Pages

Monday, February 15, 2010

Marilah kita terus menghentam UMNO dan Barisan Nasional ke ambang kehancuran.

Persepsi lawan persepsi

Biar saya beri pembayang. 'Senjata rahsia' yang sedang UMNO gunakan adalah JASA yang diketuai oleh Fuad Hassan, iaitu adik KPN Musa Hassan. Saya harap pembangkang meneliti perkara ni. Yalah, takkan semua benda awak nak suruh Malaysia Today buat untuk awak?

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Kalau anda tak begitu faham tentang perkara yang sedang berlaku di Malaysia, izinkan saya menjelaskannya kepada anda. Malaysia kini dilanda perang saudara. Ya, perang saudara. Tapi sementara perang saudara di lain-lain negara membabitkan senjata, perang saudara di sini membabitkan persepsi. Namun ia tetap perang saudara. Bezanya adalah tiada pertumpahan darah di jalanan.

Katakanlah apa yang anda nak kata, tetapi suatu revolusi memang sedang berlaku. Rakyat kini memberontak terhadap kerajaan. Tapi penduduk telah dengan bijak memilih peti undi dan bukannya peluru. "Pilihan raya dan bukan pilihan jalan raya," seperti kata Hishamuddin Rais.

British mengajar kita cara berjuang dalam perang semacam ni. Peluru takkan mengalahkan komunis, kata penjajah British. Kita perlu mengalahkan komunis dengan memenangi hati dan fikiran rakyat. Kita perlu mendorong rakyat menolak komunisme. Pihak British menjayakannya (strategi ni). Ia adalah strategi yang hebat. Akhirnya, komunisme tewas kerana rakyat menolaknya, dan bukan kerana British memiliki lebih banyak senjata daripada pengganas komunis.

Inilah perang saudara yang sedang berlaku di Malaysia, iaitu sebagaimana perang saudara yang berlaku semasa Darurat (Malayan Emergency).

Oh ya, ia dipanggil Darurat dan bukannya Perang Saudara Malaya kerana jika mereka menggelarkannya dengan nama “perang” (bukan “darurat”), maka syarikat insurans takkan membayar bagi kerugian yang ditanggung oleh syarikat-syarikat British. Pada masa tu, pengganas komunis mengebom pejabat kerajaan dan hartanah British. Tapi jika kerugian tu dialami akibat peperangan, maka syarikat insurans takkan menanggungnya. Itulah sebabnya keadaan gawat itu dipanggil darurat dan bukannya perang.

Jadi, Malaysia kini dalam suasana perang.Tapi tiada senjata digunakan ataupun bangunan dibom. Ia adalah perang persepsi, yakni persepsi lawan persepsi. Pihak yang terlibat dalam peperangan ni adalah parti pemerintah yang dikenali sebagai Barisan Nasional dan parti pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat.

Perang terdiri daripada banyak pertempuran. Ia tidak hanya melibatkan satu pertempuran besar. Bahkan penaklukan Normandy melibatkan banyak pertempuran yang tercetus di merata tempat. Anda mungkin memenangi beberapa pertempuran dan mungkin kalah dalam beberapa pertempuran yang lain. Tetapi akhir sekali, gabungan pertempuran yang anda menangi menentukan jagoan peperangan itu.

Dalam perang persepsi, anda perlu menimbulkan banyak isu pada masa yang sama. Ia adalah seperti terlibat dalam banyak pertempuran secara serentak, dan anda perlu terus-menerus menyerang setiap sasaran hingga sasaran tu tumbang.

Mari kita kaitkan perkara ni dengan perkembangan semasa.

Sasaran pertama sudah semestinya Perdana Menteri Najib Tun Razak (seperti Abdullah Ahmad Badawi dan Dr. Mahathir Mohamad sebelumnya). Persepsi mengenai Najib adalah bahawa dia secara langsung terbabit ataupun mempunyai kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Persepsi ni dah pun wujud. Sangat sedikit rakyat Malaysia, termasuklah ahli UMNO yang akan mengatakan bahawa dia tiada kaitan langsung dengan pembunuhan Altantuya, ataupun setidak-tidaknya pernah menjalin hubungan dengan wanita tu.

