Pages

Tuesday, November 24, 2009

Husam Musa Lagi...

Salam Sejahtera...

Pagi ini aku agak terkejut bila ada beberapa blog yang masih menceritakan senario politik dengan mengaitkan nama blog aku sekali kerana aku dok hentam Husam Musa. Baca di DI SINI bahagian perenggan akhir sekali.

OKlah aku mungkin bersalah juga, sebab dengan tulisan-tulisan aku mengenai Husam Musa, sebelum ini kepada pembaca-pembaca blog aku pun tau aku penyokong Husam bermula selepas Muktamar PAS Jun yang lalu. Kenapa aku sokong Husam waktu tu, tak payah ceritalah, hangpa baca balik tulisn aku sebelum ini.

Kalau boleh aku tak mau nak sentuh lagi bab politik Kelantan ni, sebab ini nasihat dari Sifu aku sendiri, ia lebih suka aku menulis bab keburukan UMNO, itu yang aku malas nak sentuh lagi, tapi inilah kuasa Allah, dengan tak disangka-sangka sekejap tadi seorang sahabat lama aku, yang cukup terkenal di Kelantan dan Di Malaysia juga, tak perlulah aku perkenalkan dirinya telah menalipon aku, memberi sokongan dan kata-kata semangat untuk aku, alhamdulillah masih ada lagi hamba Alla yang menyokong apa yang aku perkatakan.

Sahabat aku ini siap pelawa aku pergi Kelantan selepas musim banjir nanti nak bawa aku jumpa saksi-saksi yang mengetahui segala cerita sebenar, salah seorangnya driver Tok Guru sendiri Pak Lah, dan malam semalam selepas solat magrib bersama TGNA ada menyatakan terkilannya beliau tidak mendengar berita dan kisah-kish dari pemandunya sendiri yang telah berkhidmat dengannya berbelas tahun.

Mengenai penamatan jawatan menantu TGNA dari CEO PMBK ialah kerana membuang perkara yang membawa dharurat kecil kepada dharurat yang lebih besar dalam sosio politik PAS. TGNA terpaksa mengorbankan menantunya sendiri demi survival PAS dan kepentingan Islam. Katakan jika Husam meletak jawatan dalam kerajaan dan Parti PAS, ini akan menimbulkan lagi pepecahan dalam PAS. Dengan secara tidak langsung akhbar musuh akan menjaja berita perpecahan PAS itu lagi.

Tak perlulah aku nak cerita apa-apa kesalahan Husam dalam kerajaan Kelantan, cuma yang sahabat aku nyatakan kajian oleh Merdeka Centre pada PRU13 akan datang PAS akan tewas di Kelantan. Mohon Allah lindungi dari perkara sebegini terjadi. Terpulanglah pada sahabat pembaca sekelian, aku menulis ini bukan kerana nak kan hit blog, bukan dapat upah walaupun sekupang pun, aku cuma sampaikan apa berita yang aku dapat dari sahabat aku yang aku yakin dan percayai. Wallah Huaklam.

7 comments:

  1. salam MM

    Jangan le terikut sama dengan permainan politik UMNO dan orang PAS yng pro UMNO

    ReplyDelete
  2. sudahla saudara apa lagi yg nak kena husam tu,tak cukup lagi ke?

    apa lagi yg nak di buat cerita? cuba tengok apa kawan saudara saymunafiqun,kan dia pun dah semacam insaf dengan apa yg dia buat sejak krisis ini berlaku.

    kalau kamu sayangkan tgna dan pas kelantan,hentikan serangan terhadap husam.jangan terikut dengan mso jamnapari tu.

    saya percaya kalau saudara masih mahu teruskan,banyak lagi akan di dedahkan pasal semua perkara yg melibatkan ramai orang yg kamu lindungi.

    pasal pekara2 yg kamu nak dedah pasal husam dah basi dah,mungkin kamu ketinggalan,semua itu telah di lakukan oleh mso dan rakan2 pro ug dia sebelum muktamar lagi,dah bukan rahsia benda2 cuma rekaan.

