Pages

Friday, February 12, 2010

Dah Tiga Bulan Berlalu, Baru Dimaklumkan..

Salam Sejahtera..

Mengikut kenyataan dari Chief Of Navy, Kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas. Hoii dah 3 bulan tersadai baru nak bagi tahu,, banyak mana pula duit rakyat akan habis, walaupun tempoh jaminan dengan pembekalan DCNS masih ada..

Cerita selanjutnya di DI SINI.

Ha ha itu cerita yang secara resmi, bagaimana pulak cerita secara tidak resmi dari anggota atau crew kapal selam itu sendiri, apa yang aku dok dengar anggota-anggota kapal selam dilarang menceritakan apa jua masaalah yang mereka alami sewaktu dalam perjalanan balik dari Perancis hingga sampai ke Malaysia..

Janganlah kita ingat anak-anak kapal ini hebat sangat membawa balik kapal selam ini, seperti yang diwar-warkan TV3 satu ketika dulu, anggota TLDM tak akan berani membawa balik kapal selam tersebut dari Perancis kalau tiada bantuan dari krew DCNS Perancis seramai 8 orang yang ikut serta.

Semenjak dari dalam perjalanan balik ke Malaysia lagi kapal selam ini tidak boleh menyelam berterusan, paling lama dibawah permukaan permukaan air hanyalah sejam, kemudian timbul di permukaan.

Hebat sungguh tentera Malaysia ni, ada enjin kapal terbang jual, maklumat keselamatan negara jual, beli kapal selam, tak boleh selam, asyik nak timbul, yang sedihnya, pegawai atasan tak terlibat, LLP juga yang kena..., itulah ...UMNO ni dah tak layak nak memerintah, nak jadi Menteri Pertahanan.. lingkup 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment