Pages

Thursday, February 25, 2010

Blogger The Unspinners - Awas dan hati-hati perbuatan kamu itu..

Salam Sejahtera...

Inilah gambar ciptaan blogger upahan UMNO theunspinners., tak cukup sebelum ini mereka menggambarkan TGNA bersama DSAI sehingga laporan polis dibuat, dan seorang blogger dari Johor telah ditahan, tetapi apa cerita selepas itu, tak ada pula perbicaraan...

Aku tak tau kenapakahgambar TGNA digambarkan sebegitu rupa, ditengah salib kristian, dengan gambar lakaran sebegini blogger Unspinner ingin menunjukkan atau menggambarkan TGNA telah menjadi kafir?...

Saudara ku, Jikalau kamu sebagai seorang Islam bertaubatlah segera, ingatlah nabi Muhammad S.A.W ada bersabda dalam hadisnya...

Man kaffara musliman faqad kafara
“Barangsiapa mengkafirkan seorang muslim, maka dia (telah) kafir”

Man qalaa li akhihi, ya kafir, faqad ba abiha ahadu hum
“Barangsiapa yang berkata kepada saudaranya, ‘wahai kafir’, maka (pernyataannya itu) akandikembalikan kepada salah seorang dari mereka.”

Wallah huaklam.


3 comments:

  1. Salam, td ade click blog unspinners tu. tp funny sgt cos entry tu byk tul komen dr anonymous.. haha..

    ReplyDelete
  2. Mana boleh dakwa, depa pencacai umno. Nasir Safar masih selamat. kesnya Ghani Patail buat diam aje..

    ReplyDelete
  3. Dalam terjemahan ayat yang ko buat tu, bermakna puak puak ko lah yang selama ni dulu adalah kapir tegar.

    ReplyDelete