Pages

Wednesday, March 3, 2010

Pengajian Sek - Guru takut di saman..

Pendidikan seks amat mencabar


Salam Sejahtera..

Dulu dah timbul dah perkara ni, senyap seketika, kini timbul balik bab pengajian seks di sekolah, Nasib baik guru-guru takut mereka mungkin akan disaman oleh ibu bapa jika melakukan kesilapan dalam menyampaikan pengetahuan seks kepada murid-murid.

Kementerian nak guru-guru mengajar subjek tersebut tetapi sesuatu yang menyedihkan ialah guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya.

Itu satu hal, bagi aku satu lagi bagaimana pula guru-guru yang masih bujang belum berkahwin, problem juga...., Cuma satu saja yang hati kecil terfikir kenapa selepas heboh di mahkamah dengan kes liwat DSAI yang penuh di muka hadapan akhbar-akhbar utama, di media elektronik, maka selepas itu subjek pengajian seks di timbulkan,

Apakah dengan adanya pengajian seks ini pelajar-pelajar sekolah pun dapat sama-sama memahami yang disampaikan melalui akhbar, hebat 1Malaysia.

Sebagai makluk Allah yang bernyawa dan tak kira samaada manusia atau haiwan, semuanya bernafsu, Terciptanya Nabi Allah Adam, lalu Allah menjadikan pula Ibu segala kepada Manusia Hawa, sehinggalah ke zaman kita ini tak ada pun pengajian Seks, namun pandai saja manusia.

Namun dari segi pergaulan golongan muda dan para pelajar tidak dapat dinafikan masaalah keruntuhan akhlak sehingga mencetuskan seks bebas dan berbagai gejala maksiat, maka berlakulah pembuangan bayi dan sebagainya, dari faktor ini mungkin perlunya pengajian seks, tetapi kenapa kita tidak mahu kembali kepada Islam, di sana ada jalan penyelesaian, kita lebih suka kepada teori-teori sarjana dari barat, sedangkan negara merekalah yang mulai dahulu budaya sebegini, dan tak mampu nak menghalangnya lagi.

Jalan penyelesaian yang sebaik mungkin hanyalah kembali kepada Al-Quran dan Hadis, berbincanglah dengan alim ulamak, laksanakan hukuman Hudud, yakinlah, hanya Allah sahaja yang berkuasa membolak balikkan hati manusia...Wallah huaklam.

1 comment:

  1. jalan penyelesaian, balik kepada agama.. hukum Hudud.. sape yang halang hukum Hudud? siap kata nak makan sup tangan, kaki kena pegi kelantan..ampeh...bab berakak maulud nabi no 1, bab hukum hakam, tak nak pulak ditegakkan..mcm gamp*ng umngok nih...

    ReplyDelete