Pages

Tuesday, March 9, 2010

Sultan Kelantan Pohon Sah Cerai Isteri Kedua Dengan Talak Tiga..

Salam Sejahtera...

Bertambahlah seorang lagi koleksi janda... itu selalu yang disebut oleh seorang kawanku blogger Ronn,,,

Terkejut aku bila berita TV9 menyiarkan yang peguam Sultan Kelantan, Zainul Rijal Abu Baka rdan rakannya Abdul Halim Bahari telah memfailkan permohonan itu pada jam 3.30 petang.

Terus sekali gus talak 3, apa salah sang isteri sehingga dijatuhkan talak 3, apakah kerana tindakan Che Puan Elia Suhana Ahmad, menyaman sehingga mahkamah Tinggi Syariah telah mengarahkan Raja Perempuan Kelantan bersama dua pengawal peribadinya hadir untuk tunjuk sebab.

Setahu aku, mengikut Undang-undang syariah di Malaysia (bukan undang-undang bab munakahat) setiap suami jikalau nak menceraikan isterinya mesti dilafazkan dihadapan hakiman mahkamah syariah.

Bagaimana dengan situasi yang berlaku ini...!!!

Malanglah nasib Che Puan Elia Suhana Ahmad, sudahlah haknya dinafikan untuk menziarahi suaminyanya yang sah, tiba-tiba terus kena cerai talak 3...macam ini memang sepatutnya orang yang menceraikannya dikenakan tindakan saman tuntutan..., oii macam-macam tuntutan boleh dilakukan..satu penganiyaan terhadap kaum wanita.

Berita berkaitan :Kat SINI


8 comments:

  1. klu nak cerai pun,bagi la satu-satu...nape yg gelojoh sgt nak bg 3 terus,mentang-mentanglah talak dok kat tangan lelaki,dibuatnya kaum hawa ni mcm x de nilai...ape ke besar sgt dosanya cik puan kite tu...

    ReplyDelete
  2. yop, kalau berkenan ambik je lah che puan muda ni, kau pun tengah dok gatai jugak pe##@ tu kan. Tak servis banyak sangat che puan muda tu.

    ReplyDelete
  3. Satu penginayaan terhadap kaum hawa..

    jawab la di akhirat kelak..

    adakah kaum hawa hanya sampah boleh di ambil dan buang sesuka hati..

    sabar ja la cik puan ..

    ReplyDelete
  4. Moh le kita try..! Dengor cerita komer tu bab2 janda ni hebat bebenor! Bukan senang nak rasa janda sultan oii...Kalo zaman dulu abis punai kita dipotongnyer...!

    ReplyDelete
  5. dalam peruntukan undang undang Kelantan, walaupun lafaz talak tiga, sebenarnya hanya satu yang jatuh.

    Ini konspirasi.
    1.Kenapa Tuanku guna lawyer sama mcm Raja Perempuan? Tak de lawyer lain ke?
    2. Adakah lafaz itu di sebut di depan Elia atau hanya didepan Raja Perempuan dan Tg Temengong?
    3. Adakah peguam itu menerima arahan cerai daripada mulut Tuanku sendiri atau melalui perantaraan?
    4 Adakah ada apa apa elemen paksaan dalam perlafazan talak 3 itu?
    5 apakah dosa atau kesalahan Elia sampai kena talak 3?
    6. Walaupun Islam memberikan talak ditangan suami, beliau tid ak boleh semena mena talak tiga tanpa sebab menasabah. Ada beberapa sebab boleh guna. Kita nak tunggu dan lihat apakah alasan perceraian itu.

    ReplyDelete
  6. wahh.. pesatuan dah ada, silap gaya lepaih ni ada Parti Janda Malaysia, dia kasi hidang kopi ja, mau ghamai bungkuih... wargh, wargh..
    hang q no beghapa..

    ReplyDelete