Pages

Tuesday, November 10, 2009

Kelantan Pulak Dah...Inikah Blogger Yang Dimaksudkan Oleh TGNA.

Salam Sejahtera...

Ribut yang berlaku di PMBK hampir terlerai sudah.. Insyaallah. Hari ini 10 Nov 2009 blogger terkenal Kickdefella telah ditamatkan perkhidmatannya di PMBK. Keputusan penamatan jawatan ini adalah atas kehendak dan persetujuan TGNA sendiri selaku Pengerusi PMBK.

Beliau yang menjawat jawatan Pegawai Perhubungan Awam kononnya hanyalah sebagai nama sahajal,,,,dengan dibayar gaji RM4 ribu lebih sebulan.

Tugasnya utamanya ialah menulis didalam blognya untuk membantu menaikkan nama seorang ahli Exco Kelantan, inilah yang dikatakan makan gaji buta...... Mungkin ada yang tahu siapa EXCO itu, tapi biarkanlah dahulu, aku tak boleh terkehadapan untuk melapor berita ini.

Apakah ia yang dimaksudkan oleh TGNA yang melaporkan kononnya ada penyelewengan di PMBK... apa pun sebenarnya beliaulah dan ramai lagi yang menjadi biawak hidup dalam agensi-agensi anak syarikat kerajaan Negeri Kelantan.

Penyelewengan tersebut telah dapat dikesan oleh pegawai-pegawai yang memegang amanah, insyaallah, kami akan membongkar dan melaporkan apa jua penyelewengan. Buat EXCO yang terlibat tu, cukuplah, terimalah hakikat yang sebenarnya....

Tahniah buat TGNA selaku Menteri Besar Kelantan yang bertindak tegas demi melaksanakan tugas yang diamanahkannya.

12 comments:

  1. MM, orang yg paling suka dgn berita ini ialah MSO.

    Aku sendiri tak nampak apa masalahnya gaji RM4 ribu tu. Yang hang nampak mungkin hanya kerja sebagai blogger dan kerja sebagai pembantu exco tu.

    Yg aku nampak, dari ikutan blog dia dari mula dulu, dia tu pembantu exco tu, dia juga PR kepada negeri Kelantan termasuk juga kepada TGNA, takkan lah nak buat kerja tak ada gaji? Hang boleh lah nak buat blog secara sambilan hanya dgn gaji kat TNBJM tu, dia bukan saja buat blog, dia buat kerja-kerja PR untuk negeri Kelantan.

    Kalau hang pertikai kan gaji RM4 ribu tu...aku betul-betul kecewa la dgn pemikiran hang.

    Matured la sikit bang. Tu MSO tu, dia tu terserlah karakter blogger upahan kalau hang tak kenal.

    - kuntau

    ReplyDelete
  2. Husam patah kaki. Kuda yang ditunggangi, dengan makan gaji buta dah dikuarantinkan.

    Lepas ni, apa nak jadi kat Husam?

    ReplyDelete
  3. salam tuan.. tak sangka plak jadi camni.. padahal kickdefella ni ada jugak pegi xpdc pelantar minyak ari tu... apapun tahniah pada TGNA krn bertindak tegas.. - Neo

    ReplyDelete
  4. Anony - Kuntau

    Aku tak sanggup nak cerita apa yang berlaku semenjak dia bekerja di PMBK, cukuplah cerita tu aku tahu seorang saja.. apakah kau fikir TGNA tu zalim nak memberhentikan seseorang tanpa sebab-sebab tertentu...

    ReplyDelete
  5. MM, aku tak tau cerita di sebalik cerita.

    Hang nak tolong bagitau, aku dengar saja.

    - kuntau

    ReplyDelete
  6. Kuntau...
    Walaupun aku ni blogger cikai, tapi aku masih ada etika lagi, aku tak boleh nak cerita tak tentu pasal, tambahan pulak dengan orang yang tak aku kenali...

    Apa pun yang boleh aku katakan, walaupun penamatannya hari ini, tetapi PMBK terus membayar gajinya sehingga tamat tempoh kontrak jawatannya sehingga Mac tahun depan.

    ReplyDelete
  7. Adakah ini adalah petanda UMNO akan menguasai Kelantan kembali?

    Adakah suadara termasuk blogger yang dikatakan oleh Dr. Abu Hassan Hasbullah tempoh hari?

    ReplyDelete
  8. slmm.kalu sygkan pas xpe la dedahkan..mcm bloggers dedahkan hal tentag nasa,hasaan ali ngn yg len tuh..ai...xkan pilih kasih kot...dedahkan la..

    ReplyDelete
  9. Keyman...
    Apa-apa pun boleh, persepsi-persepsi.....!!!

    Anony 10:09..

    Pasal aku sayangkan PAS lah, aku tak mau lebihkan cerita...biarlah orang lain yang menceritakannya....kau tunggulah..
    Silap-silap besok keluarlah tu.. adalah nanti blog-blog lain akan buat cerita...

    ReplyDelete
  10. Ha baru ada akai puak puak jahanam hamPAS sekarang ni. Hei MM, kau ingat selama ni perjalanan puak kau betul dan ikut syariat Islam semua ka? pergi mampos la kau manjung mari bersama hamPAS kau tu... barua manjung mari

    ReplyDelete
  11. tambahan maklumat ade lagi ke

    ReplyDelete
  12. Anony 11:41

    Hang ni sapa.. nak maklumat untuk buat apa...

    OK... Kickdefella joint PMBK pada 3 Apr 2007, tetapi staf PMBK pun tak tau yang Kickdefella bekerja di situ, bilik pejabat yang disediakannya pun jarang sekali dimasukinya.

    Siapa yang membawa ia masuk bekerja diPMBK.... Oleh seorang EXCO, dengan tidak diketahui oleh EXCO-EXCO Kelantan yang lain termasuk lah TGNA.

    Apabila Menantu TGNA masuk menjawat COO di PMBK setahun yang lalu, beliau tak boleh nak bertindak apa-apa disebabkan beliau tidak mempunyai kuasa, sedangkan apa yang berlaku di PMBK ia tak dapat nak menanganinya...Sehinggalah pada 20 Sep yang lalu COO telah dinaikkan pangkat CEO PMBK, dari sini seorang pekerja yang menjadi balaci Kickdefella telah dikesan dan ditamatkan perkhidmatannya, Mungkin dengan kejadian tersebut ada pihak yang tak puas hati, maka SPRM pun masuk campor tangan...Jadi biarlah SPRM yang buat siasatan atas apa yang dilaporkan oleh mereka.
    Adalah tidak adil buat PMBK meneruskan khidmat Kickdefella kerana beliau tidak bekerja dengan PMBK...

    ReplyDelete