Pages

Sunday, January 3, 2010

Isu Kalimah Allah.

Salam Sejahtera..

Nampaknya keputusan kalimah Allah yang memihak kepada pihak Katholik telah menimbulkan satu persepsi buruk kepada Umat Melayu yang berugama Islam di bumi Malaysia.

Dalam pada itu ada pimpinan parti tanpa membuang masa terus mengajak umat Islam bersatu dalam isu tersebut, kat muka depan YOB, Mingguan Malaysia....seolah-olah masa depan Islam dibumi Malaysia ini akan terus pudar seumpama pudarnya UMNO dikalangan rakyat Malaysia.

Habis semua pemimpin-pemimpin negara bercakap, dari yang tertinggi bermula dari Mahathir hinggalah kepada nangoi-nangoi yang sama-sama sayangkan Islam.. Dan yang terbaharu PM 1Malasyia pula akan merapfak sembah kepada Agong untuk memaklumkan masaalah yang menimpa umat Melayu tersebut.

Nampaknya isu ini menjadi isu besar, paling kurang seminggu media akan memainkan isu tersebut, keranqa hari Jumaat ini mereka akan mengadakan perhimpunan terbesar.. UMNO terselamat dalam banayk isu...harga roti Gardenia yang naik tiga kupang, gula naik dua kupang dan banyak lagi keperluan lain akan naik, termasuk minyak petrol.

Yang paling aku hangat, YB Zul MP Kulim Bandar Baru, tanpa sayang mulut, terus menyuruh YB Khalid Samad MP Shah Alam suruh keluar parti PAS, oii ni apa cerita ni, lu YB Zul, ada law punya orang, cakap tak serupa bikin kenapa apa....

Sekarang Tuang Guru Nik Aziz pun sokong tindakan Hakim Lau Bee Lan itu, Mantan Mufti Perlis Dr Asri pun nada yang sama lebih kurang dengan TGNA, apa kah YB Zul nak suruh Nik Aziz pun keluar parti PAS..., Berani YB Zul nak mempertikaikan pandangan dan hujah dari Dr Asri,,, berani ka lu YB Zul...

Isu kalimah ni, dah lama dah di perkatakan, di Parlimen sebelum ni pun, Nazri Aziz dengan Zahid Hamidi dah kelam kabut tak terjawab kena berbahas dengan Khalid Samad dan Dr Zulkifli Ahmad, nasib baik AP Baling Taib Azmudin bekas Imam masjid negara jadi penyelamat mereka berdua.

Mengikut dari Ustaz Tarmizi Abd Rahman YDP PAS Tanjung Malim, dalam kuliahnya satu ketika dulu, bab isu kalimah Allah ni kalau nak ikut auladnya, nuuu yang keseratus lebih dibawahnya, tak perlu nak diperbincangkan dengan segera, banyak hal lain lagi yang lebih aula untuk dibahaskan, isu murtad, isu hudud, isu masjid orang yang bukan ahlinya yang nak kuasai masjid, kenapa tak diperbincangkan...

Isu kalimah ini telah membuatkan UMNO mendapat laba yang besar, UMNO memang untung besar.... yang kononnya UMNOlah yang memperjuangkan Islam, sedangkan UMNOlah yang haprak....

4 comments:

  1. Manjung,
    Sekian lama sekolompok orang Malaysia telah diperbodohkan. Kalau begitu, marilah kita mainkan sentimen kononya UMNO mendiskriminasikan orang2 Sabah & Sarawak
    Mereka pakai Allah sekian lama

    ReplyDelete
  2. Saya sokong pandangan sdr. Kalau nak tgk pandangan saya sila lawat http://www.makkalsakhti.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Salam Bro. MM,

    Dah pandai main perkataan " lu " ha..ha..ha... jom pekena cendol dengan buboq pulut hitam.

    Kasi coollllll sikit...

    ReplyDelete