Pages

Thursday, February 18, 2010

Isu Perkauman - UMNO hentam YB Idham Lim pulak..

Salam Sejahtera...

Isu perkauman yang cuba dimainkan oleh UMNO sebelum ini yang dikambing hitamkan ialah KM Pulau Pinang Lim Guan Eng, nampaknya tak ada kesan, tak diambik kisah pun oleh majority rakyat Pulau Pinang, melainkan pencacai-cacai UMNO....

Isu berarak sempena maulidur rasul yang digunakan UMNO, secara direct TGNA kata tak ada faedah dan tak ada pahala pun perkerjaan tu, melompat menyeranah pemimpin UMNO termasuk tok mufti sekali, namun bila Dr Asri Mantan Mufti Perlis pun keluar kenyataan senada dengan TGNA nampaknya isu Lim Guan Eng dah reda.

Tetapi itulah, UMNO yang berjuang atas dasar assobiyahnya itu tak mengnal erti putus asa, dimana ada kesilapan pimpinan PR, maka disitu akan menjadi target mereka, nampaknya sekarang giliran YB Idham Lim blogger Cina Islam pula yang jadi sasaran mereka.. baca DI SINI.

Kenapa terasa atas teguran ikhlas dari seseorang itu, tak betulkah apa yang dituliskan itu... terima sajalah dengan penuh kepahitan apa yang ditulis tu, kalau kaum melayu dah itu rupanya.. UMNO ini umpama mak yang terlampau sayang dan manjakan anaknya, segala kejahatan anaknya apa yang dikata orang jiran sekitar tak nak diterima, hatta anaknya jadi pengisap dadah pun ia tak peduli, masih beranggapan anaknya baik, itulah yang ada dalam UMNO, tak boleh nak disentuh atau dicuit orang melayu terutama sekali dikalangan penyokongnya,.

Dan apa yang aku rasa, hampir kesuluruhan apa yang ditulis oleh YB Idham Lim tu pun, kebanyakannya itu semuanya Melayu UMNO, kalau Melayu yang sokong PAS sedikit sebanyak ia dah faham islam, itu yang UMNO blogger UMNO marahkan sangat tu....

1 comment:

  1. erm..ni sama reaksi masa Dr Riduan Tee tulis artikel dlm paper ari tu..tujuan beliau nak menegur tp biasa la ada yg salah paham.. tgk dari sudut positif...

    ReplyDelete