Pages

Sunday, January 10, 2010

Isu Kalimah Allah - Agenda Mereka dah tercapai..

Salam Sejahtera..

Hari ini saja dalam berita beberapa lagi gereja dibakar dan diceroboh dengan balingan cat, dan yang aku terkejut bandar tempat kelahiran aku di Taiping pun ada Gereja dan Sekolah Convent dilakukan perkara yang sama...

Dalam sedar atau tidak, rupa-rupanya rancangan mereka ini banyak agenda dalam isu kalimah Allah yang mereka mainkan.

Kita perasaan atau tidak sekejap tadi dalam berita menunjukan 130 NGO Islam dan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) akan memantau keselamatan gereja... baca DI SINI.

Sampai bila perkara sebegini akan berakhir... apa yang aku takut dari perasaan hati kecil aku, apa kah Malaysia akan menjadi Negara Islam Liberal... kita kena ingat agenda Kristian dan Yahudi sedunia, mereka ada bermacam-macam rancangan untuk merosakkan kemurnian perjuangan Islam yang syumul di Malaysia.

Sebelum ini umat Islam dilaga-lagakan dengan Ustaz tak ada Tauliah, bayangkan mantan Mufti bertaraf Dr Phd buta-buta kena pi naik mahkamah atas sebab mengajar tak ada tauliah, permainan siapa sebenar ini .. betul lah perbuatan JAIS, tetapi ada lagi yang ghaib kat belakang... apa pun umat Islam bercempera dengan bermacam-macam isu yang dihidangkan.. mereka memainkan isu wahabi, syiah dan bermacam-macam lagi...

Tak selesai isu tauliah, timbul pula isu kalimah Allah, seperti lontaran bom atom rasanya isu ini dimainkan oleh semua media, tak kira pro atau kontra...

Dan nampaknya laba dari isu kalimah dan bakar gereja nampaknya dah dapat dah.. oii 130 NGO Islam yang jadi tukang jaga keselamatan gereja... apa cerita ni..., semasa masjid-masjid dibaling najis babi ada NGO-NGO asing ambik peduli, aku bukan nak menghasut .. tapi kita fikir balik.. mana pi tugas Polis, kalau sebelum ini demontrasi oleh pembangkang polis boleh keluar beribu-beribu orang, kenapa gereja polis tak boleh jaga, sekarang ini sistem peralatan canggih dah belambak, CCTV dan bermacam-macam lagi, apa tak boleh pasang semua itu.. Kita kena ingat gereja-gereja kat Malaysia ni mempunyai dana kewangan yang cukup tinggi untuk kerja dakyah mereka, jadi kenapa kita nak sibuk atau buat-buat sibuk kerana nak glamour..., tak apalah.. bagiuhlah kalau nak tolong memerhatikan keselamatan gereja, tapi itulah, hati kecil aku cukup takut. selain daripada agenda 1Malaysia yang kita tidak tahu bagaimana rancangannya nanti, aku takut perbuatan ini akan melarat dan terbawa-bawa seperti di Indonesia dengan sistem pancasila, Islam Liberal yang berlaku seperti di Indonesia,

Cukuplah kita dah sengsara dengan Islam Hadhari seketika dulu... Harapan aku kepada NGO-NGO Islam terutamanya PUM pun ada sekali nampaknya, harus hati-hati dan berjaga-jaga dengan agenda yahud dan nasara....
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.

2 comments:

  1. Hj, kau buat apa sekarang ni, masih makan viagra lagi ke

    ReplyDelete
  2. salam ziarah, linkkan blog saya di sini, sebagai pengerak dakwah untuk menyebarkan Islam di seluruh umat

    ReplyDelete