    ReplyDelete
  3. MM,
    Itu bergantung siapa yang bawa awak berjalan di Kelantan. Kalau yang bawa tu jenis pengangkut sampah, dia akan bawa awak gi ke tempat buang sampah.

    ReplyDelete
  4. Ini kot golongan yg tuhan maksudkan pekak, bisu dan buta.....

    Jgnlah kita lari dari rahmat Allah...

    Bukan jalan yg kau sesatkan....

    Berjuanglah kerana Islam bukan kerana individu.....


    Insaflah.... say no to munafiqeen jadi org yg soleh....

    ReplyDelete
  5. Salam tuan manjongmari, tolong siarkan,

    KISAH KEZALIMAN DAN PENYELEWEGAN DI MPKB-BRI , KOTA BHARU, KELANTAN

    Salam, Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas (“hamba abdi”) kelas bawahan di MPKB-BRI .. Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam”.

    Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji..

    Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat Penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB-BRI…KONONYA SERAMBI MEKAH…BANDARAYA ISLAM.

    UNTUK MAKLUMAN PEMBACA, KAWAN SAYA INI TIDAK MISS PANGKAH PAS DAN BUAT KERJA2 BANTU PAS (TANPA UPAH) SEWAKTU SEMUA PILIHANRAYA UMUM/KECIL.

    INIKAH MODEL MAJLIS BANDARAYA UNTUK NEGERI PAKATAN RAKYAT ???

    Senarai kezaliman MPKB-BRI kepada kami :

    1. Kami diarahkan buat kerja lebih masa (OVERTIME) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian…INI AMATLAH ZALIM DNA KEJAM.

    2. Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong “melencong” beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alas an “Lawatan Sambil Belajar”TETAPI TIDAK MAMPU BAYAR GAJI OVERTIME PEKERJA KELAS BAWAHAN MPKB-BRI.. hanya 1 benda sahaja perubahan yang ada di MPKB-BRI.iaitu pensrukturan system jalan raya / aliran trafik di MPKB-BRI.

    3. MPKB-BRI SUDAH PAPA KEDANA..BANYAK HARTA MPKB-BRI DIJUAL..MALAHAN BANGUNAN MPKB-BRI SEKARANG ADALAH DISEWA DENGAN PKINK.


    Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli –ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap / berperangai kuk besi ..firaun kecil.

    Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada Exco yang memegang portfolio MPKB-BRI, ahli-ahli majlis MPKB-BRI , pegawai-pegawai atasan / pengurusan MPKB-BRI


    Kami diugut akan dipecat / dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB-BRI jika perkara ini ke pihak kerajaan negeri / awam.

    Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU 13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.

    Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, exco dan adun-aduan sekalian.

    Bukan untuk tapi,kami mahukan “KEADILAN .. PEMBELAAN”

    KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB-BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB-BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. KEPADA DATO HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.



    KAMI SAYANGKAN PAS PERINTAH NEGERI KAMI,,

    KAMI BARU BERANI BERSUARA KERANA MELIHAT ADA SINAR SELEPAS PERGOLAKAN DI PMBK.

    KALAU TAK BERTINDAK SEKARANG, NECAYAA PRU 13, PAS TUMBANG DI KELATE,, DAN KAMI LAH YANG AKAN TUMBANGKAN PAS

    HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.


    INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
    KOTA BAHRU, KELANTAN

    ReplyDelete
  6. rupa2nya org PAS pun ada keburukannya yer..ana ingatkan ahli PAS nie baik2 belaka..

    kenapa sampai kena hantar rombongan jumpa MB TGNA yer..tak cukupkah kalau tuan presiden saja yg jumpa..agaknya dia org takut dibomkan oleh TGNA tak..ana ingatkan pemimpin PAS nie lembut hatinya..

    minta tuan blog sesekali alihkan isu kepada masalah penduduk Kelantan..terutama banjir yg udah berkali2 kat rantau panjang..

    ..bala apakah ini

    ReplyDelete
  7. Hang termasuk dalam harimau terluka ke?
    http://penarikbeca.blogspot.com/2009/11/harimau-terluka-dan-sagu-hati.html#comments

    ReplyDelete