Pages

Friday, December 25, 2009

Enjin Jet Hilang - Berita ini memang benar..

Salam Sejahtera...

Hangpa baca berita ni, dari Utusan Meloya...memang benar dan tepat... tapi .......

Pemberhentian Brig. Jeneral, anggota sebab tidak cekap

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini memaklumkan pemberhentian seorang pegawai berpangkat Brigadier Jeneral dan beberapa anggotanya sebelum ini adalah berkaitan dengan ketidakcekapan dan pretasi kerja.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Perhubungan Awam TUDM di sini hari ini, tindakan itu diambil sebelum kejadian kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E diketahui berlaku.

"Semua tindakan yang yang diambil itu adalah langkah-langkah biasa untuk mencegah daripada berulangnya perkara tidak diingini," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, TUDM berharap agar semua pihak tidak mempunyai sebarang spekulasi dan apa-apa andaian yang bercanggah daripada fakta sebenar untuk mengelakkan kekeliruan.

TUDM buat masa ini, kata kenyataan itu, tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana ia dalam proses siasatan dan pendakwaan.

Dua enjin pesawat F-5E serta beberapa peralatan avionik berkaitan milik TUDM dipercayai hilang sejak 2007 dan dilaporkan dijual ke sebuah negara Amerika Latin melalui sebuah syarikat.

Komen....Betui memang betu berita ni tapi ayatnya tak habiss.... Brigadier Jeneral dan beberapa anggotanya sebelum ini adalah berkaitan dengan ketidakcekapan dan pretasi kerja ....sepatutnya ada tambahan...mencuri harta kerajaan......

4 comments:

  1. Depa punya nak kona ..sampai statement dah jadi cacamerba..itu lah budaya kepala jambui umno..

    ReplyDelete
  2. Jangan pandai nak tokok tambah membuat fitnah kalau saudara tak tahu.
    ALLAH maha mengetahui kerana saudara juga akan berhadapan dengan apa yang saudara tokok tambah.
    Sedar lah kalau saudara seorang muslimin, satu hari nanti keburukan saudara kan terdedah.
    Fitnah saudara tu, berhati hati lah!!!

    ReplyDelete
  3. Anony 3:09..

    Berfikirlah secara rasional... Seorang Bri Jeneral kalau ketidakecapan dan prestasi kerja... hang habaq mai kat aku.. aku belum besa dengar seorang Jeneral ketidakan kecapan dalam tugas, ini bererti orang yang melantik jenerak ketidakaecapan tu lagi teruk.. apa nak jadi dengan negara Malasyia...

    ReplyDelete
  4. saudara cakap tu betul!!! ia menunjukan kebodohan mereka yang membuat statement kerana dah terlanjur tetapi saudara menokok tambah yang tidak tahu kebenaran adalah menyambung fitnah orang yang melakukan fitnah.
    Bersabar lah!!! dan beristigfar kerana ALLAH maha mengetahui dan lagi maha pengampun. Bukan kah itu ajaran orang tua kita. Banyak banyak bersabar!!! Insyallah saudara akan selamat dunia dan akhirat dan parti politik yang saudara dokong akan menjadi lebih di terima dan cemerlang.

    ReplyDelete