Malah ramai yang percaya bahawa dia bukan saja mengenali Altantuya secara peribadi, tetapi juga pernah mengadakan hubungan seksual dengan wanita tu. Mereka juga percaya bahawa gambar Najib, Altantuya dan Razak Baginda memang wujud, dan bahawa Konsul Kehormat Mongolia ke Malaysia, Syed Abdul Rahman Alhabshi memberikan foto tu kepada polis.

Kita perlu ingat bahawa pada peringkat awal insiden pembunuhan tu, Syed Rahman sering mengadakan sidang akhbar, dan menghentam polis dan menuduh bahawa mereka tidak melakukan siasatan secara yang sepatutnya. Syed Rahman memberitahu mengenai banyak perkara berhubung dengan kes tu kepada ramai orang. Sekarang ni, mesti dia menyesali tindakannya tu.

Hakikat bahawa Syed Rahman telah mendapat projek bernilai RM500 juta menguatkan keyakinan bahawa dia telah dibeli. Inilah persepsinya dan walau apa pun yang dia kata ataupun buat, persepsi ni takkan berubah.

Akuan Bersumpah Razak Baginda yang diterima mahkamah, dan yang membolehkannya dilepaskan dari tuduhan membunuh (Altantuya) menyatakan dengan jelas bahawa dia tak pernah mengenali Sirul ataupun Azilah, sehinggalah ADC Najib, Musa Safri mengatur pertemuan antaranya dan kedua-dua individu tu. Mahkamah menerima akuan tu. Disebabkan itulah maka mahkamah membebaskan Razak dari tuduhan membunuh Altantuya.

Jadi ADC Najib, Musa Safri adalah orang yang menetapkan segala-galanya, yang kemudiannya mengakibatkan Altantuya dibunuh.

Kemudian timbul pula nama Pegawai Khas Najib, Nasir Safar yang berada di tempat kejadian ketika Sirul dan Azilah menangkap Altantuya di depan rumah Razak. Penyiasat persendirian Bala mengesahkan perkara ni dan memberitahu polis tentangnya. Tapi tanpa melakukan siasatan lanjut, polis terus menafikannya dan sebaliknya mengatakan bahawa orang tu (Nasir Safar) adalah penduduk kawasan tersebut.

Jadi, Pegawai Khas Najib, Nasir Safar juga terlibat. Ini bermakna bahawa dua pembantu rapat Najib terlibat secara langsung dengan pembunuhan tu.

Dari segi persepsi, Najib dah pun tewas dalam peperangan. Kalau anda mahu, lakukanlah tinjauan bebas. Tanyalah rakyat Malaysia secara rawak dan majoriti daripada mereka akan memberitahu anda bahawa mereka percaya bahawa Najib sama ada mengenali Altantuya, pernah menidurinya, ataupun terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam pembunuhannya.

Dalam perang persepsi, Najib telah pun kalah. Tiada apa yang dapat dia kata ataupun buat bagi memulihkan imejnya.

Okey, sasaran berikutnya adalah isteri Najib, Rosmah Mansor. Dalam ruang lingkup persepsi, Rosmah dianggap sebagai perempuan yang menjengkelkan. Namun begitu, ini adalah suatu ironi kerana persepsi tu diakibatkan oleh kelakuannya sendiri dan bukannya berpunca dari serangan pembangkang ke atas imejnya.

Ada begitu banyak cerita yang tersebar mengenainya. Salah satunya adalah mengenai empat jeneral bersara yang pergi ke rumahnya untuk bertemu dengan Najib. Dia bertanya kepada mereka sama ada mereka ingin bertemu dengan Najib bagi membincangkan mengenai politik ataupun perniagaan. Mereka bertanyakan apakah natijahnya dan dia menjawab bahawa jika politik yang akan dibincangkan, maka Najib akan bertemu dengan mereka sebentar lagi. Tapi jika mereka ingin berbincang mengenai perniagaan, maka dialah orangnya dan bukan Najib.

Cerita ni tersebar luas di kalangan warga tentera.

Cerita seterusnya adalah tentang aktiviti beli-belahnya di Paris, di mana dia menghabiskan RM200,000 dalam sehari. Yang ‘menariknya’ adalah Altantuya juga ada bersamanya pada hari itu dan dia membantu mengangkat barang-barang Rosmah, termasuklah kad kredit dan lain-lain lagi.

