak-lambak, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Tamil yang daif kat Matang, Kat Chang Ibol tak dapat pun... Bila time mengundi Orang Cina bagi Nizar menang, marah Muhyiden kata Orang Cina tak mengenang budi, tu pun tak serik, ni bagi lagi....

Bab isu Melayu Nizar sentuh balik, katanya kalau sewaktu 11 bulan semasa ia jadi MB dulu, semangat kemelayuan yang dipraktikkan, sudah tentu tak kan bertahan lama, sebagai contoh katanya lawyer-lawer yang mengambil kesnya di mahkamah persekutuan seramai 9 orang, 3 daripadanya sebelum ini mengaku mereka adalah sangat benci kepada Islam, tetapi bila mereka lihat kes Nizar, ketiga-tiga lawyer ini sanggup mengambilo kesnya tanpa sesen pun bayaran, demi nak kan keadilan. Inilah hasil dari cara Islam seperti TGNA praktikan, maka Nizar cuba mengikutnya..

Akhirnya Nizar memohon kepada yang mendengar sama-sama berdoa agar keadilan dapat dipulihkan..dan sewaktu Nizar nak berangkat balik, ia melalui laluan tempat aku duduk, terpaksalah bangun nak bersalam... tengok aja muka aku.. terus tanya apa khabar.. sehat ke tidak...masih sempat nak bertanya khabar..yang kelakarnya dia tanya mana Manjungmari.. pulak dah!.... tersenyum aku tak boleh nak jawab...dan akhirnya ia kata, kirim salam kat dia...confiuse dah dia nampaknya,, terlalu banyak sangat yang ia nak ingat...

1 comment:

  1. salam tuan.. kira ok la DS Nizar cuba nak ingat manjungmari..kekeke.klu org lain tak tau la.. semoga kes beliau dimudahkan dan kalau hakim2 dah kena beli dgn UBN, hanya Allah saja yang boleh membalasnya... - Neo

    ReplyDelete