Pages

Monday, December 28, 2009

Isu Calon Luar PAS

Salam Sejahtera..

Dua tiga lepas kecoh sekejap hal kononnya Kelantan pada PRU13 akan menutup pintu kepada calon luar dari Kelantan..

Aku masih ingat dalam tahun 90han lagi selepas Kelantan di tadbir oleh Kerajaan PAS, TGNA ada menyebut yang Kelantan akan dijadikan Universiti Politik Malaysia.

Memang benar, bila kita imbau kembali sejarah, Kelantanlah banyak melahirkan ahli Politik dari luar untuk dibawa ke Parlimen, tetapi pada waktu tersebut masyarakat umum memang tidak mengenali apa itu PAS.

Berbeda dengan sekarang, dengan slogan PAS for All, dan macam-macam lagi, PAS sudah dikenali, bahkan di Kubu kuat UMNO iaitu Johor pun PAS dah boleh mendapat 2 kerusi, dan tak ada lagi calon PAS yang hilang wang pertaruhan sewaktu PRU, inilah hasil yang umat Islam dapat dari Universiti Politik Kelantan.

Jadi aku berpendapat memang eloklah kita bukan sahaja digalakan menggunakan barangan tempatan, malah kalau boleh wakil-wakil rakyat pun sudah sampai masanya menggunakan calon tempatan.

Buat ahli-ahli Parlimen luar di kelantan, sepatutnya mana-mana yang belum dikenali, cubalah membiasakan diri dikenali ramai seluruh pelusuk negara, sebagai contoh TH Mat Sabu, beliau mula menjawat ahli Parlimen pun di Kelantan selama dua penggal, selepas itu bertanding di Kuala Kedah, menang namun bila PRU 11 2004 beliau tewas, itu pun disebab pengaruh Gelombang biru Islam Hadhari, kemudian yang terakhir 2008 beliau bertanding di Kuala Terengganu, beliau tewas cuma 600 undi sahaja, itu pun disebabkan calon bebas Tok Mun.

Mari kita ambik contoh parti DAP, lihat saja Lim Kit Siang dan anak nya Lim Guan Eng, Karpal Singh, KulaSegaran dan ramai lagi.. mereka tidak bertanding di satu kerusi tetap, kebanyakan mereka berani mengambil risiko beralih kerusi, kecuali AP Wanita DAP Batu Gajah sahaja yang sikit timbul konterversi tidak mahu ditukarkan kerusi.. dengan secara tidak langsung DAP berjaya meluaskan pengaruh politik mereka.

Bagi calon PAS pula yang aku dok nampak ada potensi sepertimana calon DAP selain dari Mat Sabu ialah DS Ir Nizar, beliau pun sudah dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia, jadi adalah lebih baik pada PRU13 nanti untuk kerusi DUN DS IR Nizar boleh berubah kerusi ke tempat lain, sebagai contoh dikawasan bandaraya Ipoh yang mana calon PAS tewas bawah dari seribu undi..

Oii hangpa jangan ingat aku tak suka kat dia pulak, kita kena ambik dari kontek nak melebarkan pengaruh PAS, lagi satu hal adalah cukup membebankan DS Nizar, jika selepas ini PR Kembali berkuasa, beliau akan menjawat kembali jawatan MB Perak, kan lebih mudah jika kawasan DUNnya yang berhampiran.

Mungkin ada pembaca mengatakan, Pegawai Khasnya kan ada, tetapi adalah lebih baik jika ADUN itu sendiri sentiasa bersama pengundinya, paling tidak pun ADUN tersebut dah mengenali semua penduduk di kawasan DUNnya.

Adalah cukup cantik jika disetiap DUN-DUN yang ada diwakili dari calon anak tempatan, atau pun sekurang-kurang menetap di DUN tersebut, dan buat bakal-bakal calon anak tempatan tu, kenalah bermula dari sekarang, masa dah tak lama lagi yang ada...., Insyaallah, jika anda semua ikhlas dalam perjuangan, kemenangan pasti akan tercapai...

3 comments:

  1. uwekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  2. baguslah nanti boleh la tuan jadi calonnya kalau x pun sifu tuan utk pasir panjang biar nizar duk di ipoh jer.. pasal undi x kisah la geng madah pasti akan undi punya ....

    ReplyDelete
  3. aku sokong pandangan tuan MM dalam hal ini...biar pilah geng UMNGOK nak termuntah ka, apa ka...janji ini cadangan yang baik...

    kalajengking09

    ReplyDelete