Pada masa tu, ramai juga kakitangan Kedutaan Malaysia yang membantu mengangkat barang-barang Rosmah (yalah, kalau dah belanja RM200,000, mesti banyak benar barangnya, kan?). Jadi, cerita ni dah tersebar di kalangan komuniti diplomatik.

Pada tahun 2008 pula, dia berada di Indonesia bagi menghadiri majlis yang dianjurkan oleh sebuah bank. Ketika dia melangkah ke meja utama seperti ratu, ‘dayangnya’ berjalan di belakangnya sambil memegang kusyen. Si dayang kemudiannya meletakkan kusyen tu di atas kerusi sebelum Rosmah melabuhkan punggungnya. Ewah, Raja Permaisuri Agong pun tak dapat layanan macam tu.

Oleh sebab majlis tu dianjurkan oleh sebuah bank Malaysia, maka ramailah orang Malaysia di situ. Mereka rasa macam nak muntah. Mereka bukan hanya berasa sangat malu tetapi juga berasa mual bagai nak rak.

Ha, ingat lagi tak temubual yang diberikannya berkenaan pemergiannya ke China? Dalam temubual tu, dia merungut bahawa Najib meninggalkannya sendirian di dalam biliknya, sementara dia (Najib) melakukan tugas rasmi. Dia naik angin hinggakan dia menyuruh Najib menghantarnya pulang ke Malaysia. Ah, kalau kau tu sibuk sangat, hantar saja aku balik ke Malaysia.

Inilah yang dinyatakannya dalam temubual akhbar tu.

Baru-baru ni pula, dia mengikut Najib ke India. Sebenarnya, mereka telah merancang pelbagai program untuknya selama dia di Chennai. Tapi dia enggan keluar dari biliknya. Katanya, kenapalah Chennai kotor sangat. Jadi, dia enggan meninggalkan biliknya. "Kenapalah orang India pengotor betul?” dia mengeluh kepada para pembantunya.

Kisah terbaru ni sedang hangat diperkatakan di kalangan warga diplomatik. Jadi, seperti yang saya katakan, sebahagian besar kerosakan terhadap imej Rosmah berpunca dari kelakuannya sendiri. Pembangkang tak perlu menimbulkan sebarang isu pun kerana dia sendiri membekalkan peluru yang diperlukan bagi pembangkang memenangi perang persepsi.

Maka Najib dan Rosmah sebenarnya dah pun kalah dalam perang persepsi. Sasaran berikutnya adalah UMNO dan Barisan Nasional. Dalam hal ni, persepsi terhadap mereka terjejas teruk akibat perbuatan mereka sendiri. Pembangkang tak perlu strategi yang bijak pun bagi mengalahkan UMNO dan Barisan Nasional. Pembangkang hanya perlu mengelak dari melakukan kesilapan. Sekarang ni pun, UMNO dan Barisan Nasional sedang memusnahkan diri mereka sendiri. Mereka takkan mampu memenangi perang persepsi.

Bagaimana pula dengan persepsi terhadap Anwar Ibrahim dan pembangkang? Sebenarnya, ini juga satu masalah. Kerajaan berusaha mewujudkan persepsi bahawa Anwar bersalah atas jenayah liwat. Usaha mereka tu tak berjaya langsung. Sangat sedikit orang yang mempercayainya. Bahkan mereka percaya bahawa Anwar adalah mangsa konspirasi politik. Tak kisahlah apa yang mahkamah nak kata. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Anwar tak bersalah.

Namun demikian, ramai yang percaya bahawa Anwar bukan pengurus yang baik. Anwar yang dikatakan kurang bertindak pantas dipersalahkan atas segala rencam masalah yang timbul dalam pembangkang, khususnya PKR. Mereka yakin bahawa jika Anwar lebih tegas, maka banyak masalah dapat diatasi. Jadi, Anwar secara tak langsung adalah punca semua masalah tu lantaran tidak melakukan apa-apa bagi mencegahnya dari berlaku.

Pembangkang pula tidak sependapat tentang masalah sebenar yang mereka hadapi. Ada yang menerima hakikat bahawa pembangkang tak menyangka bahawa mereka akan menang besar pada pilihanraya 8 Mac 2008. Disebabkan itulah pembangkang tidak memilih calon mereka dengan berhati-hati. Kini, calon berkualiti rendah, terutamanya bekas ahli UMNO dan calon yang meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan para pengundi telah menunjukkan belang mereka.

