Pages

Thursday, January 7, 2010

Apakah Ekonomi Negara Malaysia Bakal Merudum lagi..

Salam Sejahtera...

Nampaknya Bajet 2010 tak ada apa-apa kesan sampingan yang terbaik untuk rakyat... Apa tidaknya, Gula naik 20 sen sekilo dikatakan karajaan dah tak mampun nak bagi subsidi lagi, rakyat malaysia ramai yang mengidap diabetes. Itu yang kenaikan secara nyata dan dimaklumkan.

Bagaimana dengan kenaikan harga roti gardenia, roti lain aku tau pulak, sebab yang aku dok beli roti gardenia, naik 30 sen sebungkus, itu tak ada apa-apa pengumuman pun, tau-tau bila nak bayar tuan kedai kedai cakap dah naik harga, kita pun check kat telly tu, betui rupanya.. dah RM 3.20 sebunggkus, sebelum tu RM 2.90.

Harga ikan-ikan basah tak payah cerita, kenaikan bukan sekupang dua, tapi semua main seringgit atau 2 ringgit bagi setiap sekilo..., aku pun tak kenapa harga ikan semakin meningkat, harga minyak petrol dapat subsidi, bila jual ikan dapat kupon subsidi lagi,

Apakah harga ikan pun dah kena GST, GST ni pun satu lagi projek kerajaan nak sembelih rakyat yang berpendapatan rendah.

Dan yang terbaharu sekali dengar cerita COLA (cost of leaving alloewance) untuk kakitangan kerajaan pun dengar kata dah nak kena tarik balik, sebabnya kerajaan nak berjimat... ho... ho.. ho... Baca DI SINI.

Kesian kat Omar Osman Presiden Ceupacs, dah lah sebelum ni kena sembur dengan Najib, tak ada moral katanya.. aduhai... bonus pun RM 500.00 sahaja......,

Wahai Dato Seri Najib bin Tun Abd Razak.. Kalau kamu dah tak mampu nak menjadi menteri kewangan, rehatlah... jadi sajalah PM 1Malaysia..., Opppp silap...

Sebenarnya PM pun kamu lagilah tak layak..... Apa yang kamu layak... Pembaca tolong jawabkan.. aku tak mau jawab.........

1 comment:

  1. salam tuan.. yg penat menangkap ikan - nelayan... yg kaut untung - pemborong/org tengah.. yang naya - nelayan & pengguna.. adoi..letih la camni... tak reti nak tadbir, bagi org lain je la... - Neo

    ReplyDelete