Pages

Friday, January 8, 2010

Demontrasi Hari ini - Polis Nasihat!.. bukan Larang..

Salam Sejahtera...

Berita mutakhir.. Ketua Polis Kuala Lumpur hari ini menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai demonstrasi bagi membantah penggunaan kalimah Allah oleh agama lain di sekitar ibu kota, terutamanya di kawasan masjid dan jalan raya.

Aku rasa lain sikit maksud menasihati dengan melarang....maksud menasihati dari kamus dewan "

menasihati 1. memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kpd: ia sentiasa ~ anak-anaknya supaya tidak meninggalkan sembahyang; 2. mengesyorkan kpd, menganjurkan kpd, mengusulkan kpd: doktor ~nya supaya berhenti menghisap rokok dan meminum minuman keras;
menasihatkan memberikan sesuatu sbg nasihat atau sbg tunjuk ajar;
penasihat orang yg memberi nasihat (tunjuk ajar dll); ~ ekonomi penasihat tentang pelbagai hal yg berkaitan dgn soal ekonomi; ~ kerjaya penasihat tentang kerjaya.

Kalau perkataan Larang...

larang I; melarang menahan drpd melakukan sesuatu, tidak membenarkan (mengizinkan), menegah: bagaimanakah sesuatu undang-undang yg ~ penggunaan tenaga kanak-kanak dapat dijalankan?
melarangkan menjadikan terlarang: Seri Rama ~ pekerjaan itu kepada kekandanya;
terlarang tidak boleh dikerjakan, tidak dibenarkan, tertegah: perbuatan ~ di sisi agama hendaklah dijauhkan;
larangan 1. sesuatu yg dilarang atau terlarang: bagindalah yg meletakkan kekuningan ~; seluruh kawasan hutan di keliling kampung itu adalah kawasan ~ belaka;
2. perintah melarang (sesuatu perbuatan), tegahan: ~ keluar rumah itu berlaku mulai hari Khamis ini;
berlarangan mempunyai larangan, ada larangannya, terlarang: ~ saya menyebut namanya;
pelarangan sesuatu yg dilarang, larangan.

Kenapa sebelum ini bila demontrasi untuk Bersih, PPSMI dan ISA... semuanya arahan POLIS MELARANG...., tetapi bila Demontrasi isu Kalimah... Nasihat pulak dah... Ada peruntukan lain-lain ka mengenai demontrasi ni....... Tolong bagi tau sikit. Atau pun Editor silap taip kut....

Berita Kaitan : bharian

No comments:

Post a Comment