Pages

Tuesday, February 9, 2010

Perak Yang akan Datang..


Salam Sejahtera

Selesai sudah episod MB Besar Perak, episod yang dimulai oleh dua ADUN merangkap EXCO dari PKR kemudian disusuli oleh ADUN merangkap Timbalan Speaker dari DAP, maka jam 11.15 pagi tadi berita yang diterima 5 orang hakim sebulat suara menghalalkan Zambri jadi MB Perak.

Tahniah aku ucapkan pada DS IR Nizar, kenapa tahniah pada DS IR Nizar, dia bukan lagi MB, bukan pasai itu, dengan kekalahan DS IR Nizar maka terbukti sudah, UMNO yang kita tahu selama ini menolak hukum Allah yang ada dalam Al-Quran, kini undang-undang yang datuk dan bapa mereka sendiri buat pun mereka langgar, undang-undang yang mereka cipta hanyalah untuk kepentingan dan keuntungan sahaja, jika membawa kepada kerugian ... sorry.., tak boleh pakai.

Usaha yang DS IR Nizar lakukan selama ini walaupun tak berhasil seperti yang kita harapkan, namun kalau kita perhalusi, rakyat dapat menilai apa yang berlaku dalam institusi undang-undang, Benarlah seperti yang dicerita oleh beberapa penceramah, Mahkamah Malaysia sekarang adalah Linggam Court.

[eusoffchinlingam.jpg]

Kemana lagi kah rakyat hendak mempercaya apa yang ada kepada kerajaan UMNO, sudah tidak ada apa-apa lagi..... cuma aku nak tengok bagaimana pula dengan kes konspirasi DSAI dengan Saiful, apakah hukuman sudah sedia menanti seperti mana juga keputusan Zambri kekal menjadi MB.

7 Mac 2013 ialah genap 5 tahun episod pemerintahan UMNO di Malaysia dan negeri-negeri jajahan takluknya termasuk Perak, itu adalah tarikh akhirnya, jadi sebelum dari tarikh tersebut PRU13 mesti diadakan, tidak sampai 3 tahun lagi.
Segala kepincangan yang berlaku dalam kerajaan UMNO sentiasalah kita korek, kita gempur, moga-moga selepas PRU13 nanti UMNO akan berkubur. AMIN...,

Lawan tetap lawan....

3 comments:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Allah SWT telah penuhi hajat MB Zambry dengan juak juaknya ,ini bermakna DS Nizar wajib hormati keputusan Mahkamah dunia.Saya ulangi Allah SWT telah kabulkan doa MB Zambry untuk menjadi Menteri Besar Perak .
    DS Nizar tolong lah jangan buat perkara yang bodoh , DS Nizar wajib terima kehendak Allah SWT . Buat kerja yang di amanahkan oleh rakyat baik di ADUN mahu pun di Parlimen .DS Nizar hentikanlah impian untuk menjadi Menteri Besar Perak . Buat kerja menjadi wakil rakyat di ADUN dan Parlimen kawasan yang dimenangi DS Nizar .DS Nizar tolonglah buang jauh jauh impian untuk menjadi Menteri Besar Perak .Allah SWT telah pilih Zambry untuk menjadi Menteri Besar Perak . Jangan lawan keputusan Allah SWT . Allah SWT lah yang mencipta alam semesta dan seisinya . Jangan melawan kehendak Allah SWT . DS NIzar wajib terima hakikat ini . Jangan dok layan lagi kerenah atau batu api DAP . DS Nizar katakanlah kepada pihak DAP bahawasanya Allah SWT telah penuhi hajat Zambry menjadi Menteri Besar Perak . So DS Nizar turun padang dan buat kerja yang diamanahkan kawasan DS Nizar . Dan jangan lupa DS Nizar buat sholat taubat kalau boleh. Dan dambinglah isteri dan anak anak DS Nizar mulai sekarang , hentikanlah impian untuk Menjadi Menteri Besar Perak. hj jamaludin

    ReplyDelete
  2. ..hj.jamaluddin ni memang jujur pada diri sendiri, tapi bila dah keluar nasihat kepada nizar maka nampaklah bangannya tentang ajaran Islam.

    pi hj tu menunaikan rukun islam. dan pangkat hj. tak semestinya berilmu.

    ReplyDelete
  3. apa kurang nya denga anak haji? tinggi ke pangkat nya, manjungmari lagi lah....

    ReplyDelete