Pages

Tuesday, December 22, 2009

Ku Sangka Satu, Rupanya Dua..

Salam Sejahtera..

Jamil,... Jamil... Ku sangka dua rupanya tigaaaa.... ish..ish..., itu malam tadi punya cerita kat TV2, Madu 3..., tetapi ni ha... bab enjin pesawat ni... mula-mula itu hari kata satu aja... ni dah 2 pulak hilang..

Kut mana cerita ni..., sebelum tu dok cerita dalam akhbar seorang daripada pegawai tertinggi TUDM berpangkat Brigadier Jenderal telah dinasihatkan bersara, tetapi hari ni ada menteri menafikan pulak.. apa cerita semua....

Semasa selesai LIMA Langkawi, menteri pertahanan dok merapu kata pesawat MIG buatan Soviet Russia kalau dapat dijual kepada negara luar Malaysia dapat menjimatkan wang negara beratus juta ringgit, aku tak ingat figure sebenar berapa...

Tup-tup enjin F 5-E yang kena jual, hebat Tentera Malaysia, cuma hairan sikit, kenapa enjin pesawat hilang polis boleh siasat, tetapi bagaimana penggunaan bahan peletup C4 milik angkatan tentera dalam kes pembunuhan model wanita Monggolia tidak pula disiasat....sedangkan ini melibatkan nyawa manusia, melibatkan negara luar, cukupkah setakat menahan 2 orang anggota polis disabitkan kesalahan yang hanya mereka melaksanakan tugas yang diarahkan!!!!.

Berita berkaitan: mstar.


No comments:

Post a Comment