Pages

Monday, December 14, 2009

Salam 1Malaysia. BIDAAH!

Salam Sejahtera.

Setiap kali pertukaran orang no1 Malaysia adasaja perkara-perkara yang tak sehaluan dengan hukum agama Islam dilakukan. Itulah UMNO !!, Cara UMNO ialah Islam kena ikut UMNO.. sesuatu perkara yang dilakukan tak perlu dirujuk pada yang pakar, buat dulu, lepas tu ulama UMNO dah tergagap-gapap nak adjust...

Lihat zaman Pak Lah, Islam hadhari,, Ulama yang kaki bodek maka berbueh mulut tolong perbetui mengharuskan apa yang Pak Lah buat, kena ulamak yang cari makan, tengok tempat nak berucap.. kalau dalam tak resmi cakap yang benar, dalam acara resmi lain pulak...

Sekarang mai pulak zaman bini Rosmah jadi PM orang No 1, amalan baru ialah Salam 1Malaysia, semua ulama yang ada diam tak tekata apa-apa pun, setiap kali ucapan permulaan berita dimedia elektronik itulah ucapan awal, apakah negara Malaysia kita akan menjadi seperti negara Turki zaman Kamal Atarturk!!!

Cuma Ustaz Mohamad Mustafa mantan Presiden ABIM Kelantan yang berani bersuara dalam hal salam 1Malaysia. Baca DI SINI.

Kajilah, keluarlah fatwa apa sekali pun, kalau hak yang dah termaktub dalam Al-Quran tu pun puak UMNO buat derk aja, inikan pulak setakat fatwa dari ulamak.. apa dia peduli...
p/s: Aku minta maaf kepada semua pengunjung.. dalam dua tiga hari yang lepas blog tak dapat nak diupdate, disebabkan kesibukan masa yang tak menentu, hinggakan tarikh peristiwa penting dalam hidup aku sendiri pun aku terlupa, sebelum ini tarikh 11/12/2009 sudah diperingatkan oleh isteri, bila dah hari Ahad 13/12/2009 baru aku teringat, apa nak buat dah terlepas...tetapi sampai hari ini isteri aku pun turut sama terlupa, selamat aku....

5 comments:

  1. Habis selama 19 tahun PAS memerintah kelantan, adake tauhid diserap kepada pemuda kelantan supaya mentauhidkan Allah bukan mentauhidkan dadah. Ada mak bapak depa nasihat? mampos la kau manjung mari. Kau sikit lagi kena la kau... apa apa pun tagline ialah Mampos manjung mari

    ReplyDelete
  2. ingat hang dah MAMPOS
    ha ha ha

    meh baca sini bangang
    Pihak Syarikat Evergreen Sdn Bhd yang telah di kaitan dengan seorang berpengaruh politik di Wilayah Persekutuan sebenarnya telah MENCABAR Wee Choo Keong agar berani tampil membuktikan Tuduhan tidak berasas nya itu. Jika benar apa yang Wee Choo Keong nyatakan tidak perlulah untuknya BERSEMBUNYI dan terus MENYIMPAN bukti yang ada. Dedahkan pada Media dan Rakyat akan hal ini. Berani kerana benar, takut kerana salah! http://www.papagomo.com/2009/12/terkini-laporan-polis-menyangkal.html

    ReplyDelete
  3. Macamana pula dgn Salam Kamunting?

    ReplyDelete
  4. Terbaru, ketua penerangan PAS Idris Ahmad, telah mengumumkan PAS akan melaksanakan Program 'Umno Pengkhianat Rakyat', yang akan dilancarkan 9 Januari ini. Program ini kononya akan mendedahkan tindakan Umno terhadap orang Islam dan Melayu di negara ini. Apa-apa sahaja puak-puak ini. Bagi saya, strategi kempen "UMNO Pengkianat Rakyat" bakal mengundang bahana kepada parti PAS itu sendiri. Buruk sangatkah UMNO? Pengkianat sangatkah UMNO? Selama ini rakyat hidup menderita sangatkah di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO kah berbanding Thailand, Indonesia dan Myanmar? Tidak adakah jasa UMNO kepada negara dan rakyatnya?

