Pages

Friday, February 5, 2010

Sembahyang Jumaat 05.02.10

Salam Sejahtera.

Seperti juga minggu lepas, hari ini pun aku bersembahyang di Masjid Lumut, kalau minggu lepas imam yang sama, hari ini pun imam tu juga, dah tak ada imam lain ka?..

Inilah bahananya yang umat Islam terima selepas satahun UMNO memerintah, masjid menjadi lesu semula, kalau dulu sewaktu Nizar menjadi MB, semua masjid sebelum masuk zohor, masjid-masjid digalakkan mengadakan siri tazkirah ringkas, kira Ok juga, masa yang terluang dimanafaatkan dengan majlis ilmu agama,

Tetapi kini, selepas Umno merampas kuasa, jangan kata nak adakan tazkirah, Imam pengganti pun tak ada, entah pi mana, kesian kat imam tetap tu, tercangah-cangah dok memerhati kut-kut ada imam jemputan, selepas juru azan menjemputnya membaca khutbah, hendak tak hendak terpaksalah ia berkhutbah lagi.

Khutbahnya pun ringkas sahaja, bab ulamak dan umarak, aku tak pasti adakah ini teks dari Jaip atau sendiri, sebab sedap sungguh ayat-ayatnya, tok imama membaca beberpa hadis mengenai hubung kait pentingnya ulamak dan umarak, yang sedihnya bila imam menyebut bila rakyat hidup tak tentu arah tujuan hidupnya, resah gelisah, ini bererti umarak yang memerintah adalah umarak celaka, dan jika umarak celaka, ulamak yang ada pun sama-sama celaka..., tu dia,, berasap kena,,

Apakah yang imam maksudkan itu umarak di negeri adik kepada emas ........, kalau negeri itu betullah tu, memang rakyat hidup dalam suasana resah gelisah, tak tentu arah, berpunca dari umarak yang celaka, bersama-sama dengan ulamak bisu yang ingin menjaga periuk nasinya sendiri.

Ulama-ulama macam ini pun disebut dalam khutbah tersebut, walau pun begitu ada ulamak yang tegas katanya, tetapi sayang, umarak pulak tak nak ikut, itu negeri mana pulak ya, hangpa carilah sendiri...

Kira khutbah hari ini betui-betui power, tapi sekejap sangat, tak sampai 15 minit, apa pun tahniah buat tuan Imam, rupanya ada hikmah disebalik imam jemputan tak datang, khutbah dari imam tetap masjid lagi power hari ini....


7 comments:

  1. Selamat Ulang tahun Pertama Kejatuhan PR di Perak Darul Merudum kepada tuan blogers manjung mari yang hampir dah nak mampos tapi masih belum lagi bertaubat nasuha dek kerana ketaksuban menyokong parti pertubuhan Islam di hati politik cina lakhanat tetapi bukan di sisi Allah. semoga kerajaan Zamri terus menerus memerintah Perak darul Ridzuan. Amin.

    ReplyDelete
  2. Dua enjin F-5E yang dicuri ditemui semula


    KUALA LUMPUR: Dua enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dicuri ditemui semula hasil kerjasama dengan kerajaan Uruguay, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

    Beliau berkata, kerajaan Malaysia kini meneruskan prosedur bagi mendapatkan semula enjin berkenaan selepas menerima pemberitahuan mengenai penemuan enjin berkenaan daripada kerajaan Uruguay.

    "Kejayaan yang menjurus kepada penemuan dua enjin jet TUDM yang dicuri itu adalah hasil usaha dan kerjasama rapat di antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Uruguay.




    "Dalam hal ini, saya ingin menyatakan penghargaan kepada Kedutaan Uruguay di Kuala Lumpur, terutama Duta Pablo Sader, atas segala bantuan yang diberikan kepada Polis DiRaja Malaysia sehingga membawa penemuan kedua-dua enjin jet TUDM yang dicuri itu," katanya dalam satu kenyataan media lewat petang tadi.


    Ha amacam, tak nak mintak maap ke?

    ReplyDelete
  3. Salam abg MM, lama teman tk balik Manjung. Harap dapat keputusan yang terbaik 9 Februari ni. Lama juga tak kecimpung dalam blog. G ayer tawar tk mlm td. Tentu meriah.

    ReplyDelete
  4. Waalaikum salam,, Aro,,

    Harapan kita memang begitu, harap-harap biarlah sama dgn keputusan mahkamah tinggi,,

    ReplyDelete
  5. masjid aladly ke yg tuan pi tu.. masih imam lama atau dah tukar yg baru.. klu yg lama mmg dia power baca x payah ikut teks pun dia mampu, tuan apa cerita ustaz T la ni.. dia ada kat mana ye sekarang...

    ReplyDelete
  6. salam tuan..

    cb tgk gmba mjlis solat hajat zambri kt berita harian. mcm knl aje dlm gmba tu.. rp2nya pak mufti pn risau kot2 BN tumbang selasa ni.. hehehe.. Awat ssh sgt pak mufti nk ngaku dia org UMNO.

    ReplyDelete
  7. Salam Ikan..

    Masih Imam yang lama, Haji Yusuf...
    Tentang ustaz T tak dengar cerita pulak,, wallahhuaklam.

    ReplyDelete