Pages

Friday, January 15, 2010

Boleh Percayakah Kenyataan KSU KDN..

Salam Sejahetra...

"Ia tiada kaitan dengan kerajaan tetapi kes itu adalah antara Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Kes itu akan mula didengar pada 25 Januari ini."

Itulah kenyataan dari mamat gambar sebelah ni... Baca selanjutnya DI SINI Tobat lahum aku tak percaya....

Oii, hangpa jangan kata aku fanatik kepada pembangkang pulak,, tetapi mari sama-sama kita fikir balik dari segi logik...

Pada 13 Jan 2010 yang lalu, mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini menetapkan 17 Februari depan untuk mendengar bantahan awal tiga responden.

Siapakah 3 responden itu..., Tiga orang responden yang dinamakan dalam permohonannya Anwar ialah ketua pendakwa syarie, Shamsuddin Hussain; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom. Cerita lanjut di DI SINI

Oii Menteri tu apa statusnya..., Ketua pendakwa Syarie dan Pengarah JAWI tu sapa?!!!! Hairan sungguh aku, seorang Menteri yang kita ketahui umum seorang yang berpendidikan agama boleh sama-sama terlibat dalam konspirasi DSAI.. Inilah padahnya bila dah menjawat jawatan besar dalam UMNO.. Hukum hakam tolak tepi,...,

Mengenai kenyataan KSU KDN ni aku tak boleh nak lebel apa... tapi aku ulangi balik, memang aku tak percaya...terpulanglah pada pembaca...kalau nak pembohong pun tunggulah masuk waktu dulu...kalau tak faham lagi memanglah tengikkkk.

3 comments:

  1. Nik Aziz kecam penulis blog banyak mengumpat


    KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekali lagi mengulangi kritikannya terhadap penulis blog yang lebih dianggap sebagai mengumpat daripada memberi ilmu kepada pembaca.

    Katanya, tulisan blog banyak bersifat mengumpat orang lain dengan pelbagai isu dan meminta rakyat menapis maklumat yang tidak mendatangkan ilmu yang disalurkan oleh penulis dalam blog masing-masing.

    "Blogger yang macam ini bukan boleh nak tambah ilmu, kerana banyak dok mengumpat orang. Kalau blogger boleh tambah ilmu tak apa," katanya ketika menyampaikan kuliahnya di Dataran Ilmu, di sini, hari ini.




    Baru-baru ini, Mursyidul Am Pas itu, menyifatkan penulis blog yang cuba melaga-lagakan pihak tertentu khususnya dalam politik Pas Kelantan sebagai "blogger celaka".

    Dalam perkembangan lain, beliau mencadangkan pembuat kuih tradisonal di negeri itu mengambil langkah proaktif menukar nama-nama kuih tradisional yang tidak manis didengar, seperti kuih "tahi itik".

    Katanya, nama baru yang lebih sedap didengar boleh menarik orang ramai membelinya sesuai dengan keenakan kuih berkenaan.

    Katanya, nama kuih tradisional lain, seperti "puteri mandi" dan "jala emas" boleh dinamakan maka tidak ada sebab kuih "tahi itik" juga ditukar kepada nama yang lebih sesuai. - Bernama

    Kau tak terasa ke cacai tua dah nak mamposssssssssss

    ReplyDelete
  2. Wooiii,

    kalau buah nangka buruk seulas dua, dapat lagi dirasakan manisnya.

    bagaimana kalau nangka itu buruk 3/4 daripadanya?.Dan malu memilih untuk membelinya.

    Siapakah yang menggunakan akalnya untuk kebaikan dirinya sendiri?

    nabil kata luuu pikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  3. Nik Aziz dah mengaku PMBK dah buat silap.

    Manjong Mari sampai bila nak keras kepala tidak mohon maaf pada Husam? Buat fitnah saja-saja Manjong Mari. Pandai mengata orang jahat tapi bila sendiri bikin jahat buat-buat bodoh pula!


    Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya terpaksa menebus balik bangunan yang sebelum ini diserahkan kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah projek itu kemudiannya diserahkan kepada sebuah syarikat swasta untuk dibangunkan.

    “Bazar ini saya sebut hari itu kita akan bagi kepada para peniaga yang terpaksa keluar dari Pasar Arked Uda dan Pasar Lama MPKB.

    “Tapi kesilapan berlaku (secara) teknikalnya, sehingga terjadi benda lain. Akhir sekali kita tarik balik benda yang kita sudah buat itu, maka kita terpaksa beli.

    “Kerajaan akan beli daripada syarikat tu, bayar, dan kita akan jual balik kepada peniaga yang terpaksa keluar itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Memasak Bubur Asyura di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kemunting, Beah, Bachok dekat sini hari ini.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

    ReplyDelete