Para pengundi memahami hakikat bahawa adalah sangat sukar bagi pembangkang menarik calon yang baik, terutama sekali apabila tiada seorang pun yang menyangka bahawa mereka akan menang besar dalam pilihanraya. Jadi, para pengundi bersedia memberikan peluang kedua kepada pembangkang. Jika pembangkang meletakkan calon-calon yang lebih baik pada pilihanraya yang seterusnya, maka para pengundi akan sekali lagi mengundi pembangkang. Tapi kali ni, mereka akan mengundi pembangkang bukan kerana mereka membenci parti pemerintah, tetapi kerana mereka yakin bahawa pembangkang boleh memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Sebenarnya, peluang kedua ni adalah peluang terakhir bagi pembangkang. Kalau mereka gagal sekali lagi, maka mereka takkan lagi berjaya dalam generasi ini. Jika pembangkang gagal memenangi hati dan fikiran rakyat dalam pilihanraya akan datang, maka segala punahlah segala harapan untuk membentuk kerajaan baru. Tiada peluang ketiga buat mereka. Kita terpaksa menunggu 30 tahun ataupun lebih, iaitu generasi yang seterusnya sebelum pengundi sekali lagi berani menukar kerajaan.

Seperti yang telah saya katakan, kesilapan demi kesilapan yang dilakukan UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya membantu perjuangan pembangkang, malah mereka terus-menerus melakukan kesilapan. Jadi, pembangkang tak perlu berusaha terlalu keras. Pembangkang sememangnya sedang memenangi perang persepsi. Pembangkang hanya perlu mengelak dari melakukan terlalu banyak kesalahan.

Tapi apakah kesalahan yang dilakukan pembangkang dan apakah yang harus mereka lakukan bagi menanganinya? Mmm… saya dah banyak menulis tentang tu. Jadi, saya tak nak mengulangi benda yang sama. Anwar tahu apa yang saya maksudkan. Semua pemimpin pembangkang tahu apa yang saya maksudkan. Anda dan saya juga tahu mengenainya. Kami hanya meminta pembangkang agar berhenti melakukan kesalahan-kesalahan tu. Kalau itu dapat dilakukan, maka pada pilihanraya akan datang, kita akan sama-sama berarak ke Putrajaya.

Tapi jangan sangka bahawa UMNO tidak melakukan apa-apa bagi menangani kekalahan mereka dalam perang persepsi. Mereka sedar bahawa mereka telah kalah dalam perang persepsi dan mereka kini merangka rancangan tertentu bagi meneruskan kemaraan mereka. Saya tahu apa rancangan mereka, namun masih terlalu awal bagi saya mendedahkan segala-galanya.

Biar saya beri pembayang. 'Senjata rahsia' yang sedang UMNO gunakan adalah JASA yang diketuai oleh Fuad Hassan, iaitu adik KPN Musa Hassan. Saya harap pembangkang meneliti perkara ni. Yalah, takkan semua benda awak nak suruh Malaysia Today buat untuk awak?

Sehingga kita berbual lagi, marilah kita terus menghentam UMNO dan Barisan Nasional ke ambang kehancuran.

4 comments:

  1. salam ziara...

    ana singgah sebentar baca entry terbaru tuan...

    memang semua peristiwa yang berlaku di Malaysia ni dibawah satu konspirasi agaknya...

    macam2 isu yg sengaja ditimbulkan..
    rakyat punkadang2 naik muak dengan sandiwara2 ini.

    pe2 pon good work,nice blog...

    #boleh linkkan blog ana dalam blog tuan ???syukran laka...

    ReplyDelete
  2. erm..nak tanya je, JASA tu apa yek? alahai, adik beradik Musa Hassan jugak yg terlibat...mujur jalaludin hassan hanya berlakon sahaja... jika tak, pasti terheret sama.. - Neo

    ReplyDelete
  3. SAUDARA NI TAK SEDAR DIUNTUNG...
    NYAH KAU DARI BUMI MELAYUINI...

    ReplyDelete
  4. Anoni: 10:51

    Bumi Malaysia ni satu cm pun hak kau, apa hak kau nak halau aku, ini hak Allah..., kau tak layak sebesar zarah sekali pun nak sesiapa saja dari muka bumi ini...phoorah..

    ReplyDelete