Pages

Wednesday, December 9, 2009

Tulang Besi, Apa pendapat anda mengenai artikel ini..Husam dan UG

Salam Sejahtera...

Kasihan aku pada seorang sahabat blogger yang aku cukup hormati, walau pun sebelum ini beliau menuduh aku dan Aduka Taruna dah kena beli, aku sendiri tak tau siapa yang jual aku ..., walaubagaimana pun aku masih berlapang dada dengan tuduhan tersebut.... Tiba-tiba hari ini keluar pulak cerita dari blog malaysiawaves Tulang Besi kena fitnah lagi, siap bersumpah-sumpah lagi ha..., pedih dan pahit rasanya bila kita di tuduh begitu,, begitu juga aku rasai bila aku dituduh kena beli oleh Tulang Besi tempohari.

Bukanlah tujuan aku menulis ni untuk membalas dendam atau sebagainya, malah aku kasihan pada Tulang Besi, yang sebelum ini sealiran dengan aku...,

Di sini aku ingin tanya Tulang Besi apa pendapat anda mengenai satu artikel pemimpin PAS kesayangan Tulang Besi yang dikaitkan dengan Kerajaan Perpaduang. Baca di Husam Musa.

Aku cuma sampaikan.....

7 comments:

  1. Tapi hang taklah doa pula serta bersumpah-sumpah.

    Sepatutnya TB tu bacalah tulisan tu betul-betul siapa yang tulis.

    Komen di artikel dicampuk aduk dengan tulisan supaya nampak jahat sangat si penulis.

    ReplyDelete
  2. Tulisan balaci Umno pun sekarang Manjong Mari dah angkat junjung.Baliklah kelandasan perjuangan.

    ReplyDelete
  3. la..hangpa merujuk kat Agenda Daily samalah macam hangpa merujuk Utusam Meloya.

    Tulisan yg penuh dengan andaian & spekulasi yg dibina atas andaian tersebut - macam dia boleh baca hati Husam.

    ReplyDelete
  4. Tak ada yg menarik pun tulisan drpd Agenda daily tu.

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan MM...seperti yang aku katakan dulu, apabila kita nak rujuk dan publish kan sesuatu artikel..pikir natijahnya kepada parti..Tuan terus menerus menghentam YB Husam..ambik rujukan agenda Daily plak tu,yang kita tahu memang jadi pencacai UMNGOK...udah-udah lah tu tuan

    kalajengking09

    ReplyDelete
  6. Dari komentar Kickdefella.
    me (08:57:37) :

    Salam,

    entahlah apa nak jadi dengan suasana politik di kelantan mutakhir ini.
    Pening…pening…Pening rakyat melihat gelagat pemimpin2…
    Jikalau tuan/puan semua ingat…semasa ombak tsunami melanda kelantan dengan isu tajaan haji dan PMBK, ado lah sorang YB nih, iaitu nik amar mengeluarkan kenyataan terbuka berkenaan dengan isu penganti tok guru…riuh ploks doh hal ni…

    Tapi bilo baca balik kenyataan nik amar nih dale Sinar Harian keluaran 09 Disember 2009 komen hal Datuk Mahfuz Omar menyarankan ariffahmi agar menyegerakan urusan perletakkan jawatan sebagai CEO PMBK, Nik amar nih ploks komen lagu nih…

    “…adalah tidak sesuai untuk Mahfuz memberi kenyataan akhbar memandangkan isu tersebut boleh diselesaikan melalui cara yang lebih tertib…”-baco sendirilah artikel penuh dale sinar harian tu…

    Pening weh sandiwara di kelantan lo nih…Nik amar pun bagi kenyataan terbuka dalam media hal pengganti tok guru…

    so lagi dale artikel Mstar Online…Nik amar jugok ado komen lagu nih…

    “…Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, isu royalti minyak itu seharusnya diselesaikan dengan cara rundingan ‘anak-beranak’.-http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/9/mstar_berita/20091209155402&sec=mstar_berita

    Sebelum nih Dato’ Husam tak selesaikan dengan cara adik beradik ko?Merusuh ke Dato’ Husam?

    Pakat2 fikirlah dengan banyak sandiwara di kelantan mutakhir nih…
    Ni salah satu contoh sandiwara di Kelantan…

    Ambo saye PAS dan tok guru…tetapi kecewa juga kerana di sekeliling tok guru terdapat orang yang tisdak sesuai untuk menasihati beliau dalm semua urusan.

    Cuba kita ingat…dalam sidang DUN Kelantan baru nih…ado YB yang komen hal exco tidak tahu hal urus tadbir…perlu panggil INTAN bagi nasihat…

    ambo harap inshaallah kemelut di kelantan akan selesai dengan cara aman dan kerajaan PAS Kelantan terus kekal di bawah kepimpina tok guru…amin…

    ReplyDelete
  7. Bro, teruskan dengan citarasa bro. Pedulikan apa orang nak kata, yang penting apa kita rasa tak kena melalui pengamatan sendiri melalui rujukan apa pun, kita luahkan.

    Jadi, kalau tak betul akan muncullah komen2 yang dpt menerangkan perkara sebenar dgn fakta untuk kita nilainya kembali. Tapi gua tahu, bro punye sumber pun bukan calang2 org dan bro sendiri terpaksa 'menutup' sumber demi menjaga parti bro dan pihak2 tertentu. So far, gua tak nampak lagi org2 yg bro 'ragu'kan memberi komen mereka terhadap penulisan bro.

    Gua tak berapa setuju sgt kalau kita hanya rujuk pd satu aje, maksudnya klu umno hanya rujuk utusan, bh dan media kroni dan kita plak rujuk sumber yg hak kita, maka kita tak dpt imbangkan dan analisisnya. Klu rujuk harakah saja, mana plak kita nak jumpa mslh
    pr. Semua duk lena dgn sogokan ampu aje. Jgn jadi umno, tapi kita pun ikut cara umno memberitakan yg bagus aje.

    Kita kena ada counter and attack! Kerja kita sergah org yg tak betul bukan untuk kita pun tapi utk harapan kita utk melihat kewujudan pemerintahan yg lebih baik.

    Keep writing bro!!

    ReplyDelete