Pages

Wednesday, November 18, 2009

Kickdefella - Sampai Bila Nak berbohong.

Salam Sejahtera...

Berita terbaharu yang keluar tertulis dalam Blog Kickdefella ini bertajuk berakhir-sebuah-episod. Pandai ia mengolah tajuk cerita lain dari yang berlaku. Hebat dia.. tapi sampai bila.

Dan yang paling haru hijau banyak blogger-blogger hebat pro PAS seperti Tulang Besi, seorang lagi Cikgu alhusseyn51 pun tertipu dengan apa yang dikatakan oleh makluq perosak ini, Tulang Besi tertipu kira OK lagi,,, Tetapi Cikgu Alhusseyn51 siap bagi nasihat kat blogger..

Al-Husseyn : Banyak perkara yang dapat dipelajari dalam isu ini.Saya tabik kepada Azidi kerana tidak menempelah balik mereka yang memfitnahkan nya. Kepada rakan-rakan blogger yang ada saham dalam menyibarkan fitnah tu, silalah dengan rasa rendah diri memohon maaf secara terbuka di laman blog masing-masing.Sama-samalah kita lihat samaeda mereka sanggup menerima kebenaran dan keadilan yang mula terpancar kini. / end.

Cikgu Husseyn.. Hang tabiklah Kickdefella tu sampai esok pagi pun, ia tetap macam tu... Orang yang tak pernah dahi jejak sejadah, mana boleh percaya, bloger-bloger Pro UMNO pun ramai yang tak percaya kat Kickdefella, mari ke kita baru berapa tahun berkhidmat dengan PAS kita dah mula pakat dok percaya habih ... Ingat peristiwa Saiful dengan DSAI boleh jadi pengajaran.

Untuk maklumat sahabat semua, maklumat sahih mengenai Kelantan kalau nak tau masuklah ke Blog saynotomunafiqeen. beliau sentiasa mendapat maklumat tepat dari sumber yang boleh dipercayai, sama seperti aku, tapi aku tak pandai nak olah cerita banyak-banyak macam dia tetapi walau apa pun aku buat masa ini tunggu dan lihat.

8 comments:

  1. pinkturtle tu mungkin hang kenal siapa dia tapi bagi kami yg lain ni dia hanyalah satu penyu merahjambu yang mempunyai blog.

    manakala kickdefella pula kami boleh letak satu nama pada dia iaitu Syed Azidi dan kami pun kenal isteri dia dan tempat tinggal dia.

    sama juga kami tidak kenal siapa dan apa nama sebenar si ManjungMari.

    buat masa ini hanya kickdefella yg mempunyai kredibiliti sebab jika dia menipu, Syed Azidi juga yg akan menanggung beban di kemudian hari. tetapi jika ManjungMari atau PinkTurtle menipu, cuma beberapa kerat sahaja yg kenal mereka ini.

    - kuntau

    ReplyDelete
  2. dah la manjung mari.....udah2 ;a tu yeob....mcm la ko hbat sgt

    ReplyDelete
  3. MM,

    Aku dah semak dalam laman Board of Engineers Malaysia. Memang tiada nama si menantu dalam senarai jurutera profesional berdaftar, mereka ini lah yg boleh menggunakan title Ir di depan nama sama macam Ir. Mohd Nizar Jamaluddin.

    Bagaimana benda kecik macam ni pun si menantu boleh kelentong? Bukan kelentong kawan-kawan tapi kelentong negeri Kelantan. Boleh percaya ke orang macam ni?

    Kalau dia dengan rasa tak bersalah (atau dgn penuh kebodohan sebab ingat boleh lepas) boleh kelentong bab ni, hang ingat dia tak boleh kelentong hal2 lain kat hang atau kat kawan2 dia? Hang pun percaya bulat2 sebab dia tu menantu TGNA.

    Hang minta bukti si menantu ni betul2 jurutera profesional yg layak bubuh title Ir. ni, aku nak tengok. Kalau ada, aku minta maaf, tapi kalau tak ada, hang dan saynotomunafiqeen kena cakap sepatah mintak maaf sebab extend kan kelentong si menantu ni.

    - kuntau

    ReplyDelete
  4. ore kelate..
    pasal isu ni aku percaya apa nyg diulaskan oleh tok guru saja..org lain termasuk blogger aku tak ambil kisah sgt..setakat baca jer..udah2la..

    ReplyDelete
  5. sdr. manjungmari, saya kenal saudara selalu jemaah di madah dan jarang jemaah kat masjid manjung walaupun pahalanya lebih besar sebab masjid kenapa sdr tak pernah jemaah kat masjid kan ke elok kalau sama-sama jemaah kat situ tunjukkan jemaah PAS masih setia nak jemaah kat masjid kenapa kat madah kalau tengok sekitar taman dari 2D sampai 2J berapa banyak surau kalaulah semua pi masjid tak kira umno pas atau lain-lain kan ke bagus... kenapa hanya berkumpul sesama pas aje bukan kat situ saja malah kat tempat lain pun sama jemaah pas solat kat markas apa cite ni... kat madah dapat tak pahala iktikaf? saya pun penyokong pas tapi syukur sebab dimudahkan jemaah kat masjid manjung masa tu si shuhaimi yg ramai org pas tak suka jadi tok siak muka sdr tak pernah nampak pun... saya pun undi di pasir panjang walaupun dah tukar kerja di kedah namun pasir panjang masih jadi pilihan sebab sayangkan jemaah islam. ttg seikh ni dia satu batch masa mengaji di usm jurusan komunikasi, bini diapun satu kursus mana tahu dia tak pernah sentuh sejadah masa amik paper dulu kita seringkali buat assignment group nampak juge dia pi masjdi al malik khalid, buka puasa sama-sama solat walau sorang tapi tak tau la ni kut dia berubah, ttg wife dia tak pakai tudung memang kita ada nasihat so kalau dia tak nak pakai seikh tanggung sekurang-kurangnya muka dia ada diletakkan pada blog tuan kenapa tak berani.... ingat tuan si barsisah yg beramal sampai tua akhirnya mati sebagai kafir si pelacur yang berbuat dosa akhirnya ke syurga hanya sbb ikhlas beri anjing minum...cuba tuan check dgn lembaga jurutera betul ke AF berdaftar Ir macam Ir Nizar....
    maaf .

    ReplyDelete
  6. Bukan saynotomunafiqeen tapi sayyestomunafiqeen!

    ReplyDelete
  7. kuntau;
    saynotomunafiqeen dan pinkturle to orang yang sama ke? Kalau sama, patutle tulisan semacam saja. Kena tanya pasal apa berhenti dari MAIK tu...

    ReplyDelete
  8. betul ke dahi Kickdefella tak pernah jejak sejadah????
    tuduhan serius ni
    Hang kenal betul ke dgn dia??

    ReplyDelete