Pages

Tuesday, December 29, 2009

RM10 Juta VS RM 100 Juta..

Salam Sejahtera...

Kenapa boleh jadi sebegini, apakah satu daripada trend rakyat Malaysia, "hang saman,,, aku saman balik hang.., apakah dengan tindakan saman masing-masing dapat kepuasan dengan ertikata "Puat hati aku, padan muka hang....

Kalau sebelum ini, yang banyak saman menyaman ni selalunya artis dengan penerbit, ahli politik dengan penulis... tetapi nampaknya di zaman muktahir ini orang-orang berpendidikan agama pun dah turut sama saling saman menyaman.

Kalau dah orang beragama pun sama turut saman menyaman, orang-orang awam seperti mana aku ni,, mana nak tau sapa betui atau sebaliknya.

Mengapakah asyik nak memberi jawapan balas pada wartawan-wartawan surat khabar yang belum tentu beritanya sahih kecuali keputusan TOTO dan 4Digit sahaja yang betul.. Bila dah terkeliru sebegini yang mengambil keuntungan surat khabar lagi,

Apakah pula pandangan orang bukan Islam terhadap pertelagahan sebegini... walau apa pun aku tetap memberi sokongan aku pada Dr Asri dalam hal ni, cuma aku cadangkan adalah lebih elok diadakan pertemuan atau mesyuawarah kedua belah pihak, atau pun lebih baik lagi bersemuka dan berdebat secara anak jantan... ada berani ka yang sorang lagi tu, jangan asyik berani disebabkan tempat anda bertugas tu namanya JAKIM....

1 comment:

  1. salam tuan MM...aku pun tak tau nak kata apa dah tentang hal ni...dunia makin serabut, masyarakat makin terkeliru dengan pertelagahan 'geng ulamak' ni...tak boleh ka kita duduk dalam satu majlis, buat perbicangan ilmu yang baik, elakkan jadi mainan putar belit media. Kesihanilah masyarakat yang tak mengerti apa-apa...mereka mengharapkan kita untuk membimbing mereka dekat dengan Allah, tp kita pula bercakaran sesama sendiri, saman menyaman...rentikanlah...

    kalajengking09

    ReplyDelete