Pages

Thursday, March 4, 2010

Betuikah Cakap-cakap IGP..

Polis tiada konspirasi dengan parti politik: Musa

PULAU PINANG- Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis tidak pernah berkonspirasi dengan mana-mana parti politik dan akan menyiasat siapa saja jika ada laporan yang dikaitkan dengan mereka.

"Jika anda bersalah kita siasat, termasuk ahli politik Barisan Nasional. Kita tidak terlibat dengan mana-mana parti politik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Musa berkata, demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang mendakwa BN berkonspirasi dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan pemimpin pakatan pembangkang.

Terdahulu Musa menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Polis Diraja Malaysia dan Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai penyelidikan dan kajian menangani jenayah.-Bernama

Komen Aku : Oii Jangan buat cerita merapu la, ini bukan filem..., manusiakah atau hantu yang usung Speaker DUN Perak Sivakumar tempohari..

No comments:

Post a Comment