Pages

Friday, February 19, 2010

SUA PAS Sama taraf dengan Sanusi Junid...

Salam Sejahtera...

Aku nak tergelak sorang-sorang bila aku membaca satu komen dari blog perakexpress. Komennya sila baca, aku copy & paste...

tuan huzaifah,
Saya pernah menulis tiga siri, dalam detik daily dan tranungkite yang bertajuk ‘PAS Menuju Kehancuran’. Namun begitu saya tulis dengan penuh berlapik dan halus supaya ianya dilihat sebagai komen komen membina, padahal bunga bunga apa yang tuan tulis ini telah lama berlaku sebenarnya. Dalam saat berpuluh ribu orang pelajar mendapat 8A dalam peperiksaan, pemimpin PAS masih lagi mahu mengganggap orang ramai sekarang masih berfikiran lapuk, setua umur pemimpin itu sendiri.
Di saat kita mengganggap PakLah, Syed Hamid Albar, Samy Vellu, dan ramai pemimpin2 BN telah tua dan berfikiran lama, kita masih lagi menerima buah pendapat orang yang sezaman dengan pemimpin tersebut di dalam PAS. Seolah olah menggambarkan PAS tiada langsung pemimpin pelapis yang lebih berwibawa.
Melantik Mustafa Ali sebagai setiausaha agung di dalam PAS, sama seperti olah olah UMNO yang masih mengekalkan Sanusi Junid sebagai setiausaha agung UMNO. Apakah Mustafa Ali sendiri tidak berfikiran sezaman dengan sanusi junid?
Seandainya Mustafa Ali dapat membuktikan fikirannya sesegar TGNA, tidaklah menjadi masalah sebenarnya, tetapi sebaliknya yang berlaku. Banyak ‘kecerdikan’ yang diutarakan adalah jenis syok sendiri.
Sebab tu lah dalam penulisan saya tu, saya berkata, malang sekali PAS telah berada dalam putaran roda menurun. Kemuncak roda tersebut adalah semasa sedang mendaki dan sampai ke puncak iaitu zaman kegemilangan TGNA dan TGHH,

Komen: Dalam kita dok riuh rendah mengutuk UMNO tentang kepimpinan rumah tangga mereka, tup-tup parti PAS sendiri pun lebih kurang... baru ada akai...

2 comments:

  1. Ngaper, komer baru tahu ke? tu la,bukak minda tu sikit.Jangan duk terperap dan jumud sangat otak komer yg dangkal tu.Dalam PAS pun banyak kaki busuk tau!

    ReplyDelete
  2. kalau nak tahu kaki tu..buat usrah..hafal suroh2..hafal hadith..buat tamrin..buat muhayam..buat qiamulail..kaki2 busuk tu kan berkurangan..macam syaitan takut ayat kursi..tapi kalau bab peti undi..bab ceramah maki orang..fuh kalah TGNA..kaki busuk tu no ONE Malaysia..

    ReplyDelete