Pages

Friday, January 22, 2010

Giliran PR Selangor Pula..

Salam sejahtera...

Kerajaan PAS Kelantan mungkin boleh rehat sebentar, instructor aku kata "take five"..., maka boleh lah tarik nafas untuk menyedapkan kaki (Kekuda) dan tangan untuk persediaan menepis serangan selanjutnya dari UMNO dan sekutu-kutunya...

Mungkin juga UMNO Kelantan pun tengah panas juboq. apa tidaknya bagaimana nak menghadapi suasana yang akan bakal sampai, mana nak letak muka masing-masing untuk menjawab isu royalti minyak.., nak harap Najib tolong awab, dia pun tak tau mana nak taruh muka, nak buat-buat senyum macam kerang busuk bila wartawan tanya pun tak mau jadi dah..., apa tidaknya,,, rancangan isu kalimah hingga melibatkan kebakaran gereja dah nak kena songkil dengan US..,, dah gelabah puyuh, dapat anugerah dari Raja Saudi pun dah tak berapa ceria...,

Hilang isu gereja terbakar, Surau kat Johor pula jadi sasaran..., berapa orang pulak lepas ni yang akan kena tangkap...

Muhyiden..., ia pun sibuk juga... Najb pi Arab, ia pi lawatan kat Eropah,,, masing-masing nak melawat.., perabih duit rakyat, dalam pada rakyat semakin kena cekik.

Yang tinggal kena jawab Mustafa Mohamad dengan Awang Adek,, silap jawab dah kena smash dengan Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara yang kena pecat oleh Mahathir dan Sultan Johor..

Bila Kelantan dah tak makan cekak, tak boleh selesai.. UMNO menukar arah, nak attack Kelantan pun tak dapat apa, depa mula serang Selangor pulak,, bermula dengan isu Kalimah Allah, YB Khalid Samad jadi sasaran, JAIS dengan MAIS jadi peluru buat UMNO, bahkan Sultan pun turut bersama,, Awas Kerajaan PR Selangor,

Isu Kalimah tak berapa nak menjadi..., ubah dan tambah strategi...beberapa Pembantu Khas EXCO dan politik Selangor pula ditahan semalam, kononnya terlibat dalam perjualan pasir..SPRM pulak yang main peranan membantu UMNO untuk nak merampas Selangor,

Hairan bin ajaib, dalam dok kecoh pasir dan macam-macam hal... tup-tup AJK Keadilan Kuala Selangor pula keluar Parti, tinggal ketuanya sahaja Khalid Ibrahim.. saja, lumpuh Keadilan Kuala Selangor... itu berita dari media.., nak penyedap pembaca yang menyokong UMNO.... Apakah harapan UMNO untuk mengambil Selangor akan menjadi kenyataan. Wallahuaklam..


No comments:

Post a Comment