Pages

Monday, November 9, 2009

Malu VS Politik

Salam Sejahtera...

Zaman aku anak teruna dahulu, aku sempat ikut kawan baik aku ke rumahnya di Perlis, kemudian aku bertandang ke rumah bapa mertuanya, Ustaz Ramli di kampong Mata Air, memang cukup baik dan peramah Ustaz Ramli ni, walaupun kali pertama aku bersua muka dengannya.

Bersembang punya bersembang, waktu tu topiknya bab Kassim Ahmad berdebat dengan beberapa orang alim ulamak yang terdiri dari Ustaz Halim Muhammady, Tuan Syeih Abdullah Masbek dan beberapa orang lagi, aku tak ingat dah.... rupa-rupanya ia pun fahaman macam Ustaz Dr Asri, aku ikut sembahyang berimam dengan dia, biasalah fatihah tak baca bismillah, selesai sembahyang selepas salam, diam wirid masing-masing, inilah kali pertama aku sembahyang berimamkan fahaman macam tu dalam hidup aku.

Habis tu, lepas makan, aku berbual lagi, sengaja aku cuba cuit sikit dalam hal politik, kawan aku dah pesan dah jangan dok gatai, sebab dia dah tau perangai pak mentua dia, padan muka aku dengan jawapannya... "Pakcik bab politik ni, tak berapa berkenan nak ikut serta, sebab dalam politik ni kawan sanggup pijak kawan sendiri untuk nak naik dalam politik, akan hilang perasaan malu, dan banyak lagilah leterannya kat aku, phuihh kena aku kali kali, pada muka muka ketegak tak nak dengar pesanan kawan aku, kemudian Ustas Ramli ni cerita lagi, " Dulu ni tu Dato Sheikh Ahmad (Bapa Dato Radzi) mai rumak Pakcik, ajak Pakcik masuk UMNO, siap nak cadang bagi jadi calon, jadi Senator, Pak Cik tak mau, kemudia wakil PAS pun ada juga, mai cari ajak juga.. pun Pak Cik Tolak... yang kawan aku ni dok sekali bersama dengan aku sengih aja kat aku... terdetik dalam hati kecil aku, orang UMNO memanglah, sanggup kawan pijak kawan, tak kan orang PAS sanggup macam tu!.....

Ok itu dulu punya cerita, hampir 25 tahun yang lalu, masih segar dalam ingatan, Ustaz Ramli ni pun masih hidup lagi sekarang ni, tapi dah terlalu uzur, sayang sekali pada awal bulan Julai yang lalu, waktu aku hantar anak aku ke Perlis aku tak sempat nak ziarahnya, sebab kesuntukkan masa yang cukup terhad.

Dan semalam bila aku baca balik suasana politik di Malaysia, nampaknya ada kebenaran dalam kata-kata Ustaz Ramli tu, dan sanggahan hati kecil ku yang mengatakan hanya UMNO sahaja pun nampaknya tidak berapa tepat dah sekarang ni...memang dulu penyakit buruk begitu hanya ada dalam UMNO, kemudian jangkit kat MIC, paling teruk sekarang ini MCA dan yang terbaharu nampaknya dah ada dalam PAS...

Selepas sahaja PRU12 2008 yang lalu, macam-macam perkara boleh berlaku, ada YDP kawasan tinggal jawatan politik, nak berniaga kononnya, tetapi boleh balik semula jadi YDP balik, pun ada..dan yang jelasnya pada 7 Nov Sabtu lepas terbukti sudah sikap sesetengah ahli PAS di seminar khas PAS, kalau inilah caranya tak ada bezanya kita dengan UMNO, MIC dan lain-lain lagi... hampir setahun sudah.. sewaktu Aziz Bari bersama Husam dan Khairy dalam suatu forum di Kota Bharu, beliau di boo oleh orang-orang UMNO, kini beliau di boo oleh orang PAS....

Kemudian ada yang kata, mereka ini terlampau sayang pada Presiden, betui itu hak mereka, apa kita boleh buat, dan Dr Aziz pun tak mau lagi nak tulis hal politik PAS, pada muka kita, kalau dulu ada orang yang sanggup memerhatikan kita dan membetulkannya, walaupun ada yang tak setuju, tetapi sekarang sudah tidak ada lagi perkhidmatan sukarela dari beliau secara percuma... Dr Aziz tak rugi apa-apa....,

Memang ahli-ahli PAs dan perwakilan hari sabtu lalu sayangkan pimpinan..., bagus, tahniah.. moga-moga lepas ini tak ada lagi sesiapa yang berani nak ganggu gugat sesuka hati terhadap pimpinan parti kita, TETAPI Kita kena ingat pengundi-pengundi di Malaysia yang mengundi PAS tempohari hari bagaimana pada PRU13 yang akan datang tidak lama lagi. Wallahhuaklam.

3 comments:

  1. Bhai...

    Pengundi bukan bodoh.. Tunggu lah... InsyaAllah kalu terus perangai macam nie.. PAS akan kalah teruk pada PRU13... InsyaAllah...

    Tak makan saman... tak makan nasihat... wala' dan ego tak bertempat...

    ReplyDelete
  2. Tak tau nak cakap apa dah.

    Ramai ahli PAS ni bebal tak boleh diajar. Asik nak kata perjuangan islam sahaja.

    Betul tak salah PAS perjuangkan islam. Tapi wujudnya PAS adalah sebagai organisasi politik dan tanpa kekuatan politik, mustahil dapat menegakkan islam secara yg dikehendaki.

    Kalau nama pun organisasi politik, sudah tentu hidup matinya adalah atas ehsan pengundi. Dan kalau umum sedia maklum adalah mustahil hendak menang hanya dengan meraih undi ahli-ahli PAS, dan hendak tidak pun terpaksa juga bergantung pada undi bukan ahli PAS termasuk yg bukan islam, maka nya PAS mesti lah menjaga imej nya sesuai untuk diterima kesemua para pengundi.

    Kalau perangai pun serupa UMNO yg ditolak pengundi, apa pula alasan para pengundi hendak mengundi PAS selepas ini?

    Betul-betul bebal...ahli-ahli bebal, presiden pun sama bebal.

    ** ahli-ahli tu bermaksud sesetengah sahaja...bukan ahli macam ManjungMari...ye kot?

    - putera malaysia

    ReplyDelete
  3. Ahli macam manjung mari bagus!!!!!!! cuma bila la nak mamposssssssssssss
    apa apa pun mampos manjung mariiiiiiiiiiii bila la nak kena langgar masa pergi kerja tu amenn

    ReplyDelete