Pages

Monday, February 22, 2010

Cerita Terbaharu ADUN Pelabuhan Klang

Salam Sejahtera...

Setelah mengambil keputusan keluar dari Parti PKR Selangor, glamour sekejap, dek sebabkan banyak isu-isu lain yang lebih hot..., isu mangkok hayun ni senyap seketika...

Namun, tak lama.... hari timbul balik...., lagi hebat, hebat dari apa yang ia lakukan kepada Pakatan Rakyat Selangor, hebat dari apa yang ia lakukan kepada Pengundi Pelabuhan kelang....

Terimalah dengan dengan se redha-redahnya, sebagaimana pengundi dan penyokong PR menerima perbuatan kamu terdahulu....
Silakan....

Isteri ADUN Pelabuhan Klang tuntut cerai secara fasakh

22/02/2010 11:53am

KLANG 22 Feb. – Isteri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menuntut cerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Klang di sini hari ini.

Ramizah Mazlan, 39, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 53 Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 dengan tiga alasan.

Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh memerintahkan Badrul Hisham memfailkan pembelaan selepas ADUN Bebas itu memaklumkan dia tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dinyatakan dalam tuntutan Ramizah.

Kes itu akan disebut semula pada 21 April ini. – Utusan

1 comment:

  1. Ada sukan kayak dan hockey
    Pelantar bamBOO di Taman Negara
    Apa disimpan katak dan monkey
    Hantar ke ZOO kadar segera

    Ada sukan kayak dan hockey
    Stadium terkurung ditutup rapat
    Apa kesukaan katak dan monkey
    Bawah tempurung dan lompat2

    ReplyDelete