Pages

Friday, January 1, 2010

Saman fitnah pertama

Salam Sejahtera...

MP Perak akan saman Suara Keadilan kerana memfitnahnya

PANGKOR: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hilang sabar dan akan menyaman Suara Keadilan kerana memfitnah beliau kononnya ditahan di Amerika Syarikat ketika mengetuai misi pelaburan ke negara itu, baru-baru ini.

Dalam laporan itu, Zambry dikatakan ditahan sebelum dihantar pulang ke Malaysia kerana namanya ada dalam senarai pengganas. Dalam sidang akhbarnya di sini, hari ini, beliau berkata ini saman fitnah pertama sepanjang karier politiknya.


Komen: Sampai hati Suara Keadilan kata MB Perak Pengganas...Dia bukan pengganas.. Ia KUDETA...., saman Fitnah Pertama... Betui tu. Pertama juga di tahun 2010.. saman minta mahkamah nilai RM100 billion ganti rugi dan teladan, pertama dalam Malaysia...nanti duit tu boleh buat pelaburan kilang kunyit...

No comments:

Post a Comment