Pages

Sunday, December 20, 2009

Tembakan Zahid Hamidi Mengena Lagi...

Salam Sejahtera...

Dalam satu masa Zahid mengenakan tembakannya pada 2 target.. Target pertama kepada orang No1, mengenai kes kehilangan enjin pesawat F-5E, walaupun kononnya orang yang terlibat dah dikenal pasti, tetapi menteri yang menjaga hal-ehwal tentera waktu kejadian tersebut tentulah terpalit sama..

Target kedua pula Presiden Parti Gerakan, membuatkan kreadibilty Gerakan semakin parah. apa tidaknya Naib Presiden parti dah ishtihar keluar Parti baru-baru ini, manakala baru-baru ini kat Parlimen sahabat baik hero tak sekacak buat artis Zizie, Ahli Parlimen Seri Gading Datuk Mohamad Aziz menghentam dengan teruk Presiden Gerakan, sehingga timbul perasaan tak puas hati ahli-ahli parti Gerakan terhadap cercaan ahli Parlimen Seri Gading.

Bagi aku, Zahid Hamidi dan Mohamad Aziz adalah seorang yang berani menyuarakan Hak orang Melayu, selama ini UMNO memang terlalu berlembut dengan Gerakan, sudah berapa penggal, Umno memiliki kerusi DUN Pulau Pinang melebihi Gerakan, namun KM Pulau Pinang tetap pada Gerakan yang dimulai dari Lim Choong Yu dan diikuti oleh Koh Ksu Koon.

Bab kerusi KM Pulau Pinang satu hal, kemudian bila PRU11 yang lalu, Kerusi Parlimen Bukit Gantang yang sebelum ini UMNO punya, diberikan kepada Gerakan, oleh kerana UMNO Bukit Gantang bising tak puas hati, kerusi Parlimen Grik dikorbankan kepada Gerakan. Itulah budaya UMNO, dengan kaum asing cukup berlembut, tetapi sesama melayu mereka tergamak melakukan apa saja, lihat sahaja di Memali, dan yang terbaharu dan terkini kes royalti minyak Kelantan... itulah UMNO...

Namun tindakan berani Zahid Hamidi selaku ketua perhubungan UMNO Pulau Pinang sangat-sangat aku hormati, ada keberanian buat anak Jawa Bagan Dato; berani menyuarakan hak orang Melayu Pulau Pinang, sekurang-kurangnya tunjuk ketegasan terhadap parti Gerakan itu, jangan melampau sangat.

Apa pun ketegasan Koh Ksu Koon tidak mahu menyerah jawatan Pengerusi BN PP itu harus dihormati, tak mungkin beliau akan menyerah begitu sahaja tanpa melawan, kurang-kurang pun bukai silat tai chi pun jadi lah, nanti apa kata ahli-ahli parti yang presiden mereka tak te***.

Bilakah lakonan semua ini akan berakhir, ternyata semua ini dapat menutup kelemahan kerajaan BN nak memerintah negara, isu bajet yang mendapat kelulusan dengan kelebihan 3 undi, masaalah ekonomi semakin meruncing dalam negara, harga keperluan makanan harian semakin meningkat harganya, rakyat semakin tertekan, awala tahun baharu rakyat yang mempunyai anak-anak bersekolah memerlukan perbelanjaan lebihan untuk pendaftaran anak ke sekolah, mana nak cekau semua itu, pemimpin negara asyik buat lakonan macam-macam hal dan isu, biar rakyat tereka, tertipu dengan permainan mereka sendiri...

Selalgi UMNO memerintah negara selagi itulah rakyat tertipu, rakyat tertindas, tiada kebebasan buat rakyat.
Mamposss UMNOO... Ameeen.

3 comments:

  1. 1960an UMNO ada 20 kerusi ADUN..ke mana perginya kerusi2 itu menghilang..begitulah BAIKNYA HATI BN Umngok kepada bukan Melayu terutama Gerakan dan MCA...pernah se ekor Melayu berkata semasa nak jual tanahnya...ORANG MELAYU mana ada duit nak beli tanah AKU...

    ReplyDelete
  2. susah nak kata sebab ...melayu yang ni susah nak percaya...putarnya kurang tetapi belit nya masyaallah....macam ular sawa

    ReplyDelete
  3. harap kamu tidak berada didalam golongan orang2 yang menyebarkan fitnah.menulis biarlah berdasarkan fakta yang tepat.ittaqullah ya syeikhhhh

    ReplyDelete