    Saya mahu bercakap bahasa Haji Ismail dan Pak Mat yang berbual di kedai-kedai kopi. Analoginya cukup mudah:

    Kalau Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat dan ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh muntah darah dan perlukan rawatan, hospital PAS ke yang dicarinya atau hospital yang dibina oleh kerajaan? Kenapa Wan Ismail memerlukan rawatan di Hospital Selayang? Bukankah UMNO itu pengkianat rakyat? Kalau UMNO pengkianat, maka segala hasil dan usaha yang UMNO lakukan HARAM digunakan oleh puak-puak PAS. Kalau boleh menerima tuntutan saman fasakh dari bekas isteri berjumlah berjuta-juta, kenapa tidak pergi ke hospital swasta sahaja, Tuan Haji?

    Berapa banyak anak-anak orang PAS yang bersekolah di sekolah Agama Rakyat PAS berbanding sekolah-sekolah bantuan kerajaan? Apa anak-anak orang PAS yang bijak pandai memaki dan memfitnah kerajaan selepas dibekalkan dengan segulung diploma atau ijazah tidak belajar di sekolah bantuan kerajaan dan mendapat bantuan pinjaman dan biasiswa kerajaan? Kenapakah puak-puak ini seperti susu diberi, jari digigitnya dan diibaratkan kita melepas anjing-anjing ini dari jerat, kita pula hendak digigitnya.

    Orang-orang PAS, tok-tok guru dan tok-tok alim yang pergi menunaikan Haji dan menyimpan di Tabung Haji, tahukah kamu siapakah yang menubuhkannya. Orang-orang PAS kah? Adakah orang-orang PAS tidak gunakah perkhidmatan Tabung Haji yang diusahakan oleh Kerajaan di bawah pimpinan UMNO?

    Sistem Takaful, kewangan dan perbankan Islam yang membolehkan umat Islam bermuamalat secara Islam dan tanpa was-was tu, siapa yang usahakan? Bank Islam, Takaful, Dinar Emas, Pajak Gadai Islam, Sistem Pasaran Islam tu orang-orang PAS yang usahakan ka?

    Puak-puak PAS pergi ke pasaraya-pasaraya kecil dan besar, sebelum membeli sesuatu barang, apa yang dahulu dibeleknya? Bukankah tanda halal JAKIM? JAKIM tu siapa yang tubuhkan? Puak-puak fanatik PAS jugakkah?

    Masjid-masjid yang dibina di seluruh negara supaya umat Islam boleh beribadah dan pihak PAS boleh memaki hamun dan memfitnah kerajaan tu, berapa banyak PAS yang dirikan? Kerajaan PAS yang memerintah Kelantan selama 19 tahun pun tidak pernah membina satupun masjid melainkan taksub dengan pembinaan kuil dan berhala-berhala yang terbesar, baik duduk, berdiri atau tidur.

    Saya sering kali bertempur dengan fanatik-fanatik PAS di Facebook. Setakat rencana ini ditulis, mereka masih tidak dapat menjawab satu-satunya soalan yang sering saya kemukakan kepada mereka. Kebanyakan dari mereka hanya berdolak dalik. Hari ini, sebagai menyambut kempen "UMNO Pengkianat Rakyat" yang dilancarkan oleh PAS, di bawah ini saya kemukakan soalan yang tidak pernah terjawab oleh puak-puak PAS:

    Apakah yang PAS lakukan untuk meningkatkan syariat Islam di Malaysia? Selain dari menjual ayat-ayat Al Quran dengan harga yang murah, apakah yang telah PAS lakukan untuk mengembangkan syiar Islam, sesuai dengan nama partinya sebagai nama Islam? Jangan berdolak dalik, berikan saya fakta mengenai soalan di atas dan bukannya merapu raban dan maki hamun.

    ReplyDelete
  5. Jika Salam 1Malaysia merupakan perbuatan bida'ah, bagaimana pula dengan Salam Kamunting yang sering kali diucapkan oleh anak MB Kelantan iaitu Nik Abduh ?

    Bagaimana pula hukumnya dengan ungkapan Salam Perjuangan, Salam Ukhwah, Salam Jihad yang banyak digunakan di blog-blog pemimpin dan juga penganut ajaran Pas ?

    1. dulu, "assalamualaikum dan salam sejahtera"
    2. kini..."assalamualaikum dan salam satu malaysia" bezanya pada perkataan tetapi tujuannya sama.

    *ayat2 kat atas ni aku ambik kat myKMU..paham paham je la ek encik penulis..kalau tak paham jugak memang nak kena sebat otak kau tu..

    ReplyDelete