Pages

Friday, March 19, 2010

Perompak Membuat Laporan Polis Tentang Barang yang dirompaknya

Salam Sejahtera...

Dunia akhir zaman, hairan bin ajaib..., seorang perompak yang merompak telah membuat laporan polis mengenai barang yang dirompaknya diguna pakai oleh tuan empunya barang yang sah.

Speaker buat laporan polis dakwa Adun Tronoh menyamar speaker

19/03/2010 3:55pm

IPOH 19 Mac. — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk R.

Ganesan hari ini membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh V. Sivakumar kerana menyamar sebagai Speaker.

Ganesan berkata tindakan Sivakumar menggunakan kepala surat rasmi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak bagi menghantar notis persidangan DUN pada 30 Mac ini adalah satu bentuk jenayah penyamaran.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah Ipoh tengah hari ini, beliau berkata Sivakumar telah dilucutkan jawatan sebagai Speaker pada 7 Mei 2009 melalui ketetapan DUN dan keputusan itu juga telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh sebagai satu prosiding Dewan.

"Mahkamah Tinggi Ipoh pada 8 September 2009 kemudiannya memutuskan bahawa pelucutan jawatan Sivakumar sebagai Yang DiPertua Dewan Negeri adalah sah dan mengesahkan pelantikan saya sebagai Tuan Yang DiPertua Dewan Negeri Perak baru,” katanya.

Beliau berkata tindakan Sivakumar menyamar sebagai Speakar itu juga berupa satu tindakan menghina mahkamah.

"Saya membuat laporan ini demi menjaga integriti Dewan Undangan Negeri yang mulia di mana satu tindakan perlu diambil terhadap Ahli Yang Berhormat yang telah bertindak di luar batasan undang-undang negara dengan bertindak sesuka hati menyamar sebagai Tuan Yang DiPertua dan menghina keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh,” katanya. — Bernama



5 comments:

  1. Teman pun tergelak ngan benda ni! Apa la seboknya si UMNO nak buat repot polis,tak kan tak biasa melayan geng botoi kicap ni kot? Penampor jer sekali sengap la dia.Tapi ulor jenis si Siva ni akan naik tocang kalu ada Melayu dok jilat jubor dia! Orang PAS nampaknya gundah gulana sangat bila cina DAP hilang kuasa di Perak.Sayang bebenor PAS kat DAP yea!! Hmmm..Cepat benor komer lupa yea!! Masa Anwar kelentong kes 16 Sept dulu bukan main terujanya PAS nak merasa dok kat Putrajaya! Tetiba PR hilang Perak pulak! Ish,ish,ish !Keciannyerrr.....

    ReplyDelete
  2. Ampatuan..

    Kalau UMNO parti kesayangan hang tu betui berani, kenapa tak bubar aja DUN tu, biar rakyat Perak buat keputusan sesiapa yang nak perintah Perak, jangan main pakai kuasa Sultan dan Hakim,,,

    16 Sept, kalau betui UMNO berani kenapa bila nak hampir tarikh, dihantarkan ADUN BN ke Taiwan, diciptanya adegan liwat versi kedua pula, oii liwat versi l dulu pun rakyat tak percaya, ni buat versi kedua pulak,,, Bapok Pondan yang hari-hari kerja jual juboq tu pun, tak ada pulak nak buat report polis bila ada manusia-manusia dari parti UMNo yang pi menjubor tak bayar duit, tapi si Saifol tu boleh pi cerita....hebat lakonannya...
    Aku nak tanya adakah hang percaya Anwar tu meliwat Saifol..., hang tunggu percaya punya, sabit tu mati idup balik pun hang tetap sokong UMNO, dulu, kini dan selamanya..

    ReplyDelete
  3. umno mana ada teloq. hanya berani berselinddung dibelakang badan kehakiman, pdrm , sprm dan spr ajer! rakyat perak sudah tak boleh ditipu lagi. pengundi cina, india dan orang asli tak akan mengundi bn lagi. orang melayu yang meyokong pr pun dah bertambah. kalau bn mengatakan sebaliknya mengapa takut buat pilihanraya semula?

    ReplyDelete
  4. Ingat UMNO ingat duit

    ReplyDelete
  5. aku pulak, ingat pas ingat lah syurga,, ramai belia muda sekarang ni tak sembahyang tapi oleh kerana mereka ini mengaku pas, maka tak yah sembahyang, sebab bila mampos macam manjungmari pun still masuk syurga,,,, hik hik hik

    ReplyDelete